Review Laneige Water Bank Moisture Kit

Assalamualaikum and hai.




I suka produk skincare dari Korea. Korea kan terkenal dengan kecantikan kulit diaorang terutama pelakon, penyanyi dari sana. Flawless tahap apa I pun tak tau nak cakap. Gebu gebas hahaha. Jadi I pun terpengaruh dengan produk dari korea dengan harapan kulit sendiri pun cantik. Tapi dari apa yang I baca, penggunaan skincare korea bila di Malaysia dan Korea berbeza. Contohnya, pakai skincare korea di Malaysia kesan dia biasa je tak se-flawless yang diinginkan tapi bila pakai skincare korea di Korea (haa berapa banyak korea) kesan dia mengagumkan. Mungkin cuaca mempengaruhi. Tak adil betul harap duit banyak nak pindah Korea.

I berminat dengan produk Laneige ni sejak cerita Descendants of The Sun tengah meletup tup. Kulit Song Hye Kyo pun cantik gila dalam cerita tu. Gigih la google tips macam mana Song Hye Kyo jaga kulit. Song Hye Kyo jadi duta untuk produk Laneige lagi la terpengaruh ! Sebelum ni I ada baca review produk Laneige, semuanya best-best. Jadi harini I nak review Laneige Basic & New Water Bank Moisture Kit. Water Bank Kit ni I dapat free gift time beli barang kat Sephora so yayy !


Bahagian hadapan kotak.


Bahagian belakang kotak. Belakang kotak ni tulis bahan-bahan yang digunakan untuk setiap produk.




Yang pertama adalah Laneige Power Essential Skin Refiner - Moisture. Ni macam toner jugak la. I pakai tak guna kapas. Letak atas tangan dan dab kat muka macam biasa je. Tak melekit. Kulit pun rasa lembap sikit walaupun pakai yang ni je jadi sesuai la untuk kulit kering yang tak terlampau kering. Tekstur pulak adalah jenis cecair jernih. Gambar over edit dah macam warna biru je hahaha botol je warna light blue yang cantik. 

Dalam Power Essential Skin Refiner ni ada hydro-ion mineral water yang mampu memberi kelembapan kepada kulit. Tu yang boleh terus rasa kesan lembap kepada kulit. Bau dia pun tak mengganggu hidung, tak terlampau wangi. Lembut je bau. 




Yang kedua pula Laneige Balancing Emulsion - Moisture. Emulsion sesuai untuk kulit yang kering atau kering sangat sebab emulsion ni macam pelembap yang lebih berbanding moisturizer biasa. Emulsion membantu kulit kering untuk jadi lebih lembap jadi kulit kelihatan lebih sihat. Kalau kulit kering kan macam mengelupas dan kasar macam tak cukup air haha so emulsion boleh membantu. Bahan dalam ni termasuk la jojoba oil yang boleh membantu kulit kering. I pakai emulsion ni malam-malam untuk bagi lebih kesan kepada kulit bila bangun pagi. Emulsion pun lebih berat so I tak suka pakai waktu siang. 




Yang ketiga adalah Laneige Water Bank Essence_EX. Ni kali ke tiga tak silap I pakai moisturizer ni. Sebelum ni I ada beli dua botol kecil macam ni jugak dari Hermo.my. Favourite gila moisturizer ni sebab bila dah pakai rasa flawless sekejap. hahaha. dekat botol dia tulis essence tapi bukan jenis essence cecair tu. Lebih kepada jenis cream yang tak berat. 

Jadi I pakai as moisturizer. Kalau sebelum makeup pakai benda ni memang puas hati sangat tengok kulit sendiri hahaha. Sebab moisturizer ni buat kulit nampak supple, gebu dan memang sesuai untuk kulit kering. Terasa kelembapan bila pakai dan boleh bertahan sampai 24 jam. Tapi siapa je yang tak cuci muka sampai 24jam.... Kalau tengok bahan dia pun kebanyakkan yang boleh memberi kesan lembap kepada kulit. Jadi memang patut beli bekas besar ! Harga untuk kecil ni RM19 yang I tengok kat Hermo. Kalau ada promo dapat less lagii.



Seterusnya adalah Laneige Water Bank Moisture Cream_EX. Krim moisturizer yang ni lebih berat. I tak sapu kat seluruh muka tapi cuma sapu di area yang terasa kering dan kerap kering contohnya area rahang dan dahi. Moisturizer yang ni sesuai untuk kelembapan kulit yang lebih mendalam. Faham tak? hahahha. 





Yang terakhir ialah Laneige Water Bank Eye Gel. I love eye gel ni. Kalau bangun pagi terlewat sikit, lepas mandi cuci muka pakai eye gel ni rasa mata segar. Puffiness bawah mata pun boleh berkurang. Selain itu eye gel ni membantu untuk mata  yang letih disebabkan stress dan tekanan. Bila I pakai memang boleh nampak la perbezaan mata tu. Untuk lingkaran gelap bawah mata tak berkesan sangat bagi I tapi yang best dia buat mata nampk segar dan terasa lembap kat mata.


Bila dap bawah mata pun tak buat mata pedih ke apa, memang terasa kelembutan dia untuk mata. Kulit bawah mata kan agak nipis dan sensitif, tak boleh kasar-kasar. Kalau nak pakai apa-apa bawah mata pun kena lembut-lembut. Eye gel ni tak rasa melekit, bau pun wangi yang tak over, dan yang penting berkesan untuk buat mata nampak segar.


I memang suka semua produk Laneige yang I dah guna di atas ni. Kesan dia memang best ! Harga pun best jugak hahaha. Bagi I harga produk Laneige ni mahal tapi kesan dia gempak. Kalau korang berduit boleh la try produk Laneige ni. I pun plan nak beli bekas besar punya tapi kena kumpul duit dulu sebab mahal T.T Pokai kalau terus beli semua. Korang boleh survey harga di Hermo.my jugak. Baca review banyak dulu okay sebelum beli untuk pastikan yang produk ni sesuai untuk kulit awak ke tak.


