sambel rerama hijau 'meletoop'

assalamualaikum and hai


baru lepas lunch ni teringat pulak time study dulu. kalau masa study malam malam tu confirm lapar mulut rasa nak mengunyah je. memang kalau bab bab guna otak ni buat perut rasa lapar je hahaha so haritu sebelum final exam I beli la Sambel Rerama Hijau ni sebab tergoda dengan review dia kat twitter. dah la tengah study lepastu lapar memang senang tergoda.


I pun apa lagi save number and terus order. excited la tunggu barang sampai.





bahan utama dia mestila daun rerama kan nama pun sambal rerama. daun rerama ni memang banyak sangat khasiat. I kenal daun rerama ni pun sebab ayah cari pokok dia untuk buat ubat. antara khasiat dia boleh merawat berbagai jenis penyakit seperti SLE, thyroid, darah tinggi , etc. jadi apa salahnya kita cari ikhtiar untuk merawat penyakit yang kita ada kan. dengan izin Allah insha Allah berkesan.


I order dua botol sambal ni, satu untuk Aiman kat johor nun. senang dia nak makan bila bila masa lagi lagi bangun tidur dah ready je tinggal pilih nak makan dengan roti, nasi or apa-apa pun boleh, lagi satu botol untuk I kat Penang ni of course. selalu kelaparan teruk time study !



packaging guna kotak 




sambal rerama hijau ni insha Allah tak pecah walaupun dalam botol kaca tapi dah dibalut dengan selamat.




sambal dia warna hijau mungkin dari warna daun rerama hijau ni. rasa pedas yang sedap ! pedas dia tinggi sikit dari tahap sederhana. hahahah faham tak. tapi okay je pedas dia. I selalu makan dengan roti. senang dan cepat. nak pergi kelas sapu kat roti then ngap je. botol dia pun besar and tahan lama. I dalam 3 minggu jugak la kat kamsis, tak ada peti so simpan di tempat yang tak panas. lepas dah balik rumah ada peti ais simpan dalam peti pulak.






dibuat oleh Huczens Resources. korang boleh check facebook diaorang ' Sambel Rerama Hijau Meletoop' or check number telifon diaorang kat gambar atas ni. gambar pun background notes study nak final exam hewhew



bahan bahan yang digunakan seperti cili hijau, bawang merah and lain lain. kalau korang nak try boleh contact number dalam gambar di atas. sambal ready made, sedap, ringkas, senang terus makan je. harga dia tak silap I dalam rm25 sebotol tak termasuk postage.







2 comments

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.