Assalamualaikum and hai


Pernah tak ada masalah tak ada seluar nak pakai? hahaha I memang selalu sangat ada masalah besar macam tu. Besar la sangat. Padahal seluar banyak je dalam koleksi tapi disebabkan imej dah berubah, tak ada seluar ketat-ketat dah, jeans pun kena letak tepi, pilih yang longgar-longgar je. Jadi dalam proses nak kumpul seluar palazzo.


Mungkin ada yang masih tak biasa dengan perkataan seluar palazzo ni. Pernah tak nampak seluar longgar yang bahagian kaki lebih besar sikit.  Senang cerita seluar longgar yang muslimah zaman sekarang pakai la. Memang banyak keluaran seluar palazzo sekarang. Pelbagai jenis, material, potongan dan macam-macam lagi mengikut citarasa pelanggan.


I pun kalau jumpa seluar palazzo potongan baru, atau jenis kain yang tak ada lagi dalam koleksi mesti rasa nak je beli. Lagi-lagi kalau banyak pilihan warna, confirm rambang mata nak pilih. Kenapa palazzo menjadi pilihan? Pertamanya potongan palazzo yang longgar, tak menunjukkan potongan kaki sangat sesuai untuk muslimah yang menutup aurat. Kedua, palazzo sangat sesuai dengan semua jenis baju atau ootd. Pilih je potongan palazzo yang awak suka kemudian mix and match dengan blouse pilihan. Mesti masuk je. Yang ketiga dan paling penting, palazzo dapat menutup lelemak yang ada di badan hahaha. Sesuai untuk semua jenis bentuk badan.


Jadi I nak perkenalkan palazzo favourite I sekarang. Dari Allemari.co ! Banyak pilihan warna, ada lebih kurang 20 warna palazzo yang trendy. Harga sangat la murah dan berbaloi. Keunikkan palazzo Melisa dari Allemari.co ini ialah tak perlu iron ! Material ialah buble lycra jadi memang kalau nak pakai tak perlu pun nak bazirkan masa nak gosok seluar bagai. Boleh terus pakai je. Confirm tak kedut sebab I pun dah pakai. Tak perlu risau dah lambat nak pergi kelas, dah lambat nak dating, dah lambat nak pergi kerja. Sarung je palazzo ni. Zupzap dah siap. Tak payah kelam kabut nak menggosak seluar bila dah lambat.


I paling suka bawak seluar palazzo Melisa dari Allemari.co ni pergi bercuti. Kadang-kadang ada hotel yang tak sediakan iron dalam bilik. Menyusahkan kena iron kat bahagian yang disediakan. Jadi jalan pintas dia senang je bawak palazzo Melisa yang tak payah iron ni ! Dah la tak payah iron, bila mix and match dengan blouse atau tshirt pun boleh cantik. Tak payah nak semak kepala fikir nak pakai baju lawa-lawa pergi bercuti sebab palazzo Melisa ni pun dah lawa. Gambar bawah ni masa I pergi honeymoon, pakai seluar palazzo Melisa tau. Senang !




Macam yang I cakapkan tadi Melisa palazzo dari Allemari.co ada lebih kurang 20 warna termasuk yang I pakai ni. Gambar kat bawah ni I sertakan warna-warna Melisa palazzo, ukuran, contoh pemakaian dan feedback dari pelanggan Allemari.co. Melisa palazzo yang murah, berkualiti, cantik, mempunyai pelbagai pilihan warna dan trendy.



Pelbagai pilihan warna palazzo dari Allemari.co



Ukuran dan kod warna.



Feedback customer.


Banyak lagi feedback fresh pelanggan dari Allemari.co. Boleh singgah Instagram Allemari.co untuk lihat lebih banyak feedback, gambar customer, gambar palazzo, promosi dan macam-macam lagi. Bukan sahaja ada palazzo, skirt pun ada jugak. Dua design lagi. Boleh singgah ig Allemari.co okay. Palazzo ni memang murah dari palazzo di pasaran. Material yang best, potongan yang sesuai untuk semua peringkat umur, ukuran yang sesuai sehingga L size. Tapi yang lebih dari size L pun boleh pakai sebab kain jenis boleh tegang. semestinya tak jarang !


