The Body Shop Big Sale

Assalamualaikum and hai.



Siapa pernah cuba apa-apa produk dari The Body Shop? I tak pernah hahaha. I memang jarang masuk The Body Shop sebab pekerja dia menakutkan. eh tak. I tak suka orang ikut I dari belakang bila nak pilih barang, lemas tau. I memang faham itu yang diaorang patut buat tapi I memang akan cuba elakkan masuk kedai yang pekerja macam tu. Tak masuk pun tak apa. Masuk kedai lain je yang I boleh pilih barang macam biasa dengan tenang hahaha.


Tapi, disebabkan pagi tadi I rajin bukak Instagram (setiap masa on instagram pun), I jumpa post Instagram The Body Shop Malaysia. Ada sales sampai 70% ! Tapi yang I tengok tu sponsored post tak silap. I terus excited follow The Body Shop Malaysia punya Instagram dan check online shop diaorang. hahaha. Banyak gila sales dari 70%, 50%, 30%, 20% dan 10%. Rambang mata tengok website The Body Shop.





Mula-mula I ingat sales untuk pembelian online je rupanya kat outlet pun ada so yes ! Aeon tak bukak lagi I dah siap-siap parking. I plan nak beli bath gloves tu je sebab baca review boleh tahan kesan dia. I memang suka baca review dulu sebelum beli takut membazir je nanti.


Tapi sales sampai 70% kottt..... Tak kan beli bath glove je memang tak la nafsu teruk betul bab membeli ni aiyoyo. Sempat lagi pusing satu kedai tu belek semua benda tapi fikiran dan fokus kat benda ni je hahaha





Vitamin E Serum In Oil ada less 70% jadi harga dia hanyalah RM 31.50 daripada RM105. hahaha Ayang dah 'bukan dah banyak skincare ke nak apa lagi?!'. hehehe. Dan harga untuk Bath Glove tu RM5.95 murahnya. Dua2 barang ni ada less 70%. Memang masuk kedai, ni barang first I nampak sebab barang less semua dia letak depan. Gembira jugak dapat beli harga murah macam ni tapi kesian duit  patut duduk dalam tabung tapi dia duduk dalam mesin cashier.




I beli dua barang ni je walaupun banyak lagi produk The Body Shop yang sales. Kalau pergi outlet dia memang rambang mata laa nak pilih. Kalau banyak duit lagi rambang mata haha. Tak sabar nak guna. Sales ni tak silap I sehingga 26 Mac je. Lagi berapa hari je ni.


Korang pernah guna dua produk ni tak? Atau produk lain dari The Body Shop? Nanti share la tak pun kalau ada buat review tinggalkan link di komen box bawah okay.


16 comments

  1. Perfume body shop yang untuk lelaki tu takda discount ke apa ?hahaha nak juga beli kalau murah.

    ReplyDelete
  2. Wow.nak kena pergi ni..nak cari parfume la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess kena pergi.rasa semua barang ada sales

      Delete
  3. Suka bodyshop perfume...baunya sangat best..

    ReplyDelete
  4. Tertarik menarik dengan glove itu <3

    ReplyDelete
  5. Dulu beli perfume dia je nama white musk. Lama nak habis pakai. Yg lain tak pernah cuba lagi.

    Tapi ana pun sama tak suka pergi kedai yg pekerja dia akan ikut kita. Ana rasa tak selesa nak tgk satu2. Heeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah rasa mcm pernah dgr nama perfume tuu. airah pun sama rasa semcm je org ikot

      Delete
  6. wahh banyaknya sales. by the way gloves tu comel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sales bbest punyaaa.glove tu ada mcm2 wrna lagi

      Delete
  7. i suka black musk perfume bodyshop. sesuai utk lelaki. Setiap kali pergi mana2 mall mesti masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pernah bau. memang best patut la orang minat

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.