Apa Itu Sticky and Eureka?

assalamualaikum :)


siapa pernah try Sticky ni angkat tangan ! ni first time I beli time kat Sunway haritu. sebelum ni Aiman pernah cerita pasal candy ni kat I tapi cerita jela beli tak pun tsktsk.. sebelum ni pun ada plan nak buat Sticky ni as hantaran time kawin ritu tapi malas betul sebab tak tau outlet dia kat Perak ni. 



inilah Sticky. beg pun comel ada warna pink.


ni my first time masuk outlet Sticky ni kesian kan?!! eh tapi ritu pernah lalu dah kat outlet Queensbay punya tapi tak heran sangat pun. outlet yang I masuk ni lawa dengan lukisan kat dinding dia. lepastu dapat tengok time dia potong candy ni jadi kecik kecik. macam 'wowww' mulut ternganga kat situ. husband dah pernah tengok so dia tak ternganga sangat.


beli la satu nak rasa.




rasa dia sedap sampai rasa tak boleh berhenti makan. dah la kekecik. rasa cepat je habis dalam mulut lepastu rasa nak makan lagi. Aiman lagi la takde nak hisap dulu candy nya terus gigit telan. k



candy Sticky ni ada macam macam bentuk, rasa, packaging. semua comelsss.. macam dalam gambar atas ni tema exo kot sape minat kpop tu boleh beli simpan tepi katil. I takde la beli yang ni. tengok jeee. Sticky ni candy handmade. tu sebab panjang dia tak sama time potong tu pun guna kerahan tenaga manusia haha. potong manual je okay tak ada guna mesin2 ni


tulisan kat candy ni pun ada macam2. so cute. perasa pun ada macam2 tak silap I. yang ni macam masam2 sikit. harga boleh tahan mahal jugak untuk I tapi berbaloi sebab sedap-tapi-mahal-makan-setahun-sekali-je-okay.



okay next makanan ialah




siapa pernah rasa snacks dari Eureka? ni first time jugak I rasa. memula tak berminat pun sebab popcorn je kotttt... bila dah rasa tester dia not bad. sedap dan ada macam2 flavor jugak. 


dalam box tu tester dia. Pop Rock tu produk baru tak silap. sejenis coklat.


antara perasa yang ada ialah original, seaweed, cheese, caramel, flaming hot and banyak lagi. time I beli tu ada promo beli 6 pack dapat 4 botol kecik popcorn ni. harga untuk satu pack RM 12-14 jugak la.


ini la packaging dia. boleh tahan banyak dan sedap.



outlet dia pun menarik sebab nampak banyak popcorn macam tertarik nak try. memang recomend untuk di try. k ayat apa ni. ouh gambar sushi itu kedai sebelah okay tak ada kena mengena. kalau nak beli online pun boleh. check it out SINI kay. EUREKA.


Follow

16 comments

  1. Nampak sticky haritu masa pergi Genting ,hahaha, teringin tapi takda org nak sponsor, mahai kan,hahaha. Popcorn Eureka sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa harga dia boleh tahan jugak mahalnya. sedap kann banyak perasa pulak tu

      Delete
    2. mahal ke? huhuhuhu.. baru rasa nak cuba..
      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  2. Nampak menarik..teringin pulak nk rasa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. terliur tengok..
      http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

      Delete
  3. hmmmm sedap ke sticky tu? rasa macam manis sangat ja hehehe. tapi yang popcorn tu memang best la. cuma popcorn seaweed? peliknya! haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak manis sangat pun sedap masam manis.haha pelik tapi sedap

      Delete
  4. Sticky nampak menyelerakan. Warna warni kehidupan sungguh. Hihi. Popcorn Eureka mesti sedap jugak kan! Tak pernah makan lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sticky memang nampak menyelerakan sbb warna dia menarik.eureka tu kena try

      Delete
  5. wah sedapnya..
    http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html

    ReplyDelete
  6. gula gula pun comel >< mesti sayang nak habiskan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang pun duk ngap jugak ahahaha beli lain

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.