Sebelum beli yang besar mungkin boleh try yang pack kecik dulu nak tengok kesan kat kulit korang pulak. I guna Laneige ni sepanjang honeymoon I, dah la kecik senang nak bawak, jimat ruang memang senang untuk yang selalu travel tu kalau pack kecil macam ni.


 Korang pernah try apa-apa produk Laneige tak? Bagi review sikit.





27 comments

  1. Siqah tak pernah cuba Laneige. Memang betul cakap Airah. Jealous tau tengok kulit muka orang Korea. Flawless gila! Takde cacat cela sikit pun. Siqah setuju jugak bahawa cuaca memainkan peranan. Cuaca dorang lain daripada kita. Mungkin sebab tu dorang senang nampak flawless. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun rasa memang sbb cuaca. teringin betul nak pergi sana

      Delete
    2. SY NK SHARE BLH HEHEE.. YESS!! MMG BETUL BERBEZA BILA KITA PAKAI DI KOREA DN DI SINI(MLYSIA)SBB KEADAAN CUACA YG BERBEZA, PENGALAMAN SY, SY KE KOREA PD BLN 4 2017,MUSIM BUNGA DN JUGA SUHUNYA AGAK SEJUK, KULIT MUKA MMG KERING SMPI MERAH PIPI, SY PN BELI MASK DISANA PKI(INNISFREE) AND KE ESOKKAN MMG MENJADI, DAH X PEDIH N KERING, BEST.. MALAM TU PLK PKI LANEIGE WATER SLEEPING MASK BELI YG KECIK JE MS TU SBB NK TRY.. MMG BEST SGT,BLH RASA KULIT MUKA X SEKERING SGT.. LPS TU TEKAD NK BELI NK CONTINUE PAKAI DI MLYSIA, AND THEN SY PN BELI SATU DEMI SATU PRODUK LANEIGE DR GO SHOP DAN JUGA DI BUTIK NYA DI KUANTAN.. SMPAI SKRG HAMPIR SETAHUN SY MGGUNAKAN LANEIGE..SETIA N SABAR..KULIT PUN X DE KERING SGT SBB SELALU PAKAI TP MMG BEZA PAKAI DI MLYSIA NMPK CAM XDE KESAN TP SBNRNYA ADA.. TETAP KENA SABAR LA HIHI.. SKRG SY DH ADA BYK JENIS PRODUK LANEIGE SHGGA KAN KOSMETIKNYA PN SY BELI.. I LOVE LANEIGE! SY CADANGKAN ANDA BLH TRY N TERUS PAKAI SELAMA YG BOLEH.. HRGA MMG AGAK MAHAL SEDIKIT BUT BERBALOI..OK THANKS

      Delete
    3. Hai dear thankyou for your sharing! Best i baca hehe.i memang suka produk korea lagi2 laneige sebab kesan dia best cuma kne konsisten la kan.memang berbaloi.i tengah kumpul lagi produk laneige hehe

      Delete
  2. byk juga nak kena guna produk nya tu..tpi cm best plk brand ni..nk flawless gk.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha dalam satu kit ni ada 5 produk. cuba laa korean brand memang best

      Delete
  3. mask and bb cushion dia i suka best :) formula dia light pastu ada dewy effect tu paling best

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!! dua2 bessttt..brand laneige ni yg airah dh pernah guna semua best

      Delete
    2. boleh tahu produk laneige yg sesuai dgn sy..muka sy kusam brmnykk

      Delete
    3. Boleh try tanya diaorang punya beauty advisor lagi senang diaorang recommend apa yang sesuai

      Delete
  4. Tak pernah try jenama ni lg..tp ramai kwn2 dh cuba. Nt nk try juga la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni susah jugak nak cari brand ni. tapi sekarang dh banyak kaunter/outlet.memang senang la nak try nanti

      Delete
  5. kann, memang kulit korea cantik2. jelesnya :D
    walaupun mahal, berbaloi rasanya cuba produk nie sebab banyak dah baca review best2 pasal laneige :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab review dan kesan dia best, harga tu macam berbaloi hehe

      Delete
  6. betul tu, kalau di Malaysia, cuacanya lain tak macam di Korea.. So memang takkan dapat hasil kulit macam mereka... tapi memang jeleslah tengok kulit mereka... memang cantik-cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..baca pengalaman orang lain pun sama macam tu T.T kena pindah sana baru merasa

      Delete
  7. sha pun tengah kumpul duit nak beli produk laneige ni huyhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha pun berminat ea dgn laneige best kan semua review dia

      Delete
  8. SY JUGA PENGGUNA SETIA LANEIGE..SGT BEST..TRY LAH, HARGA MMG AGAK MAHAL SEDIKIT BUT BERBALOI.. START PAKAI MASA GI KOREA BLN 4 2017, NOW HAMPIR SETAHUN DAH GUNA..BEST..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuu laneige memang berbaloi tapi mahal sikit

      Delete
  9. Kat mana nak dapatkan produk laneige yg original ya? Kat shopee ngn lazada I kurang trusted la 😟

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak beli online I suggest beli di hermo or althea.kr . trustable skit. kalau nak cepat better beli dekat store dia terus.

      Delete
  10. Replies
    1. Kurang sesuai sebab yang ni focus untuk hydrate.boleh pilih range laneige yang produk untuk oily skin

      Delete
  11. arghhh..nak juga cuba.Agak2 laneige ni sesuai ke tidak utk combination skin ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah combination skin jugakkk. bestttt.try la dulu beli trial set

      Delete