how i treat my acne


assalamualaikum and hai






ni favourite produk i time jerawat bermaharajalela lagi2 time period. memang semua perempuan akan hadapi benda ni. kalau time acne muncul kat muka pun mesti cari tea tree oil ni. tea tree oil mengandungi banyak manfaat kepada kita dan mempunyai antibakteria yang kuat. kadang2 kalau ada serangga gigit kat mana2 bahagian badan pun i akan sapu tea tree oil ni. memang berguna untuk kecemasan. banyak jenama tea tree oil ni seperti the body shop, thursday plantation



i akan pakai tea tree oil ni pada jerawat. pengalaman i oil ni memang mengecutkan jerawat tapi kalau nak guna untuk menghilangkan parut jerawat memang tak sesuai. untuk parut jerawat cari produk lain okay. dannnn insha Allah oil ni tak meninggalkan parut kepada jerawat unless tangan gatal picit jerawat dulu.



bawah ni packaging Aiken Tea Tree Oil



kiri


kanan



belakang



produk : Aiken Tea Tree Oil 10ml
harga : rm11/12 ++
bahan : 100% pure tea tree oil 
rate : 5/5
repurchased : yes!



botol


cara i pakai
first cuci muka and pakai toner. kemudian pakai tea tree oil. tunggu kering and serap dengan baik then baru pakai mask, moisturizer dan lain-lain. kulit i akan jadi mengelupas or kering kalau pakai terlalu banyak oil ni. kadang2 i geram jugak dengan jerawat so over letak oil hahahhaha. so untuk mengelakkan kulit mengelupas i akan pakai moisturizer selepas itu dengan secukupnya. tapi kalau korang pakai oil ni sikit2 je secukup yang diperlukan, tak akan mengelupas. ni berdasarkan pengalaman i 


 fyi ni botol i yang ke 4. pakai since 2 tahun lepas. dan satu botol tahan lama for me dalam 5,6 bulan. sangat berbaloi dan murah. tapi sebelum guna untuk acne, try test kat bahagian lain macam leher or bawah dagu. sebab kawan i ada yang tak sesuai dengan tea tree oil ni. so better buat test dulu untuk kesesuaian kulit.

kadang kalau i lepas pakai oil ni mesti adik2 macam "bau amende busuk ni" hahahah yes bau dia pelik sikit dan mungkin busuk tapi for me bau dia okay je dan tak ada laa lama sangat bau nya nanti hilang jugak. mungkin epas pakai bau kuat sikit. i beli oil ni Guardian. pernah jugak cari kat Watson tapi tak ada. 



 bahagian belakang botol







transparent oil


pros
cepat serap
mengecutkan jerawat dalam masa 1 hari (pengalaman, kulit sendiri)
murah
botol kecil senang bawak merata
boleh guna untuk pelbagai kes


con
bau kurang menyenangkan



korang boleh beli di - LAZADA dan GUARDIAN ONLINE



kalau ada apa2 soalan boleh bagi kat bahagian komen okay babai




1 comment

  1. Nana dah dua kali beli tea tree nih,, sekarang beli pencuci muka sekali.. memang best pakai tea tree oil.. bau dia mula2 pakai mcm busuk tau,dah lama pakai rasa addicted kat bau tu.. haha

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.