Rutin Penjagaan Kulit | Malam





Assalamualaikum and hai


Harini I nak kongsikan skincare routine atau rutin penjagaan kulit yang I selalu buat. I selalu jugak search google orang lain punya rutin penjagaan kulit semua best produk pun banyak jenis. Sambil buat rutin sendiri I suka tengok video rutin penjagaan kulit ataupun review skincare produk. Jadi lebih semangat sikit nak buat rutin sendiri sebab kadang-kadang malas. Buat separuh jalan atau lepas cuci muka tak buat apa-apa langsung hahaha. Susah kalau malas ni sebab dah malas bila nak cantik ha?!


Tapi yang I nak tekan kan di sini I kongsi skincare routine ni bukan sebab kulit I cantik ke hapee.. hahaha saja nak kongsi apa yang I buat. Nanti ada pulak yang cakap dalam hati kulit tak cantik pun nak share jugak ke. No no okay.





Step pertama yang I buat adalah cuci muka menggunakan pencuci muka yang sesuai. Sebelum tu cuci la dulu makeup, bb cream, cc cream ke apa yang ada dekat muka tu dengan makeup remover. Jadi kalau nak cuci guna pencuci muka biasa ni senang sikit produk tu nak buat kerja. I pun kadang-kadang terlupa jugak nak cuci guna makeup remover, terus cuci guna pencuci biasa je. Kena biasakan diri sebelum nak cuci muka tu cuci dulu dengan makeup remover walaupun tak pakai makeup.


Pencuci muka favourite I sekarang ialah Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash. Bila cuci muka terasa lembut je di muka sebab tekstur dia yang creamy tu. Dengan tube warna pink ni bertambah la suka sebab I suka warna pink. Kesan dia kat kulit I memang buat kulit nampak sihat dan cerah berseri. I ada baca jugak sesetengah orang breakout bila pakai pencuci muka dari Himalaya tapi I tak. Jadi penting kalau cuba dulu produk tu, beli bekas kecil punya untuk tau reaksi kulit.


Sebelum guna yang ni I guna Himalaya Neem Face Wash. Dua-dua I pernah guna, yang foam dan yang jenis gel. Dua-dua best. Kalau masa bulan nak keluar jerawat tu guna neem face wash dengan tea tree oil cepat je jerawat surut. 


I berminat jugak nak cuba double cleanse. Coming soon okay. Siapa dah masukkan double cleanse dalam rutin penjagaan kulit dia? Best tak?




Langkah kedua I ialah scrub. Sekarang I jadikan Mask of Magnaminty dari Lush ni as scrub disebabkan I tak ada specific scrub lagi. Produk Lush ni serius bagus gila. Senang je nak guna. Ambil produk sikit lepastu campur air sebab tekstur dia kering. Sapu kat muka dan tunggu kejap sampai kering. Lepastu boleh letak air sikit kat muka nak bagi mask tadi lembut then boleh scrub. Dalam mask ni ada biji-biji halus yang sesuai untuk jadikan scrub juga. 2 in 1 la kiranya.


Lepas dah scrub, cuci muka memang terasa lembut sangat kulit. Kalau nak tau produk Lush ni memang famous tapi tak ada dalam pasaran Malaysia lagi tak silap I. Lush ni 100% vege and handmade. Menarik kalau tengok video cara dia buat produk dia lagi-lagi bath bomb. Tunggu next entry I mini haul Lush okay.


Kalau I rajin sikit, I gunakan teh hijau dalam uncang atau gula perang dengan madu sebagai scrub. Uncang teh biasa pun I simpan untuk scrub badan dan muka. Hasil memang best semua lembutkan kulit.






Seterusnya ialan toner. Toner yang I gunakan sekarang ialah Bio Essence Hydra Tri-Action Aqua Refreshing Toner. I guna toner ni lama jugak la dari hujung sem 6, bulan 10 haritu sampai sekarang dah nak habis dah. 5 bulan juga laa. Apa yang toner ni lakukan ialah melembapkan. melindungi dan menyuburkan. I setuju sangat yang toner ni mampu lakukan semua benda tu kat kulit I. Kalau lepas cuci muka, sapu toner terasa lembap pada kulit. Bila I malas I sapu toner je lepas tu dah. hahaha.


I kenal toner ni dari Amy sebab dia cakap best. Time tu pun ada promotion so sesuai la kalau nak try kan. Sekarang pun tak silap I toner ni ada promotion di website Guardian.






Langkah ke empat pula ialah essence. Essence I dari Missha Time Revolution The First Treatment Essence. Essence ni pun dah habis sedih betul I pakai jimat-jimat sebab harga dia boleh tahan cekik darah hahaha. Mungkin lepas habis yang ni I beli essence yang murah sikit kot. Tapi kalau ada duit memang I setia dengan Missha FTE ni je sebab kesan dia woowww.


Kalau jadikan makeup based, sebelum pakai makeup tu akan buatkan makeup nampak glowing. Pakai bb cushion pun dah okay. I baca review produk ni pun banyak best. I pakai essence ni dua kali sehari, pagi dan malam. Tuang je kat tangan dan gosok sikit lepastu dab dab kat muka.