Instagram
Allemari.co


017 563 0516
017 563 0516
017 563 0516

Palazzo Pilihan Muslimah Dari ALLEMARI.CO

Assalamualaikum and hai,





I rasa dah berderet-deret entry I pasal makanan je. The Manhattan Fish Market laa, KitKat baru laa hahaha Maafkan saya sebab memang sejenis yang suka makan. Lagi-lagi makanan baru ataupun ada promosi best. Ni lagi satu promosi best yang tanpa sengaja terjumpa. Promosi Baskin Robbins April Fool, your ice cream swells.


Tak sengaja sebenarnya masa on the way nak pergi jb rasa nak minum coffee pulak. Aiman pun dah mengantuk, penat angkat barang banyak susun dalam kereta nak pindah la katakan. Memang penat sangat laa mengangkat barang berat. Rancang nak singgah RnR Sungai Buloh kot ada kopi yang sedap. Tapi macam tak ada hahaha. I teringin caramel macchiato macam biasa. Jalan-jalan tengok kedai apa yang ada tu yang masuk br. Alih-alih bukan mencari coffee tapi tengok ais krim berderet menggoda betul.


Pilih la perasa yang belum cuba lagi. Perasa apa I pun dah tak ingat nama dia. Tapi serius sedap sebab ada bits-bits yang boleh digigit tu sedap nya ! Promosi yang I ambil ni king scoop sekali dengan waffle. Dalam RM11 je lebih kurang. Makan berdua dengan Aiman, lepastu Mil dengan Fil sambung makan pulak lagi separuh. Memang agak puas laa portion dia dengan harga yang murah. Waffle tu pun dah mengenyangkan. Lepas makan ais krim, lunch burger king pulak. Hidup penuh lemak.





Kali kedua beli BR ni masa beratur tunggu giliran meja kosong di The Manhattan Fish Market dekat entry NI. I beratur sorang-sorang, Aiman pergi beli ais krim. Nampak tak berturut-turut makan ais krim BR je nasib la Aiman siap offer 'jum beli eskrim br nak'. Tengah promosi ni memang rasa okay sikit la nak membeli aiskrim nya. Kali ni pilih King Scoop jugak tapi dalam cup punya. Puas jugak makan berdua sebab banyak ! Dah la memang tengah lapar menunggu giliran. Perisa ni pun sedap. I tak tau perisa apa. Aiman cakap dia main pilih je hahaha. Bits coklat tu pun sedap je kunyah. Harga dalam cup atau waffle sama je untuk king scoop ni.


Promosi ni terhad sampai 30 April 2017 sahaja. Nama pun promosi April Fool mesti la dalam bulan april je kan. Ehem I tak sambut April Fool pun. I menyambut promosi yang ada pada april fool hahaha.













Baskin Robbins April Fool

Assalamualaikum and hai.




The best deal in town is now back ! Tengah online facebook tengok ada gosip apa yang menarik tetiba nampak poster promosi The Manhattan Fish Market ni. Terus ajak Aiman pergi makan sebab memang plan nak keluar beli barang rumah. Sejak dah pindah ni setiap hari keluar sebab ada je barang tak cukup hahaha. 


I memang suka makan Manhattan Fish Market ni sebab kebanyakkan menu yang I dah cuba semua sedap. Seafood kan memang I tak tolak laa. Cuma kalau nak pergi makan Manhattan Fish Market ni kena tengok poket kering ke tak. Kalau kering jangan harap nak jejak. I pertama kali makan Manhattan Fish Market ni dengan Aiman and Amy masa belajar dulu, lepastu memang setiap sem confirm pergi laa.


