hai. harini nak sambung entry honeymoon part two pulak. baca entry honeymoon part one kat sini okay





destinasi seterusnya selepas honeymoon tempat pertama, Bukit Tinggi, Pahang ! yeayyy.. serius excited sebab I awal awal dah request kat Aiman nak datang sini. tengok gambar orang lain jalan jalan sini macam best je. so memang plan awal nak honeymoon tempat best-best kat Pahang. macam-macam blog, review I baca nak tengok tempat mana best. plan awalnya nak pergi Janda Baik tapi sebab berdua je macam tak best. kalau pergi Janda Baik dengan family lagi best kot jadi tunggu next trip jela


dari Morib gerak ke Bukit Tinggi. jalan dia boleh tahan jugak ala ala Cameron Highland nasib baik I bukan jenis pening sangat jalan pusing pusing ni, Aiman lagi seronok layan corner. so kiteorang bermalam di Colmar Tropicale, Berjaya Hills untuk 3 hari. ada jugak hotel lain kat kawasan Berjaya Hills ni tapi pilih Colmar Tropicale sebab nampak mahal-cantik-best haha.




Aiman book bilik melalui Agoda. harga RM457 untuk 3 hari 2 malam haritu. kena rajin survey sikit harga bilik ni sebab kadang-kadang lain ikut musim, ikut website. bilik adalah sejenis superior dua single bed tapi disebabkan Aiman noted dalam tu on honeymoon dia ugrade ke katil queen. weeee... sebelum nak masuk kawasan Bukit Tinggi ni kena bayar RM15 seorang untuk dewasa. harga dia berbeza untuk kanak-kanak, warga asing, yang bukan datang untuk bermalam. bagi yang bermalam nanti boleh refund balik duit tiket ni di reception. check in pukul 3 petang and checkout pukul 12 tengah hari.


room tour !

pintu masuk


masuk bilik je terus macam 'wow' semua putih. tema putih yang tenang. 










katil pun lawa



bilik air luas. tapi tak ada bath tub



syampu, berus gigi, sabun badan and all macam biasa





di Colmar Tropicale ni ada banyak blok hotel, I dengan Aiman dapat blok Heliconia. blok awal jugak la selepas pintu masuk.










mini fridge, tv, mug 





channel tv pun boleh tahan banyak dan semua best. kalau lepak dalam bilik tengok movie pun tak rasa bosan. tapi dah kenapa jalan jauh-jauh duduk bilik tengok movie jeeeeee



harga bilik tu termasuk breakfast dua hari. bila tengok gambar ni I teringat something. receptionist bagi dua kad bilik. Aiman pulangkan satu kad jeeeee lagi satu kad dia terlupa simpan dalam wallet so bawa la pulang ke pangkuan jalan hahaha






minat betul dengan design hotel ni T.T



sebab setiap tempat boleh jadi port ootd. #Aimanootd :)



dah settle check in, angkat barang, tekan testing semua suis dalam bilik (ni wajib), perut dah lapar so jum pergi makan. kiteorang makan restoran yang ada kat tepi tepi hotel ni je. kalau korang tak nak makan kat atas ni (Bukit Tinggi), boleh turun bawah dalam 15-20 minit ada kedai runcit, RnR, and time siang tu I tengok tepi jalan ada je lampu jalan. penat je gaduh dengan Aiman nak turun bawah ke tak pergi makan sebab risau jalan gelap.



so kiteorang pilih Le Poulet Roti.



ayam ni rasa dia biasa je. jangan letakkan harapan tinggi sangat



menu yang ada


ada lebih kurang 7 restoran di Colmar Tropicale ni mengikut jenis makanan. contohnya macam I makan ni khusus untuk makanan berasaskan ayam sahaja. kalau pergi restoran La Boulangerie, ada roti, cake, and semua jenis bakeri. kalau La Flamme pulak ada spaghetti, pizza dan pasta. jadi lepas makan pusing kawasan hotel bakar lemak.



banyak port ootd







kawasan pun luas bebudak nak main belon pun boleh




shawl matching warna bangunan



pintu masuk utama




trek jalan kaki. seronok jalan kaki sambil tengok kawasan



angsa pun boleh tengok dekat dekat.




ni kedai-kedai yang menjual cenderamata



keychain





lepas dah pusing satu hotel balik bilik and mandi. lepastu nak tengok night view pulak. cuaca boleh tahan sejuk sebab baru lepas hujan and still renyai lagi. ahhhhh rindunya !



disebabkan pergi time krismas memang tema pun krismas laa



view dari atas menara. lawaa



kesayangan :')




sebelum balik bilik masuk bilik yang macam bilik rehat ni buat urutan kat mesin tu ahaha

lepas dah balik bilik lapar pulak dah la hujan memang lapar la kan. so nak test la in room dining dia cemana kenn..sepoloh kali call hahah sebab tak bukak-bukak lagi room service dia -,- last-last pukul 2 pagi macam tu kot baru open.


order chicken wings 6 ketul RM28.00. yang ni sedappp...ke sebab lapar -.- and Chef Special Fried Rice RM29.00 gambar takde sebab dah terus ngap je bila sampai. lepastu tido dengan perut gembira kekeyangan.

next day, breakfast kat Le Blason sebab ada baucer free breakfast.



breakfast menu macam biasa je dan banyak pilihan. rasa pun boleh tahan.




selfie good morning :) maafkan selfie besar gedabak ni


second day ni jalan jalan kawasan Berjaya Hills tu seperti Japanese Tea House, Botanical Garden, Organic Farm dan banyak lagi. tapi aktiviti kat Bukit Tinggi ni next entry okay tak larat den nak menaip banyak banyak dengan gambar sejuta.



lunch kat La Flamme.



pizza




macaroni bakar. kena try yang ni sebab sedap okay ! pizza pun sedap juge






malam tu pulak teringin nak try kek dekat La Boulangerie. tu pun nasib baik ada rezeki kedai dah nak tutup dah tapi dia bagi masuk sebab cakap nak tapau kek. kek pun boleh tahan sedap dan mahal haha. pendek kata semua makanan kat atas ni mahal la okay kalau nak jimat beli megi cup terselit seperti gambar di atas. seronok sesejuk makan megi cup :)







lepas tapau kek tengok persembahan.


persembahan tarian ni I rasa memang tiap hari ada dan jadual dia pun ada kat area bangunan tepi pentas ni. sehari ada la 3,4 kali persembahan. jenis persembahan I tak sure ada macam macam ke apa sebab I tengok sekali je waktu malam ni persembahan tarian. memang best sebab ramai jugak la yang sporting naik atas pentas tu menari sekali. kalau nak tangkap gambar dengan penari tu pun boleh lepas habis sesi persembahan.   



next day, bangun awal pagi breakfast. 












dah last day dah kejap lagi nak checkout



tapi sebelum tu pusing habis satu hotel dulu.











yang ni cantik gila kalau memalam banyak lampu





okay itu sahaja untuk part two ni. ikotkan banyak gambar nak uplod tapi nanti berat pulak orang nak bukak tunggu gambar sejuta. so banyak dah delete bagi kurang sikit. next entry I cerita pasal aktiviti yang menarik boleh buat kat Bukit Tinggi ni okay :)

Follow


baca entry honeymoon lain di sini

honeymoon : 3 hari 2 malam di Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.