weekend update | Kenduri & Kenduri

Assalamualaikum and hai..


minggu ini sekali lagi hujung minggu dipenuhi dengan kenduri. yeay fooood. hari sabtu Cik Ana jiran I jemput datang kenduri doa selamat sebab anak dia baru lepas bersalin. Kak Wa dapat baby boy yang comel. haritu pergi melawat baby boy dia serius comel dan pipi taknak kalah. sama macam pipi kakak dia yang umur dua tahun tu. bolat !



majlis tu pukul 3 petang. juadah seperti nasi lemak yang sedap, bihun goreng, kuih muih macam-macam jenis dan air 3 jenis hahaha kenyang. I sebenarnya tak selalu sangat tunggu mama bersembang dengan makcik-makcik jiran ni sebab segan haha tapi time kenduri tu lama jugak la I tunggu sambil sembang sekali. mungkin sebab dah kahwin so rasa seronok join makcik-makcik bersembang -..- yang paling tak lalu makcik-makcik tanya dah ada isi ke belum. saya berisi dengan lemaks je makcik.......



hari Ahad pulak kenduri kahwin kawan abang I. I memang rapat dengan satu family diaorang siap tidur rumah lagi tak kira masa haa dulu-dulu. majlis ni di Dewan Bankuasi Carsem. 


gabungan warna putih dan purple. cantik.


goodies. ada gula-gula, magnet dan sumi.


makan beradap.

meja makan beradap untuk dua orang pengantin je. so comel ! memang menarik gila hiasan meja ni nampak class. wedding planner I pun ada tanya nak makan beradap biasa or berdua macam ni. I pilih yang biasa je sebab tak pernah pulak tengok berdua macam ni. tapi sweet jugak. makan beradap I , mama ayah mil fil tak join pun sebab semua busy sambut tetamu hahahaha

makanan dia pun banyak pilihan dan boleh tahan. laksa pun ada. I suka pergi kenduri kahwin yang selesa dan tak ramai orang sangat. tetamu boleh duduk selesa tak payah nak cepat-cepat makan sebab tetamu lain cari tempat duduk.



pengantin sama cantik sama padan.

bestnya kenduri kahwin. selalu tanya Aiman boleh tak nak kahwin lagi sekali lepastu dia tanya nak kahwin dengan orang lain ke haa.

lepas habis kenduri singgah Calaqisya sebab Calaqisya ada buat sales best gila. tapi tak beli apa pun. plan nak beli kasut sepasang dua tapi Calaqisya Ipoh tak banyak stok kasut.





me, Ayang, Ayah and mama.




12 comments

  1. cantiknya meja santapan pengantin.. menangis tengok lawa sangat

    ReplyDelete
  2. Haha. Time kenduri memang waktu mak mak kita nak reunion kot. Kalau lima minit tu kira macam boleh jadi sejam dah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuuu.memang selalu lama kat kenduri. mcm dh nak balik tapi sembang xhbs lgi

      Delete
  3. hi datang singgah dan follow dari segmen yang sama...salam kenal
    http://msvelentine.blogspot.my/2017/03/segmen-awak-follow-saya-saya-follow.html

    ReplyDelete
  4. nice wedding =)
    hai dear jemput join segmen bloglist saya ya.. 3blogger bertuah dapat giveaway
    http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html

    ReplyDelete
  5. Pelamin dia cantik. Tau x ape.. comel je meja makan beradap dia..

    ReplyDelete
  6. cantiknya pelamin. meja makan dan paling penting karipap hahaha ><

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.