Best deal kali ni untuk 7 hari sahaja pada 18-21 April dan 25-27 April. I pergi 25 haribulan nasib tak terlepas tarikh kalau tak sedih je. Sebelum ni punya promosi pun terlepas jugak sebab Aiman dalam akademi. Disebabkan tak biasa lagi dengan area jb ni, google la mall mana yang ada Manhattan Fish Market hahaha Then pegi laa Aeon Tebrau semata-mata nak makan jee. Lepastu cuci mata dua saat tengok perabot.


Aiman's.


Mine.


Aiman order fried cherry snapper dan I punya salmon grill. harga berbeza untuk semua jenis ikan. Jadi pilih la ikan ikot bajet dan jenis hidangan yang awak suka. Lepastu kiteorang tambah 2 jenis mocktail dan mini squid. Disebabkan sebelum ni I dengan Aiman dah pernah order menu yang lain, yang lebih menyelerakan, bagi I yang promosi ni biasa je rasa dia. Tak ada yang special. Cuma kalau yang baru nak cuba Manhattan Fish Market ni boleh la order yang promosi ni. Tapi kalau order menu lain, flamed ataupun flaming platters, yang tu serius sedappppp. I nak habiskan salmon yang I order ni pun rasa tak larat haha sebab tak berapa sedap bagi I..... sos mashed potato tu pun sikit gila dalam gambar beria jeee


Masa I sampai tu pun boleh tahan panjang barisan nak menunggu meja kosong. Dalam 10 ke 15 minit jugak la tunggu sempat habis BR satu cup hahaha.



The Manhattan Fish Market Best Deal.

Assalamualaikum and hai.




I telah dipengaruhi oleh iklan KitKat. Korang dah tengok tak iklan KitKat yang baru? KitKat Mini dengan tiga perasa yang sedap ! Kenapa I cakap sedap? Sebab I dah cuba ketiga-tiga perasa yang ada. hahaha nampak tak betapa terpengaruhnya I. Lagi-lagi ada perasa caramel ! Sejak akhir-akhir ni kalau ada makanan atau minuman dengan karamel je mesti excited nak cuba. Teringat caramel ice blend coffee bean sangat la sedap.


Kalau nak tahu, macam yang I tulis tadi ada tiga perasa bagi KitKat Mini yang baru ni. Caramel, Cream and Cookies dan Mocha. I dah dua kali beli KitKat Mini ni sebab serius sedap. Memang terasa flavour dia bila makan. Setiap pack ada 8 bungkus KitKat Mini. Dalam pack kecik tu pulak ada dua petak kitkat.




Yang pertama adalah caramel yang memang favourite I. Kalau jenis yang tak suka benda yang terlampau manis mungkin awak tak suka perasa ni jugak. Aiman pun cakap caramel ni lebih manis dari perasa yang lain. Tapi I tetap suka ! Cuma jangan makan selalu la nanti kencing manis haa. KitKat Mini Caramel ni mewakili 'Smooth!'. Mungkin rasa smooth je bila makan hahaha. Rasa caramel dia tersangat la tidak kedekut. Rasa feeling nau bila makan sebab dapat rasa caramel yang kuat, rasa rangup dan sangat rich.




Seterusnya flavour cookies and cream. I suka sangat Soyfresh Hershey's cookies n creme so yummy ! KitKat mini cookies and cream ni ada rasa bersusu dan cookies bits yang krunchy. Jadi bila gigit memang macam-macam rasa ada. Sangat la creamy dan cookies bits tu pun sedap ! Flavour cookies and cream ni mewakili 'cute'. Yang rasa dia cute je boleh makan hahahah Kalau simpan dalam fridge bahagian freezer tu then esok baru makan lagi sedap. Sejuk je lalu kat tekak.


Flavour Mocha pun sedap jugak, memang terasa kopi dia jadi memang sesuai untuk penggemar kopi. Untuk perisa mocha dia dilapisi antara perisa mocha dan coklat bersusu. Rasa bersusu campur mocha memang sedap. Mocha mewakili 'intense'. Yang memerlukan mental yang kuat boleh la cuba kitkat mocha ni.


