memuaskan nafsu makanan korea dengan Seoul Garden HotPot


hai u olls. Aiman n i suka sangat tengok Runningman. suka tahap i boleh ulang episod sama sampai 5,6 kali mungkin hihi lepas tu mula la terpengaruh tengok Runningman punya episod yang makan makan tu. craving makanan korea dia. nampak sedap je diaorang makan. so haritu Aiman ambil i kat Penang and plan nak makan kat satu restoran makanan korea tu tapi i tak jumpa kedai dia mungkin dah tutup. terus rasa sedih gila huarghhhhh


last last kiteorang makan Pasembor menari kat area Gurney Plaza tu je. makan Pasembor pun Pasembor buat hal. pilih ubi tapi ubi tak masak. ganti ubi lain pun still tak masak sepenuhnya hahahahha rasa nak belasah orang je


then balik Perak jalan jalan kat kat Aeon Kinta City. plan nak makan Seoul Garden sebab dah craving makanan korea sangat ni. sebelum tu pergi Daebak Dakgalbi area Ipoh Garden rupanya tak halal hahahahahaha


nasib baik Aeon Kinta City baru bukak Seoul Garden Hotpot ni. craving satisfied even tak sesuai sangat dengan tekak hahahaha



so kitaorang order kimchi pickles,  chicken bulgogi bap, kimchi bokkeum bap, green tea ice with honey


green tea tu sedap. dah la ais and sekarang ni memang tengah amalkan green tea so memang favourite la sesuai sangat dengan tekak. chicken bulgogi tu plak i rasa muak sikit bila makan. yang sayur macam bean sprout tu tak sedap. tapi tak sedap pun i telan jugak. maybe ni la rahsia kulit orang korea cantik cantik sebab makan sayur banyak dan kurang perasa.


kimchi tu memang sedap. dalam chicken bulgogi and kimchi bokkeum tu pun ada kimchi tapi still tambah lagi satu kimchi sahaja. and makanan tu sekali dengan sos. untuk tambah perasa sendiri la kot 



and
deep fried wing stick with spicy coating.

ayam ni sedap okay ! confirm datang sini nak makan chicken wing ni je. yang lain lain ni biasa je makan pun tak habis ahaha. nak sangat try makanan korea. for me rasa dia kurang sikit. mungkin perut pun dah masuk angin lambat makan duk mencari restoran makanan korea yang best tsktsk cari berjam lama... so kena kumpul duit pergi Korea nanti untuk memuaskan nafsu makanan korea !







okay cara dia cari tempat duduk yang strategik. pelayan akan hantar menu dan borang menu untuk di isi. i selalu pangil borang menu tu as exam sebab nak menulis nak order apa pun macam fikir nak jawab exam ! then bawak kertas tu pergi kaunter and bayar. lepas tu tunggu makanan anda. dah habis makan chau !


gambar bibimbap yang menarik :'')


okay yang ni antara menu Seoul Garden Hotpot ni. banyak jugak yang menarik macam sup dia semua i tengok orang makan pun nampak sedap mungkin lain kali boleh try huhu







muka i dengan Aiman yang pipi makin gemok bukan ke sepatutnya nak naik pelamin lagi kurus haihhhh sabar jela. mungkin boleh start diet sekarang haha okay itu saja. food hunting tak akan stop sampai sini je tunggu next entry okay

5 comments

  1. nampak sedap :)
    meleleh air liur tengok

    ReplyDelete
  2. erhhh,, sedapnya.. boleh berangan makan2 ala ala korean drama kat seoul..dah lama tak makan kat seoul garden... T.T

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan makanan.. Nanti nak try wings tu jugalah..

    ReplyDelete
  4. Haaa...sedap tuhh, takpa..nnti honeymoon kat Korea..okayyy ~

    cepat, kurus sebelumm wedding, hehe~

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.