Sample Free Dari FCC Malaysia

Assalamualaikum and hai.



Petang semalam mama suruh I ambilkan surat sebab baru lepas dengar motor posmen baru lepas hantar surat. Peti surat rumah I ni memang pelik, hujan boleh masuk dalam peti tu lepastu air bertakung. Memang basah la surat-surat yang tak sempat selamatkan diri seperti surat I. Dalam banyak-banyak surat kenapa surat I jugak yang kena basah.....


Surat yang I maksudkan ialah dari FCC Malaysia. yeayy.. Dah lama rasanya tak dapat surat. Serius lama. Surat dengan setem ni, last I dapat surat bersama setem bila FCC Malaysia post free planner untuk subcriber laman web diaorang. Boleh baca di SINI. Apa pula barang kalini yang I dapat dari FCC?


Free sample my favourite CC cream dan Skintrends Night Cream. CC Cream tu memang I pernah cuba dalam 2,3 tube macam tu. Night Cream tu tak pernah. I tak pernah cuba any skincare dari FCC Malaysia. Memang excited nak cuba sebab I memang suka cuba product baru ni. Cuma kena redho kalau tetiba muka tak sesuai lepastu bengkak dan gatal-gatal. Ada sesetengah bahan dalam skincare dan makeup yang kulit I tak tahan. 


Untuk cc cream I dapat code light to medium. Sebelum ni I guna code medium to dark tak silap I nama code tu. Kadang-kadang macam terlalu gelap juga untuk kulit I kalau pakai terlebih. Kalau pakai nipis je macam okay pulak. Tapi I guna masa belajar dulu sesuai la dengan kulit. Rasa dia memang sangat ringan, rasa macam tak pakai apa-apa. Sesuai kalau terdedah dengan cahaya matahari yang sedikit je sebab ada spf25 tapi I rasa spf tu masih tak cukup jadi kena pakai sunblock jugak.


Bahan dalam ni pun best seperti multimineral, vitamin b3, vitamin c, macadamia oil,  oat extract, argan oil dan banyak lagi. I rasa semua bahan ni memang sangat membantu untuk kulit. Bila pakai pun rasa melembapkan kulit, tak ada rasa kering ke, bercapuk ke apa. Tunggu full review nanti okay. Kalau tak silap I cc cream ni antara product FCC yang famous.



Skintrends ni tak silap I skincare dari FCC Malaysia. Banyak jenis mengikut masalah kulit. Yang I dapat ni night cream untuk hydrating for normal skin. Kulit I jenis combination, kadang- kadang oily kadang-kadang kering. Kira ok la jugak ni kan. Macam I cakap tadi I tak pernah cuba apa-apa skincare dari FCC so risau jugak la haha. Tapi apa yang tertulis night cream ni memberikan antioksidan, high cellular metabolism dan intensive hydration. Jadi sesuai la untuk hydrating. Di packaging dia juga ada tertulis dermatological tested. Menarik.


Kalau korang nak cuba FCC ni boleh l request sample dari laman web www.fccmalaysia.com takpun google je FCC Malaysia. Nanti keluar la. I pun tak sabar nak cuba. I suruh adik I request sample jugak so dia pun dapat benda yang sama macam I dan benda ni sampai pun pada hari yang sama haha.





21 comments

  1. Seriuslah dpt planner & free samples gitu. Bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa haha singgah la laman web fcc

      Delete
  2. Macam best je cc cream tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. goshhhhhh! cik epal komen TT besttt.memang kena try

      Delete
  3. cc cream?? omg! i really want a cc cream from It cosmestic but sampai skrang masih lagi tak beli-beli. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah try concealer It cosmetics tapi muka bengkak....

      Delete
  4. bestnya dapat planner dengan free sample..

    ReplyDelete
  5. wahh bestnya. bagitaulah macam mana boleh dapat free sample hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh singgah lama web dia. ada borang bahagian bawah sekali

      Delete
  6. Wahhhhh syoklah dapat barang free kan hehehe.

    ReplyDelete
  7. Kak, macam mana nak dapat planner dgn free sample macam akak tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dedua singgah laman web dia. planner kena subscribe, free sample isi borang di laman web

      Delete
  8. Yeahhh nak cuba la free sample ni! Tq awokk.

    ReplyDelete
  9. CC Cream! Tak tahu apa beza CC Cream dengan BB Cream. Hihi. Dapat barang free yang best tu!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cc cream ni lebih kepada nak cantikkan tona kulit.yess betul tuu hehe

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.