Bagi I, I memang suka ketiga-tiga perisa ni. Harga untuk satu pack RM10.99 masa I beli di Giant haritu. Tak silap tu harga promo. Jangan lupa cuba KitKat baru ni sebab serius sedap. Sesuai bila rasa nak makan benda manis-manis.



KitKat Mini Baru Dengan 3 Flavours Sedap !

Assalamualaikum and hai,





Maafkan review I yang dah ketinggalan zaman ni hahaha. I baru tengok cerita Fast8 ni dengan Aiman. Walaupun Aiman dah tengok dulu tapi kena jugak teman I tengok lagi sekali. Lepas ambil Aiman dari terminal terus plan nak tengok wayang pukul berapa. Nasib baik Aiman tak penat sangat baru lepas turun dari perjalanan jauh Perak-Johor Bahru haha tak penat ke?


Jadi dapat la tengok midnight movie. Kiteorang pilih GSC walaupun selalu tengok TGV Aeon Station 18 dekat dengan rumah. Saja tengok GSC sebab sebelum tu sempat jalan-jalan gerbang malam cari barang. Walaupun hari khamis ramai jugak yang tengok midnight movie dan ramai jugak yang tengok Fast8. Ramai-ramai tu baru nak tengok macam I ataupun dah ulang 2,3 kali haha.


Sebenarnya tak seronok tengok cerita Fast8 ni sebab I dah baca banyak sangat review ! Boleh kata I tunggu je scene-scene yang I dah pernah baca hahaha jadi macam tak surprise. Selalu nak tau cerita tu best ke tak I baca review sikit-sikit je sama ada di twitter atau blog tapi lama sangat nak tunggu Aiman balik, sempat baca berjuta review haha.


Fast8 sangat best ! Jalan cerita pun menarik dan mestila banyak surprise kan. Buat penonton tertanya-tanya apa jadi lepas ni. Mula-mula I ingat baby tu anak Dom and Letty tapi rupanyaaa... Kalau dah tengok tau la nanti. Tertanya-tanya jugak baby tu anak siapa sebab  comel sangat pandai berlakon. Geram je tengok. Lagi-lagi bila scene Deckard Shaw selamatkan baby tuu.So adorable.


Siapa yang tak tengok lagi kena tengok okay. I pun rasa nak tengok banyak kali. Part kapal selam perang yang besar meletup lepastu semua kawan-kawan si Dom ni hadangkan bagi api tak kena kat dia ' wowwww'. I suka sangat scene tu macam rasa perasaan persahabatan dan kekeluargaan dia. Dom kan pentingkan sangat semangat kekeluargaan ni, Scene yang mati hidup semula tu pun menarik. Kereta-kereta yang diaorang guna dan pandu lagi laa semua cantik-cantik terus berangan nak ada satu. Berangan jelaa...


Agak-agak ada tak lagi next episod Fast and Furious ni? Cipher yang hebat dalam hack benda-benda pun dah terlepas mesti ada episod lain kan. Cipher ni teror gila nau-nau bab hack ni kereta pun boleh jalan sendiri tapi geram jugak dengan dia jahat sungguh. Kalau yang belum tonton tu boleh tengok dulu trailer Fast8 kat bawah ni.










Movie Review : The Fate Of The Furious

Assalamualaikum and hai,


Siapa dah cuba Wall's Ice Cream Sandwich ? I baru berkesempatan nak cuba masa hantar Anyah ke stesen KTM. Peti ais krim kat sebelah je lepastu ternampak pulak Wall's baru ni. Harga pun boleh tahan murah lebih kurang RM2++ je. Kalau tengok iklan ais krim memang semua nampak sedap.




