Movie Review Ghost in The Shell & Beauty and The Beast

Assalamualaikum and hai.


Image result for ghost in the shell


Banyak movie dah terlepas nak tengok. I, J Revolusi pun tak tengok lagi. Check cinema mana yang masih tayang semua jauh dari rumah tsktsk ajak Aiman tengok online jela nanti. Jadi haritu I tengok dua movie, yang pertama Ghost in The Shell. Banyak betul movie baru bulan ni -,-





Cerita ni tentang Major lakonan Scarlett Johansson. Major ni eksperiman pertama yang berjaya dalam pemindahan otak manusia ke dalam shell atau badan robot. Jadi ghost yang dimaksudkan adalah roh,jiwa,memori di dalam shell iaitu badan robot tu laa. Major punya otak ni (haha) dah dimasukkan ke dalam robot, memang badan tu badan robot, otak manusia. Disebabkan badan dia robot dia dapat la kuasa boleh jadi halimunan, hebat berlawan. Kalau tengok Major ni berlawan memang best teror je. Filem ni pun di bawah genre aksi. Memang best.


Aiman baru balik akademi.


Tapi disebalik Major sebagai robot manusia pertama tu ada kisah dia macam mana dia boleh jadi robot. Dia sebenarnya tak dapat ingat memori dia. Ingat sikit2 je. Ini disebabkan ubat yang dia ambil. Jadi kalau nak tau kena tengok ! Nanti cerita banyak jadi spoiler lagi hehe. Cantik gila si Major ni.


Krisis bermula bila Major dapat tau ada 93 manusia lagi yang terkorban untuk menjayakan eksperiman tersebut. Manusia yang tak bersalah. Major jumpa robot lagi satu yang nak balas dendam terhadap syarikat yang buat eksperimen tu. Dari situ la dia dapat tahu kenapa dia tak dapat recall memori dia, apa keas disebalik eksperimen tersebut. Major pun plan nak membawa dalang tersebut ke pengadilan.


Kalau nak tau siapa sebenarnya dalam badan robot tu serius kena tengok cerita ni. Best dan tak bosan ! I bagi 5 bintang. Aiman pun tak ada nak tertidur tengok cerita ni sebab dia yang pilih tengok movie ni duluu. Bila tengok hacker hack sistem dan minda robot2 pun menarik. Kebenaran siapa sebenarnya Major memang sedih. Tengok tauuu.





Movie seterusnya movie yang penuh kontroversi, Beauty and The Beast. Dah lama sangat tunggu movie ni. Bila I tengok scene yang kecoh tu em emm hahaha. Movie ni I bagi lima bintang jugak ! best. Movie fantasi romantik yang buatkan I pun berangan nak jadi Belle. hahahha berangan jela.









Jalan cerita dia macam biasa laa Beast tu kurung Beauty iaitu Emma Watson sebagai Belle. Belle ni jenis suka membaca buku. Dah la cantik, suka baca buku pulak tu. Suka tengok perempuan yang cantik dan berpendidikan ni haha. Beast tu kena sumpah sebab dia sombong. Halau pengemis yang nak menumpang istana dia dari ribut. Beast ni dah jadi beast pun handsome lagi. Aiman cakap lagi handsome bila dia jadi beast (what?).


Apa yang beza nya cerita ni banyak menyanyi. Banyak lagu so seronok. Tengok diaorang menari sambil menyanyi, lagu pun best. Jadi memang patut pergi tengok Beauty and The Beast ni okay ! Watak sampingan seperti jam, teko, almari dan semua benda didalam istana yang boleh bercakap tu semua comel ! Melengkapkan movie ni jadi kelakar dan tambah cerita dalam tu. Benda-benda yang boleh bercakap ni pun sebenarnya manusia yang disumpah menjadi barang jugak. Serius I suka sangat.





















8 comments

  1. nak sangat tengok ghost in the shell tu sebab menarik.
    dan adaptasi dari anime :D

    ReplyDelete
  2. Wahh 5 bintang for Ghost in Shell. Best eh filem tu. Nanti Siqah beli kat Astro Best jela. Hii.

    Beauty and The Beast best sangat!! COmel tau semua dalam filem tu termasuk teko, jam, segalanya. Hihi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk siqah sbb besttt.hahaha beauty and the beast fav semua org,yang teko punya cawan tu paling comel

      Delete
  3. Macam best pula Ghost tu...Beauty & the beast dan smurfs dah tengok, hehehe.

    ReplyDelete
  4. tengah busy.. asyik tak sempat je nak pergi wayang tengok hehe cerita ni cam best gak, maka huhu lah tepi katil hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete