Baskin Robbins April Fool

Assalamualaikum and hai,





I rasa dah berderet-deret entry I pasal makanan je. The Manhattan Fish Market laa, KitKat baru laa hahaha Maafkan saya sebab memang sejenis yang suka makan. Lagi-lagi makanan baru ataupun ada promosi best. Ni lagi satu promosi best yang tanpa sengaja terjumpa. Promosi Baskin Robbins April Fool, your ice cream swells.


Tak sengaja sebenarnya masa on the way nak pergi jb rasa nak minum coffee pulak. Aiman pun dah mengantuk, penat angkat barang banyak susun dalam kereta nak pindah la katakan. Memang penat sangat laa mengangkat barang berat. Rancang nak singgah RnR Sungai Buloh kot ada kopi yang sedap. Tapi macam tak ada hahaha. I teringin caramel macchiato macam biasa. Jalan-jalan tengok kedai apa yang ada tu yang masuk br. Alih-alih bukan mencari coffee tapi tengok ais krim berderet menggoda betul.


Pilih la perasa yang belum cuba lagi. Perasa apa I pun dah tak ingat nama dia. Tapi serius sedap sebab ada bits-bits yang boleh digigit tu sedap nya ! Promosi yang I ambil ni king scoop sekali dengan waffle. Dalam RM11 je lebih kurang. Makan berdua dengan Aiman, lepastu Mil dengan Fil sambung makan pulak lagi separuh. Memang agak puas laa portion dia dengan harga yang murah. Waffle tu pun dah mengenyangkan. Lepas makan ais krim, lunch burger king pulak. Hidup penuh lemak.





Kali kedua beli BR ni masa beratur tunggu giliran meja kosong di The Manhattan Fish Market dekat entry NI. I beratur sorang-sorang, Aiman pergi beli ais krim. Nampak tak berturut-turut makan ais krim BR je nasib la Aiman siap offer 'jum beli eskrim br nak'. Tengah promosi ni memang rasa okay sikit la nak membeli aiskrim nya. Kali ni pilih King Scoop jugak tapi dalam cup punya. Puas jugak makan berdua sebab banyak ! Dah la memang tengah lapar menunggu giliran. Perisa ni pun sedap. I tak tau perisa apa. Aiman cakap dia main pilih je hahaha. Bits coklat tu pun sedap je kunyah. Harga dalam cup atau waffle sama je untuk king scoop ni.


Promosi ni terhad sampai 30 April 2017 sahaja. Nama pun promosi April Fool mesti la dalam bulan april je kan. Ehem I tak sambut April Fool pun. I menyambut promosi yang ada pada april fool hahaha.













1 comment

  1. Favourite Siqah mint choc chip. Tapi jarang makan sebab boleh tahan mahal 😅

    ReplyDelete