Ais krim ni kecik je dalam 80ml, dan packaging cantik warna merah. Bagi I wall's ni boleh tahan mengenyangkan sebab ada biskut di bahagian atas dan bawah dia. Tapi bila rasa biskut tu lembik. I ingat biskut keras yang rangup dan rapuh, makan dengan ais krim boleh tahan sedap jugak. Realiti nya lembik. Mungkin sebab aiskrim yang buatkan dia lembik. Bukan lembik macam biskut yang celup dalam air kopi tu tau hahaha. Dia macam liat sikit. Jadi cukup la makan sekali je nak rasa.




Ais krim dalam dia ada dua perisa campuran coklat dan vanila. Ais krim Walls' confirm laa sedap. I memang suka ais krim dan tak silap I memang tak ada pilihan perasa. Atas biskut tu ada corak macam kartun yang I pun tak berapa faham haha. Ada banyak jenis kartun jadi sebelum ngap ais krim tu boleh la tengok kartun dulu okay.


Jadi bagi I boleh la kalau nak beli untuk merasa. Tapi aiskrim ni bukan tak sedap cuma I lagi suka jenis yang lain. Bukan yang biskut macam ni kot. Cuaca panas makan aiskrim apa pun sedap je hehe, Kalau makan aiskrim dengan roti pun boleh tahan sedap lagi-lagi guna roti hotdog tu kann. Wall's pun ada ais krim yang lagi baru kan, nampak sedap. Korang dah cuba?


 

Ice Cream Sandwich Tak Sedap?




Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


psst.. tekan banner kalau nak join.

Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal)

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link kepada blog ini

7. Comment entry penyertaan di bawah 


Okay meh kite review blog Syed ni. Boleh dikatakan I memang pengunjung setia blog Syed ni. Entry dia memang berinformasi dan senang nak faham, walaupun blog baru tapi tak silap I sebelum ni pernah berblogging jugak. Bakal cikgu kan jadi ayat confirm la mantap. 


Blog Syed memang kemas dan warna biru. Walaupun I suka warna pink dan blog yang berwarna pink, tapi warna biru cantik jugak. Rasa selesa nak pandang dengan warna biru lembut tu. Blog Syed pun tak ada widget merepek-repek jadi cepat loading dan tersusun. Caiyok okay dalam dunia blogging ni hehe.

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Asalamualaikum and hai.





Jumaat lepas I teman adik I yang ketiga tu pergi pemilihan bowling di Billion Seri Iskandar. Jadi pergi la kiteorang bertiga ke sana, dengan adik I yang no dua tu sekali sebab dia cuti sem sekarang. Walaupun ini cerita hari ahad I masukkan jugak dalam weekend update hahaha. Jadi pukul sepuluh lebih dah gerak. Orang pun tak ramai lagi  kat Billion tu memang best la nak main bowling orang tak ada sangat. Segan je asyik masuk longkang.


Kebanyakkan yang ada pagi tu junior Convent yang nak cuba nasib dalam pemilihan bowling. Kiteorang main tiga game sebab pagi-pagi ada promo tiga game RM13. Tapi total RM14.50 sorang. Dah lama sebenarnya I tak main bowling. Last main dengan Aiman lama sangat dah jadi memang asyik ke longkang jela bolanya. Tapi tak apa kalau main dengan Anyah, I dikira lagi teror hahahhha


Lepas main tiga game memang nak patah la rasa jari, pergelangan tangan dengan kaki. Dah la tak biasa main, mungkin jugak cara main pun tak betul. Tapi yang best main bowling kali ni tak ramai orang sebab hari jumaat dan waktu pagi. Ini kali pertama I main bowling kat sini. Anyah siap tak tau lagi Billion ada bowling haha.


Habis je pemilihan adik I yang ketiga tu, Ayang, kiteorang rancang nak tengok movie Fast8. Tapi harga boleh tahan mahal jadi kiteorang tengok Boss Baby je tiket RM8. Ini pertama kali jugak I tengok wayang kat di LFS Seri Iskandar. Nak pilih tempat duduk masa beli tiket pun macam 'eh kosong tak ada orang', ye kiteorang bertiga orang pertama beli tiket untuk cerita Boss Baby tu. Tapi bila dah masuk panggung ada la jugak orang tapi I boleh kira lagi berapa orang. Orang tak ramai boleh pilih seat sendiri.





