assalamualaikum


lepas kemas bilik je confirm ada mood nak update blog haha sebab kalau kemas bilik dah sah mood rajin datang. baru je habis kemas bawah katil ni clear kan semua barang barang and vacum habuk. semua barang barang yang tak berguna and semestinya bukan barang I semua hangkut masuk stor. buaian time I kecik lagi pun ada bawah katil ni. mama simpan untuk cucu ke apa


I ada dua movie review lagi tak update dan salah satunya Jack Reacher : Never Go Back. okay tertanya tak kenapa Never Go Back? tu kena tengok sendiri cerita ni. hahaha I cerita sesikit je okay tu pun dah banyak dah lupa cemana ke ceritanya. dah la banyak tengok movie lepas tu lambat update. bawah ni trailer movie ni







mesti yang dah tengok cerita ni sebab terpengaruh Tom Cruise berlakon kan. first impression I "cool nya Tom Cruise ni" haa disebabkan Tom Cruise aka Jack ni sebagai bekas askar kot so dia pandai la lawan, guna pistol semua. jalan cerita dia di sebabkan Jack ni nak melindungi anak perempuan dia yang dia baru tahu dia ada anak perempuan. dalam nak selamatkan anak perempuan dia macam macam benda la jadi. banyak betul dia dalam ayat ni hahahah


nak bongkarkan kegiatan orang jahat la, nak dedahkan siapa orang jahat dalam organisasi tu, lepastu macam mana hubungan kekeluargaan dia dengan anak dia. tapi last last tau jugak itu betul atau tak anak dia. cerita ni macam relax je jugak hahaha I rasa semua cerita I cakap relax je. sebab tak rasa stress macam ada satu movie tu bila I tengok I rasa stress tapi still best, tak ingat movie apa.


Jack ni berkejasama dengan Cobie Smulders aka Susan Turner semasa nak melindungi anak perempuan dia dan time lawan orang jahat. Susan tu pun as askar jugak. and I rasa cerita dia boleh la mungkin 3/5 kalau nak tengok jangan letak harapan tinggi sangat. Aiman siap tidur lagi dalam wayang. time Jack lawan pulak tu. andddd I tak tau nak cakap apa lagi pasal movie ni so done tu je review I






kita beralih pula kepada air mangga sedap ni ! hahahah sekarang I rasa macam dah viral je semua nak cari air mangga. hari yang sama before i tengok Jack Reacher : Never Go Back ni I try dulu air mangga and pergi jalan jalan. ni pun I tengok Facebook and tempat dia dekat pulak dengan rumah. lepas habis fitting baju terus tengok kedai tu nasib bukak ! kedai air mangga ni dalam 100 meter je dari butik memang lega betul dah la penat fitting baju nak dekat 2 jam 


1 rm5




siapa yang duduk kat Perak and area Batu Gajah or Ipoh boleh singgah Taman Botani sebab kedai ni kat area bangunan kedai Taman Botani tu. tepi jalan je. bangunan depan Shell Taman Botani antara simpang nak ke Ipoh. senang je cari je kedai nama D' Patin Hang Out ni and kedai air mangga tu pulak depan kedai ni tepi jalan. harap pahamm


ada air mangga and strawberry


I dah try strawberry blended kat sini biasa je. sedap lagi yang kat Cameron punya tsktsk so cravingggg. me and Cameron berpisah tiada. setiap tahun pergi Cameron and honeymoon pun kat Cameron mungkin hahahhahaha. lepas beli air mangga terus gerak pergi kampar sebab nak try ice cream roti yang viral tu last last kedai tutup sebab hari isnin. cehhhh sedih gila dah la datang jauh lepas tu tak dapat rasa. next time la pulak.




untuk mengubati rasa sedih beli je ni.


cantik tapi tak sedap ! hahahahha bertambah sedih macam ni. lepastu Aiman ajak pergi bangunan warna warni yang viral orang tangkap gambar lelawo tu. I rasa kitaorang ni apa yang viral semua nak try. tapi viral yang berpaedahhhh jela yang tak berpaedah tak try okay. 


sebenarnya tak tau lokasi yang betul nama tempat ni. yang tau area Kampar je. so gigih google and Facebook lokasi. senang je rupanya nak pergi. lagipun I memang dah biasa sikit area Kampar ni since Mak Andak duduk Kampar and dulu selalu datang.


