azam 2017

assalamualaikum and hai !




sekarang dah masuk tahun 2017. semua orang dah pasang niat baru, azam baru, set matlamat tahun baru ni kan. bagus bagus. I pun dah buat azam baru untuk tahun 2017 ni. so antara azam I tahun ni


be a good wife
ini yang paling utama since I dah kawin for 27 hari (yeay!). jauh lagi perjalanan I dengan husband so I memang selalu doa semoga hubungan I dengan husband berkekalan hingga hujung nyawa Amin.


cari kerja
azam yang ni Alhamdulillah dah tercapai. I dah pergi interview and dah dapat kerja yeay ! I memang dah lama teringin nak kerja kat tempat ni sebab tempat fav I yang wajib pergi kalau keluar. tak dapat pergi lama pergi kejap pun jadi laa. I masih dalam proses nak adapt dengan suasana bekerja ni and of course kerja apa je yang tak penat kan kekadang stress jugak sebab I masih dalam proses belajar. harap lepas ni mood I nak pergi kerja sentiasa tinggi laa. first day kerja memang patah kaki berdiri lama sebab tak biasa. tapi pengalaman bekerja kan siapa je tak nak so sentiasa naikkan semangat diri sendiri.


disiplin buat tabungan
disebabkan I dah kerja I dah mula la berangan nak beli macam macam dengan duit gaji ! memang boros betul semua benda nak -,- so lepas dapat gaji nanti memang awal awal kena tolak duit untuk tabungan. antara tabungan yang I nak buat mestilah duit untuk sambung belajar nanti. memang I ada suami yang boleh tanggung I nanti tapi apa salahnya kumpul duit sendiri at least boleh tambah tambah kalau ada yang kurang. lepastu I kena asingkan duit bayar ptptn, duit travel, duit belanja husband, mama and ayah, adik adik.... tak dapat simpan banyak pun tak apa asalkan ada menyimpan !


diet & exercise
I dari sebelum kahwin haritu dah start diet no nasi, no ice and exercise.... lepas kahwin je semua benda I makan ! hari hari craving nak makan macam macam :( so tahun 2017 ni I kena kurangkan makan, makan makanan berkhasiat dan more exercise ! kena selalu bersenam time off day buat harini I off day I tak bersenam lagi asdfghjkl...... now berat I dalam 60. sangat gemok -.- I nak turunkan sekurang kurangnya dalam 55 macam tu. harap berjaya !


belajar memasak
I tak reti memasak hahahaha jadi azam tahun baru kena belajar memasak macam macam makanan terutamanya makanan fav suami. I memang suka nak belajar memasak ni and mungkin akan up resepi kat sini hahaha kalau korang biasa baca blogger famous Cik Epal or Honeykoyuki diaorang selalu share masakan yang senang buat and sedap ! senang nak belajar.


read more !
I suka membaca lagi lagi novel. tapi sejak I sedar diri I tengah belajar so I patut lebih focus membaca buku ilmiah, jurnal, notes hahaha so I skip banyak novel baru yang mama I dah beli. jadi azam tahun baru ni I bukan la nak banyakkan baca novel cinta ke apa tapi banyakkan membaca benda berfaedah untuk kumpul ilmu. contoh buku perancangan kewangan ke em emmm mungkin I patut mula kumpul buku macam tu lepasni.


travel
travel yang I maksudkan jalan jalan dalam Malaysia dulu okay. dalam Malaysia pun I tak habis pusing lagi. ada lagi negeri yang I tak pernah jejakkan kaki. jadi kena kumpul duit and pergi jalan jalan dengan husband. I tak sabar nak update tempat tempat best and menarik, tempat makan sedap and semua benda la yang ada dalam Malaysia ni. tempat yang I pergi time honeymoon haritu pun I tak sempat update lagi haha.


more entry more update
I memang suka menulis. I dah ada my own blog dari I tingkatan satu kot time blogging tengah hot and banyak blog famous yang I baca dari majalah bebudak dulu antaranya Yezz!, Remaja, and banyak lagi. macam macam nama blog I dah buat. so memang I suka berblongging ni. cuma I kena pandai cari masa untuk update. banyak lagi entry I peram dalam folder dengan gambar penuh fon so jangan lupa singgah selalu baca entry I okay.


so itu antara azam 2017 I and harap I dapat laksanakan semuanya dalam tahun ni. doakan okay. and I akan buat checklist dari semasa ke semasa so I tak lupa matlamat I. kalau ada yang tetiba pelik 'azam nak solat penuh tak ada ke', 'azam nak bawak mak ayah pergi haji tak ada ke', 'azam blablablabla'..... shhhh... tu mestilah ! tu kan azam dari kecik yang korang tulis bila besar nanti apa yang korang nak. I rasa tu azam semua orang ! nak jadi khalifah yang bertanggungjawab, nak jadi anak yang soleh/solehah, nak bahagiakan ibu bapa and all. I harap azam kita semua tercapai and jadi orang yang berguna. Amin.










Follow my blog with Bloglovin

9 comments

  1. goodluck on achieving all of your resolutions and it's not too late kot for the wish, Selamat Pengantin Baru..! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pengantin baru juga dari saya

      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  2. wahh, rasanya belum terlambat nak ucap, Selamat Pengantin Baru! :)

    hope that you can achieve your resolutions this year! :)


    www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyouu ! insha Allah I'll try my best

      Delete
    2. usaha.. tangga kejayaan

      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  3. azam nih biasanya membara pada awal tahun.. hehehe..

    http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

    ReplyDelete