Cerita The Boss Baby ni mengenai syarikat Baby Corp tak silap I nama dia. Diaorang yang hantar baby-baby ni ke rumah keluarga. So dari mana baby datang? Dari Baby Corp la hahaha. Ada sebuah keluarga ni mempunyai seorang anak je namanya Tim. Jadi Tim ni bakal dapat adik. Dia taknak la sebab taknak kasih sayang mak ayah dia berbelah bagi. Masa adik dia yang baby ni datang rumah, dia ternampak laa adik baby dia datang naik teksi, jalan sendiri, siap pakai baju coat lagi, bawak beg bimbit tu. Comel sangat !


Tim ni ragu-ragu dengan adik baby dia sebab macam pelik dengar adik baby dia buat mesyuarat dengan baby-baby lain, lepastu boleh bercakap macam orang dewasa. Rupanya adik baby dia memang sedang menjalankan satu misi. Jadi untuk sempurnakan misi tersebut, supaya adik baby dia blah dari rumah tu, Tim ni  tolong la jugak sempurnakan misi tersebut. Macam-macam pekara comel la yang jadi dalam usaha nak jayakan misi tu.


Last sekali adik baby dia dah berjaya selesaikan misi, kena balik semula ke syarikat Baby Corp tu. Tapi Tim ni dah sayang baby tuuu. Last-last kena tengok sendiri okay. Orang lain dah tengok, I je lambat ahahahah. Apa pun cerita ni comel sangat. Kalau scene  kelakar tu semua orang gelak. Comel !


Boss Baby and Tim.

Weekend Update : Bowling and The Boss Baby Moview Review

Assalamualaikum and hai,




Tempat wajib tangkap gambar haha. Memang bernasib baik masa ni sebab kereta, motor, manusia tak menghalang. I tengok banyak jugak gambar kawan-kawan yang selfie kat sini. I pun ada gambar selfie tapi lebih baik simpan sendiri je sebab selfie dari atas motor ! Entry ni I nak cerita tempat menarik untuk awak kunjungi bila pergi ke Pulau Pangkor. 


Untuk hari kedua lepas checkout je kiteorang terus angkut beg sekali atas motor pergi melawat kawasan. Sebenarnya tak ada arah tuju pun. Kiteorang bawak je moto ikot jalan raya sampai hujung mana entah haha. Tapi Aiman cakap dia pernah pergi satu tempat macam tempat menarik/best. Rupanya Dutch Fort ataupun Kota Belanda tinggalan di Pulau Pangkor. Serius tak expect pun nak pergi sini, jalan-jalan naik motor, 'eh jumpa tepi jalan' hahahaha.







Dutch Fort ni dibina pada tahun 1670. Lama sangat ! Tapi kalau tengok tempat dia memang dah agak lama tapi masih terjaga. Masa kiteorang jalan-jalan tu pun ada orang tengah mesin rumput di kawasan tu. Jadi memang betul-betul terjaga la. Pelancong pun ramai datang. Teksi pink pun ada beberapa buah yang bawa pelancong jadi I rasa kalau korang datang dan naik teksi pelancong tu mungkin boleh minta dia bawa ke tempat melawat di Pulau Pangkor. Dutch Fort mesti ada dalam list.
Kalau tak silap I, Dutch Fort ni terletak di Kampung Teluk Gedung. Mana I tau? Di SINI


Kalau tak jumpa waze Dutch Fort, mungkin korang boleh cuba waze Aishah Craft, bangunan rumah macam dalam gambar bawah ni. Terletak betul-betul di sebelah Dutch Fort. Tapi I tak masuk pun Aishah Craft sebab mungkin ada barangan kraf je. I ajak Aiman pun dia macam tak berminat je ahahahha...








