assalamualaikum :)


selamat hari raya ! haha lagi berapa hari je nak raya ni. so macam mana preparation raya awak semua? biskut raya,baju raya, tudung raya, semua nak raya... nak dekat raya ni mestilah antara benda yang paling penting ialah memastikan tiada jerawat yang naik dihari yang mulia ini #sigh 


masa nak balik kampung la semua jerawat nak berkampung jugak hahaha jadi please jaga kulit muka dengan baik dan jangan skip skincare routine okay. kalau tak habislah selfie raya nanti jadi harini saya nak review LANEIGE water sleeping ball. sleeping ball a.k.a sleeping mask. mask pun salah satu routine penting dalam skincare routine.


saya beli LANEIGE water sleeping ball di website HERMO dengan harga RM10.90 and baru lepas bukak website HERMO brand Laneige dah tak ada dah what happen 




packaging







LANEIGE water sleeping ball ni even packaging dia comel kecik cinonet macam ni boleh pakai sampai 5 kali okay untuk full face. isi dia memang banyak. LANEIGE water sleeping mask ni ada pelbagai jenis untuk fungsi yang tersendiri. saya punya ni in blue colour for hydrated skin. since kulit saya tak ada masalah jerawat so saya focus untuk hydrate kulit untuk soft dan moist skin.


tapi bagi yang ada masalah kulit boleh pilih LANEIGE water sleeping ball ni mengikut macam yang awak nak. ni antara jenis water sleeping ball yang ada




sumber gambar : elle




so water sleeping ball ni ada yang untuk hydrate skin dan mencerahkan kulit untuk muka, untuk kaki pula ada yang berfungsi untuk melembapkan, sama jugak untuk hand sleeping ball berfungsi untuk melembapkan.



cara untuk membuka.



dalam bentuk jelly macam ni dan wangi hahaha







jadi kalau dah buka untuk pakai dan nak simpan semula pastikan simpan dalam bekas bertutup sebab penutup water sleeping ball ni tak boleh tutup semula. so nak jaga kebersihan kan simpan tempat yang bersih. dan cara untuk ambil isian dia pastikan menggunakan sudu kecil. yes untuk memastikan kebersihan so kalau nak guna semula nanti isian dia masih bersih dan tak ada bakteria.



pros
- wangi
- bila bangun pagi esoknya kulit rasa sangat lembut
- tidak terlalu cair so senang nak handle waktu nak sapu
- kecil dan senang nak simpan


cons
- agak melekit tapi normal la sleeping mask kan?
- penutup yang tak boleh tutup semula 


jadi kalau berminat boleh try klik link di bawah
> website Laneige 


and i'm currently using LANEIGE Water Bank Essence_EX my favourite essence of course saya buat review soon okay. babai  








review : LANEIGE water sleeping ball

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.