The University Square.   im sorry. nama dia Taman/Bandar Agacia, Kampar


nama atas ni I tak sure betul ke tak nama tempat tu sebab I nampak kat Ig gambar bangunan ni dengan lokasi The University Square at Kampar.


maafkan muka panas dan selekeh


dah la pergi tengah hari memang tak mampu nak tangkap gambar tapi bukak mata. dapat la mata sepet haha bangunan dia serius semua cantik and semua warna favourite I. pastel ! geram je tengok bangunan ni. lepas tu pujuk Aiman nak bukak butik kat sini. harap kesampaian T.T








tak banyak pun gambar kat sini sebab beteri handphone dah nazak bila bila masa je nak mati. tapi memang serius cantik tangkap gambar kat sini. kalau pergi ramai ramai boleh mintak tolong orang tangkapkan. memang akan pergi lagi sekali. 


Jack Reacher movie review & bangunan cantik di Kampar

assalamualaikum


since dah habis belajar ni and lagi sebulan je majlis kahwin I, so I kena kemas bilik, barang, and semua benda. time kemas tu laa baru perasan banyak baju, shawl yang sekali dua je pakai. masih elok ! terus rasa nak bagi orang. sebab nak masukkan baju baru :')


I nak buat giveaway so I boleh clearkan baju baju shawl and semua. kalau boleh kasut pun nak bagi tapi tu next time. kalau rajin nak join meh sini baca syarat okay. senang je






PRELOVED GIVEAWAY OLEH AA
1. follow - airahsyahirah.blogspot.com (mine) and sheissyahindah.blogspot.com (partner in crime)
2. buat entry dan letakkan banner giveaway 
3. copy link entry and paste kat komen entry ni okay
4. rajin rajin komen entry dua blog tu -optional- -membantu-


mula : 13 november 2016 - 13 december 2016



HADIAH - shawl dan dress setiap pemenang (link akan diupdate)
- SENARAI PESERTA 



CARA PEMILIHAN PEMENANG
1. cabutan oleh kami berdua.
2. siapa yang rajin komen, nama untuk cabutan akan digandakan (peluang lebih cerah)
3. tiga orang pemenang bertuah akan dipilih 



- all the best -











Preloved Giveaway oleh AA



assalamualaikum


setelah berkurun puasa movie... heh movie pun boleh puasa. haritu tengok la cerita Doctor Strange ni. excited jugak sebab sebelum ni ada tengok trailer dia macam best je. and lepas dah tengok seriously best ! lima bintang i kasi okay. tak sabar tunggu Doctor Strange 2.... kalau ada la. so korang boleh tengok trailer dia kat website TGV






Doctor Strange ni memang nama dia Strange. hahaha i ingat Strange ni sebab dia pelik ke apa tapi memang nama dia Doctor Stephen Vincent Strange. dia ni seorang neurosurgeon yang hebat laa tapi sombong. satu hari tu dia excident yang sangat teruk so start dari situ laa hidup dia berubah (scene yang kereta dia excident tu best gila macam WOWW). jari dia tak boleh guna untuk buat pembedahan lagi sebab menggeletar. dia pun kecewa dengan diri sendiri and cuba macam macam cara nak baikkan jari dia semula



 tapi still tak baik baik jugak sehingggaaaa dia dapat tahu ada pesakit yang sepatutnya dah tak dapat berjalan or buat apa apa tapi tetiba sihat siap boleh main bola lagi. dari situ la dia tanya pesakit tu macam mana boleh sihat and dia nak pergi tempat yang pesakit tu pergi. dari situ la dia belajar ilmu ilmu yang best gila tengok. cerita ni pun kelakar jugak so sesuai sangat nak tengok relax je tak stress2 and cerita ni adventure plus fantasy so jangan terpengaruh sangat






( photo : Google )


of course dalam cerita ni ada kuasa or orang jahat yang nak mendalami ilmu tersebut tapi nak gunakan ke arah kejahatan. jadi niat Doctor Strange ni nak sihatkan tangan dia tapi terus jadi hero melawan orang jahat. kalau nak cerita bebanyak pun tak best sila pergi tengok kat wayang okay. i ada tengok cara diaorang buat movie ni kat twitter, macam mana cara berlakon memang power.