Aiken Tea Tree Oil ni memang favorite I. Ni pun dah botol ke 5,6 kot I start pakai dari lepas spm. I jadikan tea tree ni sebagai acne treatment. Kalau ada jerawat memang cepat-cepat sapu tea tree oil. Pagi esok jerawat dah surut. Boleh baca full review Aiken Tea tree Oil di SINI - How I Treat My Acne - 




Seterusnya ialah face mask. Face mask ada banyak jenis contohnya sheet mask, yang jenis bertopeng macam mask atas ni. I akan pakai sheet mask sekali seminggu kalau malas dan kalau rajin maksimum 5 kali seminggu. I suka sangat pakai sheet mask lagi-lagi mask yang terus boleh nampak kesan dia lepas bukak. Mask dari Guardian ni ada promotion masa I beli jadi terus grab banyak. 


I memang akan pastikan stok sheet mask sentiasa ada kat rumah sebab memang best pakai. Boleh pakai then relax tengok tv, baca buku lepas dah cukup masa boleh bukak. Kalau tengah stress ke boleh jugak pakai sheet mask dan baring diam-diam. Sheet mask ni sangat membantu untuk relax sebab memang kena duduk diam pakai dia nanti mask menggelongsor jatuh dari muka. Korang boleh baca review Sheet Mask Ponybrown di SINI.





Yang ketujuh adalah emulsion. I akan pilih sama ada nak pakai moisturizer atau emulsion sebab tak silap I dedua ni dalam kategori yang sama. Emulsion ni lebih thick dari moisturizer jadi I pakai bila nak lebih kelembapan pada muka. Cara pakai sama je macam moisturizer. Boleh baca review Laneige Balancing Emulsion di SINI - Review Laneige Water Bank Moisture Kit -





Dr Morita Hyaluronic Acid Essence Watery Cream adalah moisturizer I sekarang. Baru pakai dalam sebulan lebih tak silap I. Dr Morita produk dari Taiwan dan memang banyak review bagus dari moisturizer ni sebab tu I nak cuba haha. So far memang best nanti I buat full review moisturizer ni okay. Kalau nak tau kenapa nama dia watery cream, bila sapu kat muka nanti dia akan nampak macam berair tau bukan macam krim setempek macam tu. Bila pakai pun rasa sejuk je. Sesuai jugak jadikan makeup base boleh nampak glowing dan lembap bila pakai.





Ini adalah step terakhir untuk muka I. Laneige Water Bank Moisture Cream_EX. I akan pakai Laneige ni di bahagian-bahagian yang kering. Disebabkan I jenis combination skin jadi bahagian bawah pipi, rahang lebih kering sikit. Boleh baca review Laneige Water Bank Moisture Cream_EX di  SINI - Review Laneige Water Bank Moisture Kit -




Simple Hydrating Light Moisturizer ni pulak I tak pakai di muka tapi pakai bahagian leher. Leher pun nak jugak penjagaan yang sepatutnya jadi I sapu Moisturizer ni. Kenapa I tak guna kan moisturizer ni di muka sebab ada something yang I tak suka. Mungkin sebab light sangat jadi rasa tak cukup hahaha. I suka rasa stickinessss bila layering banyak produk di muka em emm.


Okay itu je step yang I buat dan biasa nya I buat banyak-banyak ni waktu malam. Jadi lebih kepada penjagaan kulit waktu malam. Ada beberapa langkah lagi yang I nak tambah contohnya double cleasing. Balm cleanser on top of the list ! Serum pun I baru je beli dan masukkan dalam skincare routine I. Eye cream pula baru je habis jadi I memang tak pakai apa-apa eye cream. 


Kalau nak beli semua benda lengkap terus terbang la duit haha jadi memang semua benda I beli slow-slow je. Buat masa ni kulit I okay je jerawat naik bila tiba masa dia nak naik. Paling penting kena minum banyak air sebab memang bagi perbezaan ketara pada kulit.













22 comments

  1. banyaknya >< sha yang cuma guna 4 produk pun malas gila hehehe btw sha pun pernah guna tea tree oil tu, bau dia hahaha ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bau dia memang mengundang.kalau airah pakai confirm xde sape nk masuk bilik

      Delete
  2. Banyaknyaaaaaaaaaa produk! hehehe.

    ReplyDelete
  3. wah...banyaknya..nmpak mcm menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 rasa banyak tapi tak cukup lagi

      Delete
  4. banyak produk akak..memang nak cantik..kena jaga lah kan

    Follow my blog .blog rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete
  5. rajin betol awak ehhh..kite pakai yang biasa2 je..sebab tu jerawat asyik suka sangat menepek kat muka ni..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kadang2 je rajin tuuu.rimas kan kalau jerawat asyik dtg jeee

      Delete
  6. Whoaaa, Nona kalau malam, memang tak banyak pakai benda benda...cuma ada lah amsk, dua kali smingguuu.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai mask pn dah okay kan. paling suka kalau mask time !

      Delete
  7. banyak jugak tu. :D
    BV teringin nak beli mask of magnaminty tu. belum berkesempatan lagi.
    sekarang BV ada breakout, guna pencuci muka aiken tea tree jugak, memang berkesan walaupun lambat sikit :D susah betul nak jumpa aiken tea tree oil tu, selalu habis stok XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiken memang sesuai untuk jerawat kan. airah pergi pn selalu jugak habissss kena rajin singgah guardian hehe

      Delete
  8. banyaknye...mesti ploles muka ni hehhee

    ReplyDelete
  9. banyaknye! tapi utk hilangkan jerawat, tootpaste paling berkesan! serious!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bila pakai nanti jadi parut jerawat :(

      Delete
  10. makoih..banyak betul produk dia pakai
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe terpengaruh banyak dengan korea ni

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.