Gambar atas ni la tempat Dutch Fort nya. Bangunan lama di hujung sekali tu. Kecik je tempat ni tapi banyak port untuk ootd. Kalau yang minat ootd tu seronok laa. Masa I dengan Aiman datang ni cuaca agak panas. Dah nak hampir ke tengah hari, dah la bawak motor tapi gigih lagi berjalan, baca sejarah satu-satu. Kalau nak baca sejarah dia memang dah sediakan cerita di batu-batu macam gambar di bawah. Tapi banyak jugak la tulisan yang dah tak nampak jadi sukar nak baca. Ada disedikan dalam bahasa dan bahasa inggeris jadi senang untuk pelancong baca jugak.






Nampak tak betapa panasnya, mata pun sepet dedua hahah.





Itu sahaja di Dutch Fort. Seterusnya Batu Bersurat ataupun Historical Rock. Batu Bersurat ni terletak depan sikit je selepas Dutch Fort. Jarak memang dekat dan berada di tepi jalan. Batu Bersurat dia memang tak berjaga dengan baik sebab I boleh nampak contengan menggunakan colour spray tuuu. Lepastu Batu Bersurat ni pun terletak di sebelah rumah orang hahaha Jadi I memang tak turun singgah ke apa cuma tengok dari atas jalan. Keadaan kat situ pun tak berapa selesa nampak budak-budak lepak dengan jumlah yang agak ramai. Jadi babai. Boleh baca lebih detail mengenai Batu Bersurat di SINI.





Seterusnya adalah Fishing Village. Fishing Village ni famous jugak dengan binaan rumah di sana, rumah atas air dan lebih tradisional. Banyak boat pemancing, yang kecil dan besar ada kat sana. Tak silap I kalau nak tau itu Fishing Village ataupun tak, boleh nampak beza dengan kampung-kampung lain yang berada di sana. Kampung tu lebih padat, banyak alatan memancing ataupun jala berada di sekitar kawasan rumah, boat besar, kecil, kapal besar dan kecil parking di kawasan tersebut. Masa I jalan-jalan dengan Aiman lewat petang hari pertama, memang pemandangan cantik sangat. I tak sempat tangkap gambar banyak sebab petang tu bateri fon dah mati. 




Tempat seterusnya nak membeli barang-barang untuk dibawa pulang. MIL dah order nak ikan bilis. Jadi masa hari pertama I dah nampak Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Pulau Pangkor ni, nampak macam orang melayu yang usahakan sebab kalau nak beli dari orang cina memang berlambak je tepi jalan. Nama perusahaan ni ialah Hasil Laut Pak Su. Tapi tempat ni agak jauh dari kedai-kedai yang lain. Dia sebuah je kat situ. Apa yang I baca dari blog orang lain, kalau minta teksi yang bawakan ke tempat macam ni untuk beli barang diaorang akan bawa ke kedai cina. Mungkin banyak pilihan. Tapi kalau dah tau ada perusahaan orang melayu macam ni apa salahnya singgah sini.











hahahah I dah siap tangkapkan gambar landmark kalau korang nak cari tempat ni. Cari je banner-banner seperti dalam gambar sebab banyak banner dia cuma kena pandang kiri kanan je nak mencari.  Pengilang produk muslim hasil laut Pulau Pangkor jadi tak payah ragu-ragu dah. Bagi I pilihan nak beli barang kat sini memang banyakkkk... banyak pilihan. Pekerja kat situ ada cakap kalau nak tengok proses buat barang makanan kat situ boleh masuk kilang/tempat proses boleh masuk di bilik-bilik tersebut tapi I tak masuk pun sebab nak kejar waktu feri hihi. Jadi kalau yang berminat nak tengok cara pembuatan sate ikan, ikan masin, hasil laut yang lain boleh la masuk situ.











