honeymoon : 2 hari 1 malam di Gold Cost Morib International Resort



ye. hotel yang belah kanan ye bukan yang kiri tu. bila sampai kawasan hotel benda pertama "apeni hotel tak siap lagi" kihkih. I dengan husband bertolak awal pagi 18 december dari Perak and persinggahan pertama pergi makan makanan korea dulu di Paradigm Mall. boleh baca entry makan makanan korea di myeongdong Topokki di sini. lepas makan tawaf mall dulu shopping barang sikit dalam pukul 2 lebih baru bertolak ke Morib.




sampai je Gold Cost Morib International Resort mak aihhhh ramai gila orang !! beratur dekat kaunter check in pun kemain panjang. pertama sebab musim cuti sekolah memang musim orang pergi bercuti la and lepastu Gold Cost Morib ni memang tengah buat promo bilik yang murah jugak la sebab tu la berpusu-pusu orang. nak tunggu check in pun lama jugak la berdiri nasib tak hangkut beg lagi.



intai sikit 


time ni park tak penuh lagi. bila turun nak ambil beg tu fuh kemain penuh kiri kanan dengan kereta. 




ye selamat datang. first dapat kunci receptionist bagi kunci bilik yang dah ada orang :') lepastu turun semula ke kaunter check in tukar bilik. lepas dah dapat kunci kena tunggu lagi bilik sedang dibersihkan. time holiday memang orang pack tak menang tangan diaorang nak buat kerja cepat agaknya. lepas dah siap bilik jum room tour ! 


sejenis bilik studio dua single bed. tido asing kay aiman


tv ada


hair dryer pun ada. fav cermin bebeso cemni puas tengok diri sendiri kahkah


bae <3


sebab utama pilih Morib Gold Cost ni sebab ada jakuzi ! yassss boleh berendam dohplohpatjam. bila bayangkan jakuzi ni eeeiii excited nya hahaha. I memang suka bab berendam ni. next vacay pun kalau boleh nak pergi pantai jee harap rezeki murah so boleh jalan merata 


tingkap kecik tu yang pisahkan jakuzi dengan bilik. so kalau mandi boleh nampak dari bilik, tengah mandi boleh tengok tv haaa kerlasss -,- tapi kalau nak membuang air kena tutup tingkap kay nanti satu bilik wangiiiii


mini fridge, iron, heater, mug semua cukup


toilet pun bersih sebab baru dua saat makcik tu cuci tadi



yeay jakuzi ! hahahha tepi tu memang dah rabak bukan sebab I yang ganas sangat okay. lepastu button untuk jakuzi tu pun ada yang tak boleh guna tak boleh tekan dah -,- tapi overall best je guna jakuzi ni. paling best sebab ada bath bomb !



Lush sex bomb. akan buat full review pasal Lush bath bomb ni :)



water park ! water park Gold Cost Morib ni tak besar sangat sesuai la untuk seronok seronok holiday kennnz... ni view dari balkoni bilik I. seronok tengok diaorang main gelongsor ni.



shower. ada air panas jugak and oh jakuzi pun ada air panas. 





lepas dah tengok bilik, layan view dan berehat perut pun lapar. whatsapp kak nina tanya kedai mana best since kak nina duduk banting je. memang plan datang Morib nanti nak try Zeera Burger Bakar, kedai abang Edy abang sedara I. tak pernah pergi lagi tapi dengar cerita menu dia semua puas hati and sedap. tapi tak ada rezeki rupanya kedai tutup hari isnin tsktsk.... lain kali memang kena datang lagi la dah la tak selalu jejalan banting ni


next cari la kedai makan lain yang agak agak ramai orang tu sedap la kot. banyak je kedai tepi jalan area Morib ni pilih je kedai mana nak


lauk paling fav. selalu request kat husband bila husband balik Msia, nak makan lauk hidang :')



night view resort. cari benda tersembunyi.... k tak ada benda pun



sebelum kiteorang keluar makan tu ada persembahan circus macam best tapi I dengan husband tak pergi tengok pun sebab lapar sangat baik pergi cari makanan. kalau I tak silap nak tengok circus kena bayar harga lain.



water theme park operation hour. esok baru try okay. I punya pakej sekali dengan harga masuk water park ni. so pakej I 1 room studio, private jakuzi and 4 tag masuk water park. tapi sebab datang pun berdua guna 2 tag jelaaaa. tag tu bukan sekali masuk je, berkali-kali boleh guna


lagi satu baucer breakfast sekali dalam pakej.

next day, 


breakfast

makanan untuk sarapan pagi not bad laa banyak pilihan dan boleh ditelan. tengok la berapa banyak kiteorang makan hahaha breakfast like a king okay kena makan banyak.



jum pergi water park


sliding wuuuu tak naik pun


Aiman jela berendam iolss duduk tepi





kat tepi tangga pun ada lukisan lukisan cemni jadi nak naik tangga pun tak boring duk membaca amende le tulisan dalam lukisan ni. I dengan Aiman turun naik guna tangga je unless time angkat luggage tu memang kena guna lif. tapi nak tunggu lif pun lama ramai oranG ZZzz...



selfie dulu sebelum checkout. muka masih bengkak sebab makeup sanding haritu. 
ke-muka-memang gemok. hahahahha



barang kemain banyak hahaha


okay harga Gold Cost Morib ni
2 hari 1 malam RM165, tapi disebabkan school holiday kena tambah RM50 lagi time checkin.
1 studio room with jakuzi
4 tiket water park dewasa ( kanak-kanak boleh pakai)
2 tiket breakfast.


I dengan husband beli baucer Gold Cost Morib ni melalui kak Ct Malinda - 017 3939793. kalau berminat boleh je whatsapp akak ni okay.



Resort ni banyak tempat nak bergambar. cantik tapi kecik je kot






kat Morib ni tak banyak tempat pun pergi sebab nak relax dalam jakuzi, layan water park dan berehat. dah penat bersiap semua untuk kenduri haritu haha lepas checkout singgah pantai Morib pulak tetegah hari buta memang tak ada apa laa. angin kuat seronok sangat duduk tepi pantai ni. kalau nak makan pun banyak kedai kat tepi ni.


angin kuat


ombak pun sama kuat 



kedai makan area pantai Morib.


kalau nampak ada kedai yang sepanjang jalan tu ada 2,3 kedai jual coconut shake jangan lupa singgah ! sedap coconut shake dia sedapppppp gila jenis tak kedekut nak letak bahan-bahan. I beli kat kedai pakcik yang jual buah buahan. memang sedaap ( kira berapa patah perkataan sedap di situuuu )



next entry sambung honeymoon part 2 pulak.




baca entry honeymoon lain di sini

5 comments

  1. Gold Cost Morib biasa memang sure ramai orang! Bestnya ada jakuzi! Bilik pun boleh tahan besar. Katil pulak dapat single bed eh. Harga boleh tahan jugak, standard lah tu kira.. banyak part honeymoon dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ada jakuzi la buat best ty hahaha tu laa ni pun tak habis lagi part nya.gambar banyak sngt.

      Delete