Doctor Srange versi Spongebob hahaha



and ini yang paling terhibur i jumpa kat twitter








before tengok movie tu aku dengan Aiman pergi beli barang sikit. lepas tu try Ice Bucket kat Aeon Klebang ni. dah lama nak try baru haritu dapat rasa. sebelum ni pun 3,4 kali jugak pergi tapi masa tak sesuai sebab Ice Bucket tu start 6,7 petang baru ada. so datang semata tengok kedai je hahahah 




nak try Ice Bucket yang besar tu tapi bila tengok customer lain punya macam mak aihh besar sangat untuk dua orang. so pilih yang bawah ni je. lain kali pergi ramai ramai baru try yang besar tu. menu dia pun banyak yang best and of course warna warni terpengaruh i tengok


fruit parfait. yummyyy



dragon fruit blended and fries



 next time memang kena datang lagi and try menu lain pulak. for me sedap and affordable. yang fruit parfait tu macam macam buah ada dalam dia termasuk yam... hahaha yam tu Aiman makan.




ada dua movie lagi ni tak up review. dah la resume tak siap lagi, goodies 50% settle pun tak sampai. banyaknyaaaa kerja


doctor strange movie review and ice bucket

assalamualaikum


haritu i ada join giveaway dari Guardian. Guardian memang rajin betul buat giveaway kat media sosial dia tapi yang i join ni dari Twitter Guardian. kadang kadang sampai tertunggu tunggu Guardian buat giveaway sebab siapa je yang tak nak dapat hadiah free dah la senang je nak join. (psst..my twthandle @airah_as :) 


time i join haritu soalan dia cuma bagitau Dr Morita produk keluaran negara mana kalau tak silap. easy peasy ! jawab soalan dan tunggu je Guardian umum pemenang. kalau ada rezeki menang. kalau tak ada pergi beli sendiri kat Guardian hahhhaha and hadiah dia mask from Dr Morita brand. hadiah giveaway Guardian semua best 


excited hadiah dah sampai



dua mask dari Dr Morita


satu i bagi kat Aiman and lagi satu i pakai. for me mask dia best tapi dia punya paper sheet tu tak best. besar semacam tak fit muka. so kena pandai pandai adjust. lubang mata kecil sangat mulut pun kecil hahaha terus husnuzon muka i yang besaq kottt -.- essence mask ni banyak sangat sampai meleleh i boleh sapu satu muka plus tangan kiri kanan. betapa banyaknyaaa 


siapa yang tak suka mask yang terlampau wangi boleh la try mask Dr Morita ni sebab bau dia just nice tak menggangu hidung pun. sheet mask memang fave i sebab effect dia kebanyakkan nya best. thank you Guardian bagi try Dr Morita mask ni :*



yeah menang giveaway dari Guardian

assalamualaikum and hai semua

sebagai seorang pelajar memang tak boleh lari dengan rasa lapar time belajar ! lapar dia tu tak boleh bawak bincang. terus tak boleh sambung study -.- walaupun dah makan nasi ke makanan berat ke still time study tu nak mengunyah jugak 


i baca pasal Daily Monche ni melalui twitter. kat twitter yang twitfemes ni selalu la dapat twit berbayar kan dan i laa salah seorang yang mudah terpengaruh hahahha nampak sedap je Daily Monche punya coklat and cookies ni so memang terus masuk website dia and beli. untuk mengelakkan i menguyah benda benda yang tak berkhasiat baik order Daily Monche. tak rosak diet dan kenyang !


Daily Monche ni ada macam macam jenis produk. yang i punya ni campuran coklat, apricot kering, biji sunflower, almond. ada jugak oat monche, choc chip, dan banyak lagi. produk Daily Monche ni dapat meningkat kan tenaga, jadikan hari lebih produktif and kalau busy tak sempat makan Daily Monche dah siap terus ngap je. kalau tengok bahan dia pun dah tau banyak manfaat kita akan dapat. harga lebih kurang rm18++ macam tu. murah dan berbaloi



excited bila barang dah sampai




balang coklat ni pun dibalut dengan kemas so tak payah risau barang sampai pecah atau kemik. balang yang digunakan pun dari plastik , selamat je okay. kalau berminat senang je nak order. 
1. bukak website Daily Monche
2. pilih mana coklat/cookies yang awak berkenan
3. checkout and bayar. kalau tak bayar macam mana nak sampai depan rumah >.<
4. tunggu depan rumah dengan sabar walaupun tak sabar nak rasa Daily Monche ni !




packaging Daily Monche sangat mesra pengguna. senang nak bawak, senang nak simpan. nak mengunyah time study pun lagiiiii senang. bila i bukak balang ni terus adik2 mama ayah nak rasa. nak tangkap gambar coklat pun tak sempat........ kalau nak tengok isi dia macam mana boleh bukak twitter or website Daily Monche i dah bagi link di bawah entry ni okay


memang Daily Monche ni menarik, tertarik betul. kalau tak silap i Daily Monche ada buat perkhidmatan baru. Daily Monche as hadiah untuk orang tersayang or surprise box yang famous tu so korang boleh request nak letak dalam kotak macam mana, kad, and customize sendiri la senang cerita. okay nampak tak peminat Daily Monche hahahhaha sebab semua benda tau




so macam i cakap tadi topping untuk Daily Monche t-mix bites : apricot ni ialah of course apricot, sunflower seed and almond. ni kebaikan bahan-bahan tersebut yang i ambil dari website dia


