Kong : Skull Island Movie Review

Assalamualaikum and hai.





Cerita Kong ni bermula bila sekumpulan peneroka yang menjumpai pulau yang tidak dipetakan lagi. Pulau yang tak ada orang lain pernah jumpa. Kumpulan peneroke tu je yang baru jumpa jadi diaorang nak petakan pulau tu laa. Sebelum tu diaorang pergi la cari tajaan untuk ekspedisi ni kot. Dengan bantuan tentera sekali sebab sebelum nak jumpa pulau tu, kena lalu ribut yang dasyat gila. Lalu ribut guna helikopter. Memang excited tengok diaorang lalu ribut tu nak pergi ke pulau. Bila dah lalu ribut, jumpa la pemandangan cantik pulau tu. Cantik sangat sebab tak ada pembangunan ke apa. Pulau yang tak pernah diteroka.





Disebabkan nak buat pemetaan pulau tu, kumpulan peneroka ni guna bom untuk tahu bentuk muka bumi tu la kot hahaha. Disebabkan bom tu la Kong muncul. Kalau nak tau ada sorang peneroka tu memang dah tahu kewujudan Kong. Dia saje je nak Kong muncul. Nak tunjukkan kat orang lain yang Kong memang wujud, dia tak gila. Bila kong muncul tu yang best selamba je dia musnahkan heli yang tengah terbang untuk lepaskan bom tu. Ramai la tentera yang mati disebabkan Kong.






Kong memang penjaga pulau tu. Dia jaga nak elakkan cicak tak silap I. Cicak gergasi yang ganas gila, besar dan menakutkan. Jadi Kong jaga pulau tu agar cicak tu tak membiak banyak dan tak ganggu makhluk lain. Cicak tu jugak yang bunuh family Kong. Jadi memang Kong je tinggal sekor kat situ. Keluarga dia yang lain dah mati.


Time kat rangka keluarga Kong.


Dalam pulau tu juga ada perkampungan. Orang kat situ tak bercakap dan diaorang anggap Kong tu memang penjaga pulau tu. Ada sorang tentera ni dia tersadai kat pulau tu berapa tahun 27 tahun kot jadi memang dah faham orang kampung tu, tahu lebih kurang pasal pulau tu. Tentera yang tersadai ni la tolong mana-mana ahli ekspedisi dan tentera yang masih selamat kat pulau tu untuk keluar dari pulau.


Ramai tentera dan ahli ekspedisi mati, satu sebab Kong bunuh time diaorang jatuhkan bom tu, kedua mati kena makan dengan macam-macam makhluk atas pulau, ketiga sebab kena makan dengan cicak ganas ya ampun tu. Disebabkan ramai tentera mati, ketua tentera tu memang dendam gila dengan Kong. Dia nak bunuh kong dan memang dia cuba bakar Kong. Tengok dia punya dendam tu sabar jela. Kesian Kong hahaha.


Akhirnya diaorang selamat jugak keluar dari pulau tu. Tapi sedih sebab ramai mati. Sedih jugak ada yang tak sempat jumpa ahli keluarga. Macam tentera tu baru habis misi, ni pergi misi lain pulak tak sempat jumpa keluarga dah kena telan dengan makhluk pulau. Menakutkan. Cerita ni ada sedih, ada kelakar, ada yang menakutkan, memang best. I bagi 3.5/5 bintang je sebab.... jalan cerita biasa je kot, ringkas tapi masih menarik.....












Lakonan Tom Hiddleston sebagai James Conrad memang best. Dah la handsome haha. Dia macam orang yang tahu pasal pengembaraan dalam hutan ni, tahu banyak tentang hutan. Dia jugak laa yang jadi macam ketua bila kumpulan tu terpisah sebab Kong musnahkan heli. Lakonan Brie Larson pun best. Dia siap boleh sentuh Kong lagi. Kong pun selamatkan dia masa dia lemas. Brie Larson sebagai Mason Weaver dalam ni adalah wartawan yang join sekali ekspedisi.





Kalau nak tau kenapa Skull Island, tak silap I sebab bentuk pulau tu macam tengkorak. Paling I suka cerita ni tak ada kissing scene. Bagus la tak elok untuk otak hahaha. Okay jangan lupa tengok.




24 comments

  1. Mummy dah tgk citer ni... syokkan . Dari awal dampai akhir memang syok la...

    ReplyDelete
  2. producer godzilla rupanya.. tgk jgk movie tu. not bad la :)
    xsabar nk tgk tom dlm Thor

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tgk la handsome jugak tom tu hehe

      Delete
  3. kejammmm.. spolier alert. huhuhu.. *xtau nak sedih, atau lagi excited nak tgk cite kong ni. Power rangers pun nampak review mcm best

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha sorry ! power rangers pun best nantikan next spoiler ahahhahhaa

      Delete
  4. oo kong ni cerita pengembaraan pulau..ingat cerita hantu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cerita pasal makhluk king kong nii

      Delete
  5. Menariknya! detail betul penceritaan pasal movie ni hehe.
    Kalau syed tak pandai nak ulas balik movie yang dah tengok sebab tak ingat scene2 yang penting and pelakon tu nama apa kah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah kadang2 je ingat tapi banyak yang lupa.

      Delete
  6. waa. Macam bole je p tengok lepas ni ^^

    ReplyDelete
  7. hi, saya datang singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak nanti saya singgah semula

      Delete
  8. jemput join giveaway aaisy ๐Ÿ˜Š

    http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html

    ReplyDelete
  9. Hihi. Siqah tak tengok filem ni pun.. Takde kissing scene eh? bagus2. takdelah rasa serba salah bila tengok kat wayang. Hii :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takdeee.kann tak ada la rasa semcm sgt

      Delete
  10. Ramai juga dah tgk cerita skull ni ye. Ana dah bertahun tak masuk wayang. Lebih dr 5 tahun rasanya. Tunggu syafi besar sikit. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanyaaa.habis tu tengok movie baru online jela ye

      Delete
  11. sha taksuka tengok cerita english sebab malas nak baca sub :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mcm tu pun boleh. dengar jela

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.