The Manhattan Fish Market Best Deal.

Assalamualaikum and hai.




The best deal in town is now back ! Tengah online facebook tengok ada gosip apa yang menarik tetiba nampak poster promosi The Manhattan Fish Market ni. Terus ajak Aiman pergi makan sebab memang plan nak keluar beli barang rumah. Sejak dah pindah ni setiap hari keluar sebab ada je barang tak cukup hahaha. 


I memang suka makan Manhattan Fish Market ni sebab kebanyakkan menu yang I dah cuba semua sedap. Seafood kan memang I tak tolak laa. Cuma kalau nak pergi makan Manhattan Fish Market ni kena tengok poket kering ke tak. Kalau kering jangan harap nak jejak. I pertama kali makan Manhattan Fish Market ni dengan Aiman and Amy masa belajar dulu, lepastu memang setiap sem confirm pergi laa.


Best deal kali ni untuk 7 hari sahaja pada 18-21 April dan 25-27 April. I pergi 25 haribulan nasib tak terlepas tarikh kalau tak sedih je. Sebelum ni punya promosi pun terlepas jugak sebab Aiman dalam akademi. Disebabkan tak biasa lagi dengan area jb ni, google la mall mana yang ada Manhattan Fish Market hahaha Then pegi laa Aeon Tebrau semata-mata nak makan jee. Lepastu cuci mata dua saat tengok perabot.


Aiman's.


Mine.


Aiman order fried cherry snapper dan I punya salmon grill. harga berbeza untuk semua jenis ikan. Jadi pilih la ikan ikot bajet dan jenis hidangan yang awak suka. Lepastu kiteorang tambah 2 jenis mocktail dan mini squid. Disebabkan sebelum ni I dengan Aiman dah pernah order menu yang lain, yang lebih menyelerakan, bagi I yang promosi ni biasa je rasa dia. Tak ada yang special. Cuma kalau yang baru nak cuba Manhattan Fish Market ni boleh la order yang promosi ni. Tapi kalau order menu lain, flamed ataupun flaming platters, yang tu serius sedappppp. I nak habiskan salmon yang I order ni pun rasa tak larat haha sebab tak berapa sedap bagi I..... sos mashed potato tu pun sikit gila dalam gambar beria jeee


Masa I sampai tu pun boleh tahan panjang barisan nak menunggu meja kosong. Dalam 10 ke 15 minit jugak la tunggu sempat habis BR satu cup hahaha.



15 comments

  1. Pernah makan sekali ja dekat sini dan itupun waktu best deal juga la hahaha.
    biasa ja rasa dia. Cukuplah kalau nak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pilih yg bukan deal.menu biasa tu sedap gila

      Delete
  2. Replies
    1. kalau yang deal ni boleh tahan je rasa dia

      Delete
  3. Replies
    1. tu la tergoda pergi sebab terliur haha

      Delete
  4. ramai serbu manhattan hari ni...

    ReplyDelete
  5. Akk pun suka amik yg platter utk 2 org mkn tu...selalu mkn berebut la dengan suami...
    Jenis akak..kalau suka yg tu...akk stick order yg tu ja..sebab takut nnt meal lain xsedap nyesal pulak..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha samaa suka platter yang ada udang bagai tuu.airaj suka tukar2 rasa semua menu hehe

      Delete
  6. Kecilnya portion, hahaha, mai tak pernah makan situ lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasa je boleh tahan kenyang jugak

      Delete
  7. Dekat instafeed pun tgk ada kawan yg share pasal ni. memang menggiurkan betul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum la serbu.mahattan fish market ni boleh tahan sedap

      Delete
  8. Airah membuatkan Siqah nak cuba makan kat sini. Tak pernah makan lagi sini nanye :D Will try one day, tunggu poket berisi jugak dululah 😬

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.