Memang banyak betul pilihan. Tinggal nak pilih je mana yang nak dibawa balik. Masa I nak pilih ikan bilis tu pun ada ikan bilis yang dah disiap goreng. Jadi boleh rasa ikan bilis tu nak yang macam mana, rangup ke, liat sikit ke dan terus timbang nak berapa. Ikan kering, ikan bilis, ikan masin semua jenis ikan boleh pilih. Harga pula berbaloi bagi I dengan suasana dia yang bersih dan terjaga. Staf pun okay.  Tapi memang harga di sini lebih mahal berbanding yang jual tepi jalan banyak-banyak tuu. 


sedap.







Okay itu jela tempat-tempat yang I sempat pergi hari terakhir  di Pulau Pangkor. Masa banyak habis dengan berendam dalam air je mandi laut hahaha. Dari apa yang I baca banyak lagi tempat yang boleh anda lawati di Pulau Pangkor kena rajin jalan-jalan atau awal-awal dah buat research tempat mana nak pergi nanti. Tapi kalau duduk tepi pantai, mandi laut, buat aktiviti air pun dah seronok dah. Kalau nak baca entry Pulau Pangkor yang lepas-lepas boleh klik link bawah ni. 










Short Getaway : Hasil Laut, Tinggalan Sejarah

Assalamualaikum and hai.






I'm watching Power Rangers first before Beauty and The Beast and Ghost in The Shell. I pun tak tau I akan post which movie review first sebab semua gambar, poster, kat iphone dengan bae in jb ! hahaha jadi tunggu my phone sampai kat tangan I baru review akan dipost. So sad menaip tanpa gambar apa-apa ni.


First review I Power Rangers movie ni bosan sikit la jalan cerita dia. Mungkin sebab dia nak tunjukkan dari mula macam mana boleh ada Power Rangers, apa yang sebenarnya berlaku sebelum semua ada kuasa ni yang jadikan cerita dia bosan sikit.


Tapi I bagi 3.5 bintang. Calon-calon Power Rangers ni berjumpa masa diaorang terjumpa di tempat di mana batu yang berkuasa tu tersembunyi. Sebelum ni diaorang tak pernah kenal antara satu sama lain pun. Ada yang dah pernah terserempak kat sekolah sebab semua satu sekolah dan pernah masuk kelas tahanan yang sama. Bila masuk part kelas tahanan ni I macam, "apeni budak jahat yang masuk kelas tahanan yang ada super power". hehe Diaorang tak jahat sebenarnya tapi disebabkan semua ada latar belakang, masalah yang menjadikan dakdak Power Ranger ni jadi budak bermasalah.





Bila dah jumpa batu berkuasa tu semua excited sebab ada kuasa power. Kalau nak tau macam mana boleh jumpa batu kuasa yang dah tersembunyi beratus tahun tu kena la tengok movie ni walaupun bagi I bosan sikit. Tapi ada scene yang kelakar, yang sedih, yang ada moral jadi bagus laa. Siapa yang suka filem aksi kena tengok sebab scene diaorang bercantum jadi robot besar tu pun best jugak.


Misi utama Power Rangers ni nak mempertahankan kristal tak silap I. Kristal tu ada di bandar kecil tempat diaorang ni tinggal. Rita Repulsa, power rangers yang bertukar jadi jahat pada zaman dulu-dulu yang nak ambil kristal tu. Dia dari dulu jahat dan tamak. Power Rangers ni la kena bersedia nak lawan Rita. Sebelum tu Power Rangers kena training habis-habisan, kena cuba jelmakan kostum Power Rangers tu sekali. Banyak la cabaran diaorang time nak biasakan diri jadi Power Rangers.


Cerita Power Rangers ni pun ada isu kontroversi jugak kan. Sebelum tengok movie ni I tak faham pun isu apa. Tak ambil tahu. Dah tengok baru faham haha. Walau apa pun kena pandai la pilih mana yang baik untuk jadikan teladan dan yang buruk tu jadikan pengajaran je. Siapa dah tengok Bos Baby? Trailer diaa comel gila tapi I tak tengok lagi tsktsk. Ni trailer Power Rangers.



Power Rangers Movie Review

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.