ellips hair vitamin







tau tak masalah besar bila rambut frizzy ni, susah betul nak uruskan ! merata mencari produk rambut yang sesuai, baca review produk rambut, nak pergi hair treatment lagi, nak cuba petua itu ini. yes salah satu yang awak boleh try ialah Ellips Hair Vitamin ni. I rasa produk ni memang dah famous sejak azali lagi tapi I je baru nak try. rambut I memang frizzy sejak sekolah menengah lagi. bahana tak sedar diri tak jaga rambut elok elok. suka sangat nak try syampu rambut macam macam laa, lagi satu sebab auntie yang potongkan rambut I dulu cara potong dia pelik and buat rambut rosak mungkin





Ellips Hair Vitamin ni diperkaya dengan moroccan oil. Mococcan Oil ni memang bagus untuk rambut. antara kebaikan Moroccan Oil ni tinggi dengan fatty acid dan vitamin E yang memang sesuai untuk rambut rosak. korang boleh la buat research lebih mendalam lagi untuk Moroccan oil ni okay. selain itu dalam Ellips Hair Vitamin ni jugak ada aloe vera oil, vitamin A, C, E dan banyak lagiiii.... jadi bila pakai Hair Vitamin ni  akan buat rambut lebih lembut dan lembap serta merawat rambut anda.


I akan pakai Hair Vitamin ni selepas syampu rambut. biar kan dulu rambut bagi half kering and then baru sapu Hair vitamin ni. I pakai kat hujung rambut je. tak sesuai nak sapu sampai ke kulit kepala ye nanti kulit kepala susah nak bernafas sebab minyak dia tu takut tersumbat di pori kulit kepala. tak perlu nak bilas ke apa then boleh tidur dengan lena and hari seterusnya rambut terasa lembut. senang nak ikat rambut, nak sikat rambut.





Ellips Hair Vitamin ni bentuk dia macam kapsul kecil and lembut sangat ! suka picit picit hahaha. nak keluarkan oil dia dari kapsul tu potong hujung kapsul tu dengan gunting and walllllahhhhhh.... picit oil atas tangan dan sapu ke rambut. I pakai 1 kapsul je setiap kali lepas syampu. kalau rasa rambut panjang sangat dan tak cukup boleh la guna 2 kapsul dengan secukupnya


pekat dan likat


I beli yang dalam box and ada 2 kepingan macam ni.


dah habis pun !


overall I memang suka dengan Ellips Hair Vitamin ni. bau pun wangi bukan sejenis bau minyak yang tak sedap tuuu. kalau pakai sebelum tidur lena terus tidur mungkin sebab bau dia yang wangi tuuu. rambut pun bertambah lembut and rambut frizzy I sekarang semakin okay laa. rambut frizzy susah nak rawat okay kena slow and steady tengok macam mana produk tu berkesan atau tak kat rambut kita. i suka dengan Ellips Hair Vitamin ni korang yang berminat pun patut beli. I tak ingat berapa harga sekotak tapi bawah RM10 rasanyaaa.....


korang ada tak produk rambut yang best untuk frizzy hair?? 
share with me !

10 comments

  1. rambut i punnn, mcm pontianak rasenye kekekeke. btw, that hair vit mmg baguss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yes that feeling ! tu la kena rajin guna je

      Delete
  2. Nanti cubalah prosante shaklee pula taw. pastu syira makan la gla complex. insyaAllah rambut lagi cantik. kuku pun sama nanti. kulit lagilah glowing. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? syira try esp shaklee je skrg.bru je try nnti boleh la try yg gla complex ni

      Delete
  3. Nais. dlu slalu juga guna time hari rebonding. Skrg tak guna da sbb rmbtu dlu slalu berminya. so me guna perapi jak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pn guna perapi dengan mask rambut je lepas syampu. sbb tak restock lagi ellips ni kat rumah hehe. eyqa guna perapi apa?

      Delete
  4. Dah lama teringin nak try bendalah ni. Tapi macam nak ke taknak nak ke taknak. Haha, dah baca review ni bolehlah beli pasni. Thank you for sharing! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kena try ! sbb best dah la wangi lepastu rambut pn lembut je

      Delete
  5. haritu sha ada dapat freegift serum rambut. memang best, wangi pastu rambut jadi mudah diurus. nanti nak kena beli lah ellips ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. serum rambut apetu nanti boleh try sekali

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.