Dried Apricot
- Protect YOUR Eyesight
- Good For YOUR Heart 
- Strengthened YOUR Bones
- Its maintain YOUR Skin Elasticity
- Removes YOUR Blackheads 
- Improves YOUR Skin Tone
- Act as Skin Moisturiser 

Sunflower Seed
- Promotes YOUR Cardiovascular Health
- Empower YOUR Healthy Mood
- Help to Support YOUR Cell Production 

Roasted Almond 
- Provide YOU a Sufficient Energy to Boost YOUR Productivity
- Help YOU with a Weight Management 
- Increase YOUR Heart Health. Reducing YOUR Heart Deceases. 
- Help YOU to empower YOUR Brain Health 
- Good during YOUR Pregnancy 
Protect YOU against Diabetes 


kalau berminat nak rasa boleh check website : Daily Monche
twitter : @ DailyMonche











daily monche t-mix bites coklat sedap !


assalamualaikum

yes akhirnya dapat jugak update blog. baru sampai rumah dari penang dan sebenarnya tidur, rehat pun tak cukup ! baru lepas settle 3 paper final yang menguji otak. dan2 la buat soalan susah susah sebab dah last sem ni kannn... barang dari penang pun tak habis bawak masuk bilik lagi bersepah kat ruang tamu huhuhu


so harini nak cerita moisturizer yang i guna sebelum moisturizer sekarang. Bioderma Sensibio Light ni i dapat free sample time order from Hermo.my. walaupun sample je tapi banyak sangat isi dia boleh tahan dalam 2,3 bulan okay. i pakai moisturizer ni macam moisturizer biasa je. dua kali sehari selepas toner and essence. dan mengikut saranan produk ni pun sapu sekali atau dua kali sehari di muka dan leher selepas cleanser.


kecil and comel je





for me nama dia soothing creme termasuk di bawah moisturizer jugak. jadi Bioderma Sensibio Shooting Creme ni boleh jadikan as daily moisturizer. sesuai untuk kulit sensitif, membantu kulit sensitif dan jenis kulit normal and combination. sebelum nak beli apa apa produk pastikan jenis kulit awak dulu so senang nak pilih produk yang memang fungsi dia sesuai mengikut jenis kulit. kulit lebih terjaga dan dapat membantu masalah kulit korang.


produk Bioderma ni pun semua best. dermatolody tested, banyak review bagus. tapi memang habis la duit semua memahal T.T


jenis cream macam ni


moisturizer ni memang senang serap kat kulit and kulit terasa lembut je. tapi kalau i over apply nanti akan rasa melekit sikit. tapi memang serius best effect moisturizer ni terasa dia beri kesan kat kulit. redness i pun kurang sikit sebab memang sesuai untuk kulit sensitif kan. moisturizer ni boleh jadikan as makeup base jugak. kalau i biasa pakai skincare terus and pakai bb cream/ foundation semua tak cakey atau bertompok ke apa pun. lagi rasa dia sesuai dengan kulit and acah natural? hahahhhah



selepas sapu


dan sapu lagi akan cepat je serap tak tinggal apa pun tapi kulit so lembut !


pros
- fragrance free ! sesuai untuk kulit yang tak tahan pewangi yang berlebihan. walaupun tak ada pewangi bau dia still tak busuk ke menggangu hidu ke apa. normal je
- hypoallergenic. tak akan menyebabkan alergic ke apa
- surfactant free
- paraban free. yes untuk yang care sangat pasal paraban dalam skincare or kosmetik tak payah risau okay sebab tak ada paraban. tapi sebenarnya paraban ni tak memberi kesan sangat pun kepada kulit kalau dalam kuantiti yang sedikit.
- non-comedogenic. tak akan menyebabkan pori tersumbat. kalau yang pori besar ke mesti macam risau jenis jenis produk yang boleh sumbatkan pori kan. kesah ke? hahaha. 



and paling suka apply moisturizer ni lepas pakai mask. perasan flawless terus !


kalau nak tahu lebih banyak produk Bioderma ---> bioderma














bioderma sensibio light soothing cream

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.