Weekend Update : Bowling and The Boss Baby Moview Review

Asalamualaikum and hai.





Jumaat lepas I teman adik I yang ketiga tu pergi pemilihan bowling di Billion Seri Iskandar. Jadi pergi la kiteorang bertiga ke sana, dengan adik I yang no dua tu sekali sebab dia cuti sem sekarang. Walaupun ini cerita hari ahad I masukkan jugak dalam weekend update hahaha. Jadi pukul sepuluh lebih dah gerak. Orang pun tak ramai lagi  kat Billion tu memang best la nak main bowling orang tak ada sangat. Segan je asyik masuk longkang.


Kebanyakkan yang ada pagi tu junior Convent yang nak cuba nasib dalam pemilihan bowling. Kiteorang main tiga game sebab pagi-pagi ada promo tiga game RM13. Tapi total RM14.50 sorang. Dah lama sebenarnya I tak main bowling. Last main dengan Aiman lama sangat dah jadi memang asyik ke longkang jela bolanya. Tapi tak apa kalau main dengan Anyah, I dikira lagi teror hahahhha


Lepas main tiga game memang nak patah la rasa jari, pergelangan tangan dengan kaki. Dah la tak biasa main, mungkin jugak cara main pun tak betul. Tapi yang best main bowling kali ni tak ramai orang sebab hari jumaat dan waktu pagi. Ini kali pertama I main bowling kat sini. Anyah siap tak tau lagi Billion ada bowling haha.


Habis je pemilihan adik I yang ketiga tu, Ayang, kiteorang rancang nak tengok movie Fast8. Tapi harga boleh tahan mahal jadi kiteorang tengok Boss Baby je tiket RM8. Ini pertama kali jugak I tengok wayang kat di LFS Seri Iskandar. Nak pilih tempat duduk masa beli tiket pun macam 'eh kosong tak ada orang', ye kiteorang bertiga orang pertama beli tiket untuk cerita Boss Baby tu. Tapi bila dah masuk panggung ada la jugak orang tapi I boleh kira lagi berapa orang. Orang tak ramai boleh pilih seat sendiri.





Cerita The Boss Baby ni mengenai syarikat Baby Corp tak silap I nama dia. Diaorang yang hantar baby-baby ni ke rumah keluarga. So dari mana baby datang? Dari Baby Corp la hahaha. Ada sebuah keluarga ni mempunyai seorang anak je namanya Tim. Jadi Tim ni bakal dapat adik. Dia taknak la sebab taknak kasih sayang mak ayah dia berbelah bagi. Masa adik dia yang baby ni datang rumah, dia ternampak laa adik baby dia datang naik teksi, jalan sendiri, siap pakai baju coat lagi, bawak beg bimbit tu. Comel sangat !


Tim ni ragu-ragu dengan adik baby dia sebab macam pelik dengar adik baby dia buat mesyuarat dengan baby-baby lain, lepastu boleh bercakap macam orang dewasa. Rupanya adik baby dia memang sedang menjalankan satu misi. Jadi untuk sempurnakan misi tersebut, supaya adik baby dia blah dari rumah tu, Tim ni  tolong la jugak sempurnakan misi tersebut. Macam-macam pekara comel la yang jadi dalam usaha nak jayakan misi tu.


Last sekali adik baby dia dah berjaya selesaikan misi, kena balik semula ke syarikat Baby Corp tu. Tapi Tim ni dah sayang baby tuuu. Last-last kena tengok sendiri okay. Orang lain dah tengok, I je lambat ahahahah. Apa pun cerita ni comel sangat. Kalau scene  kelakar tu semua orang gelak. Comel !


Boss Baby and Tim.

13 comments

  1. Lama dah tak main bowling 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun dh lama xmain.ni baru main semula haha

      Delete
  2. Syed rasa kalau pergi main bowling ni tak berbaloi betul sebab end up yang masuk longkang lagi banyak dari strike hahaha. terus tak suka main bowling.
    jarang tengok kartun dekat cinema tapi this one looks good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau main suka-suka seronok je hahaha walaupun masuk longkang tu yang buat terhibur.yasss boss baby best

      Delete
  3. bestnya main bowling. akak dah lama dah tak main boling, kalau sekrang main, confirm masuk longkang jer

    ReplyDelete
  4. Saya selalu teman kawan main bowling tapi saya tak pernah main. Bimbing tergelincir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kalau tak biasa risau tergelincir.kena hati2 masa nak main

      Delete
  5. Bestnya main bowling.. Saya malu nak main bowling.Dah setiao kali main, keje asyik masuk longkang jea..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau nk seronok2 jee best main walaupun masuk longkang.

      Delete
  6. Dah lama tak main bowling! Suka jugak main nanye walaupun bola confirm banyak masuk longkang je. Haha. Siqah tak sempat nak tengok filem Boss Baby tu. Nanti beli kat astro best jela :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk longkang tu yang menghiburkan suasana hahaha.kena tgk boss baby tu

      Delete
  7. Gambar atas tu: yang di kiri tudung kuning tu shesyira. Yang tengah tu awak. Yang kanan tu mesti kamu. Betul ke?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.