barang dari Zalora dah sampai !

Assalamualaikum and hai.




Parcel dari Zalora dah sampai. Siapa pernah shopping di Zalora? Kalau tak silap ini kali ke 4 I beli barang di Zalora. Kali pertama beli makeup, kedua I beli baju untuk Aiman dan kali ke tiga I beli apa tak ingat dah hahaha. Kenapa I boleh beli di laman web Zalora sampai 4 kali ni banyak nya. I suka Zalora. Siapa je yang tak suka shopping online kan. Luangkan masa cuci mata tengok barang-barang walaupun niat asal nak cuci mata je tapi dah ke lain, cart penuh.


Jadi untuk kali keempat dengan Zalora ni I beli seluar. Kalau singgah website Zalora, Zalora akan bahagikan kategori untuk wanita dan lelaki. Sangat senang ! I akan singgah bahagian lelaki dulu sebab I suka survey baju, seluar, barang-barang lain untuk Aiman. Tapi survey jelaa, tak beli. Kalau ada barang yang I suka, I akan masukkan dalam wishlist dengan tap je bahagian 'Add to Wishlist'. I memang suka kalau laman web shopping yang ada 'Add to Wishlist' ni sebab I tak semestinya terus beli sesuatu barang tu. Mungkin tunggu ada sales jadi bila dah tau ada sales cuma perlu pergi bahagian wishlist je. Senang.


Textured Jogger.

Textured Joggers ni keluaran Zalora sendiri. Harga asal RM99 tapi selepas sales RM49 je. Banyak jugak potongan harga.  I tertarik dengan seluar ni sebab model pakai nampak smart hahaha. Lagipun I suka tengok Aiman pakai jogger pants so apa salahnya belikan dia jogger. Bolah pakai untuk casual, pergi jogging pun boleh guna jugak. Pakai pelasah pun boleh. Material dia pun best, macam bertekstur sikit. Poket pun ada. Kalau nak tengok detail lain boleh klik SINI.




Apa yang paling I suka Zalora ada sediakan Polisi Pemulangan. Maksudnya pelanggan boleh pulang semula barang jika ada apa-apa masalah dengan barang tersebut contohnya salah barang, salah size, salah order, semua salah... Jadi Zalora memang dah sediakan slip pos laju tu. Pelanggan yang nak pulangkan barang bungkus barang elok2 semua dan pos. Kalau nak tau lebih lanjut boleh check di laman web Zalora. 


Pelanggan pun tak perlu nak risau kalau barang yang sampai tu ada masalah, sebab boleh pulang. Sesetengah jualan online tak ada pun sediakan perkhidmataan ni apa tah lagi siap sediakan slip pos laju tu. Kalau tak ada pemulangan apa-apa slip tu boleh buang dalam tong sampah.


Invois dan slip pos laju untuk pemulangan.




Seluar yang I beli untuk Aiman ni termasuk dalam projek #HadiahUntukAiman hhhahaha. Sempena passing out dia soon. Tak sabar nak jumpa dan bagi hadiah. Sebulan lebih jugak la tak jumpa -,- Harap Aiman suka laa sebab taste I untuk baju, seluar lelaki ni tah pape. I tak reti nak pilih !




16 comments

  1. Zalora best!! Sekarang dah kuar juga baju untuk raya kan? Semua lawa!! Rambang mata sungguh tengok. Hihi. Siqah pun suka Zalora sebab ada pemulangan dan refund. Pernah juga tukar saiz kat Zalora. Hii.

    Aiman tak kesah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa baju raya pun dh mula promote.sabar je tunggu duit masuk haha. dh lama tak dgar Aiman tak kesah tuu selalu jugak menyakat dia

      Delete
  2. Sy dulu memang pelanggan zalora, boleh kata tiap bulan mesti ade barng sampai. Memang memuaskan. Skrg ni slowly sikit tapi ade jugak cuma pantangnya bila masuk web zalora. Pantang masuk web zalora mesti order. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seronoknya dpt shopping tiap bulan.kalau shopping online ni memang susah nak tahan

      Delete
  3. lama dah tak shopping kat zalora nie. :D
    cantik material pants tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh jenguk website zalora hehe.tu laa tekstur dia best

      Delete
  4. saya pun suka shopping di zalora ;)

    ReplyDelete
  5. Suka juga tgk barang2 di zalora. Cantik2 semuanya. Tp belum sempat beli satu pun lagi. InsyaAllah soon 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kadang2 singgah cuci mata je

      Delete
  6. sha belum pernah shopping kat zalora. tapi macam best je, kena try lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la banyak brand ada di zalora ni

      Delete
  7. Wahhhh bestnya shopping kat zalora!
    Dah lama dah tak shopping online ni haha tak ingat bila last time beli barang online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak best sebab dapat beli satu je padehal wishlist banyak ! hahaha

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.