Miss Peregrine's Home for Peculiar Children

assalamualaikum and hai !


paling wajib tiap kali i dengan aiman sama sama balik perak ialah tengok movie ! tak boleh kalau tak tengok sebab masing masing kat johor dengan penang nan hado nya tengok movie. tengok dalam lappy je. so plan dengan aiman nak tengok midnight. check website showtime semua and pilih la movie Miss Peregrine's Home for Peculiar Children. dah lama nak tengok cerita ni. plan nak tengok Horizon Water tapi masa tak sesuai. 

Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ni cerita fantasi and adaptasi novel. i memang suka cerita camni. tapi macam biasa aiman confirm akan tertidur dalam wayang -.- kalau tengok midnight confirm ! kiteorang kalau balik perak memang busy memanjang lagi lagi balik kali ni sebuk uruskan hal kahwin and malam dah penat




cerita ni mengisahkan Jake yang rapat dengan atuk dia. atuk dia ada kuasa luar biasa and sama jugak macam Jake tapi Jake ni tak sedar pun dia ada kuasa luar biasa sampai la dia jumpa Miss Peregrine ni dan rakan-rakan atuk dia yang lain. cerita dia sangat panjang kalau tak silap i dalam 2 jam lebih and a bit slow la jalan cerita dia. kalau tak slow aiman tak tertidur dalam wayang kot hahahha


i je yang gigih focus dalam wayang sebab minat cerita macam ni. ada jugak scene yang lawak. Miss Peregrine ni tugas dia untuk menjaga anak-anak yatim yang mempunyai kuasa luar biasa ni. and of course dalam setiap cerita ada watak jahat kan. watak jahat ni iaitu sape entah i dah lupa. tapi watak jahat ni nak mata anak anak yatim yang mempunyai kuasa luar biasa ni untuk dia kekal bentuk sebagai manusia bukan raksaksa !




ni la anak-anak yatim bawah jagaan Miss Peregrine. ada beberapa orang lagi tapi Jake jumpa diaorang ni dulu time kali pertama Jake cari rumah anak yatim yang atuk dia tinggal dulu.




siapa yang minat cerita fantasi ni boleh la tengok. kalau korang tak suka cerita yang slow jangan tengok hahahah nah i bagi trailer dia dulu. i suka tengok Miss Peregrine ni cantik sangat lagi lagi makeup dia 





movie : Miss Peregrine's Home for Peculiar Children 
running time : 130 minit
rating : 


2 comments

  1. azey pun nak sangat tgk movie ni tp syik tk menyempt je hehe

    ReplyDelete
  2. Ala.. A bit slow ke.. cam nak tengok gak..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.