Power Rangers Movie Review

Assalamualaikum and hai.






I'm watching Power Rangers first before Beauty and The Beast and Ghost in The Shell. I pun tak tau I akan post which movie review first sebab semua gambar, poster, kat iphone dengan bae in jb ! hahaha jadi tunggu my phone sampai kat tangan I baru review akan dipost. So sad menaip tanpa gambar apa-apa ni.


First review I Power Rangers movie ni bosan sikit la jalan cerita dia. Mungkin sebab dia nak tunjukkan dari mula macam mana boleh ada Power Rangers, apa yang sebenarnya berlaku sebelum semua ada kuasa ni yang jadikan cerita dia bosan sikit.


Tapi I bagi 3.5 bintang. Calon-calon Power Rangers ni berjumpa masa diaorang terjumpa di tempat di mana batu yang berkuasa tu tersembunyi. Sebelum ni diaorang tak pernah kenal antara satu sama lain pun. Ada yang dah pernah terserempak kat sekolah sebab semua satu sekolah dan pernah masuk kelas tahanan yang sama. Bila masuk part kelas tahanan ni I macam, "apeni budak jahat yang masuk kelas tahanan yang ada super power". hehe Diaorang tak jahat sebenarnya tapi disebabkan semua ada latar belakang, masalah yang menjadikan dakdak Power Ranger ni jadi budak bermasalah.





Bila dah jumpa batu berkuasa tu semua excited sebab ada kuasa power. Kalau nak tau macam mana boleh jumpa batu kuasa yang dah tersembunyi beratus tahun tu kena la tengok movie ni walaupun bagi I bosan sikit. Tapi ada scene yang kelakar, yang sedih, yang ada moral jadi bagus laa. Siapa yang suka filem aksi kena tengok sebab scene diaorang bercantum jadi robot besar tu pun best jugak.


Misi utama Power Rangers ni nak mempertahankan kristal tak silap I. Kristal tu ada di bandar kecil tempat diaorang ni tinggal. Rita Repulsa, power rangers yang bertukar jadi jahat pada zaman dulu-dulu yang nak ambil kristal tu. Dia dari dulu jahat dan tamak. Power Rangers ni la kena bersedia nak lawan Rita. Sebelum tu Power Rangers kena training habis-habisan, kena cuba jelmakan kostum Power Rangers tu sekali. Banyak la cabaran diaorang time nak biasakan diri jadi Power Rangers.


Cerita Power Rangers ni pun ada isu kontroversi jugak kan. Sebelum tengok movie ni I tak faham pun isu apa. Tak ambil tahu. Dah tengok baru faham haha. Walau apa pun kena pandai la pilih mana yang baik untuk jadikan teladan dan yang buruk tu jadikan pengajaran je. Siapa dah tengok Bos Baby? Trailer diaa comel gila tapi I tak tengok lagi tsktsk. Ni trailer Power Rangers.



4 comments

  1. sha duk layan power rangers dulu dulu je kat tv2 . haahaha tapi movie dia macam menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa dulu kekecik memang fav laa hahaha

      Delete
  2. masa kecik2 dulu kita pun layan power rangers gak hahaha

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay sama ! memang tunggu cite ni time kekecik

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.