Ayam Goreng McD dan McFlurry

Assalamualaikum and hai.





Sekarang tengah hot ayam goreng McD disebabkan iklan nya yang buat penonton kecur air liur. Mana tak tergoda, ayam nampak sedap dengan bunyi krupkrap rangup dia tu. Tergoda semua orang termasuk I. Jadi memang dah plan awal-awal Aiman balik Perak je nak pergi merasa ayam goreng mcD ni yeke sedap. Aiman cakap ayam goreng ni sebenarnya dah lama dah. Disebabkan iklan tu yang buat ayam goreng ni terkenal tetiba lepastu viral ! Tapi mungkin jugak McD dah buat resepi ayam goreng yang lain.


Bila dah viral apa lagi memang berpusu la orang nak pergi makan. Masa I pergi pun beratur kemain panjang. Orang cashier siap pesan kena tunggu 20 minit. 'larat ke' haha. Masa I beratur tu boleh tahan lama jugak. Penuh tak ada tempat duduk. Nak drivethru macam tak best pulak. Tapi nasib baik bila dah dapat ayam goreng terus ada meja kosong satu. Tu pun macam tongkang pecah kerusi tah kemana. Orang mcD pun kelam kabut je I tengok nak mengemas.


Pada I ayam goreng ni boleh tahan. I pun tak rasa banyak sangat, Aiman yang makan banyak sebab I focus kat ice cream ! Tapi kulit dia memang sedap sebab rangup. Tahap kepedasan pun boleh tahan. Confius jugak sebab dalam resit tulis regular, tapi yang rasa ni macam spicy je. Niat memang nak order yang spicy. Terus rasa lapar tengok gambar ayam ni T.T Kali kedua pergi mcD nak beli ayam, waktu pun dah agak lewat memang ayam dah habis laa. Bagi I ayam ni boleh tahan je. Tak ada la sedap yang 'tersangat sedap'.


q kemain panjang.



Tak focus makan ayam sebab sibuk makan Green tea McFlurry ni. Sekali lagi sebab terpengaruh dengan iklan Cupcake Aisyah dengan Jo makan. I memang suka minum green tea jadi memang patut la nak rasa ice cream ni sedap ke tak. Dan memang sedap. Terasa green tea punya serbuk tu kacau tak habis dalam ice cream hahahah. Untuk green tea ni ada masa terhad jadi kena cepat kalau nak rasa. Tak silap I last time I pegi Mcd tak ada dah menu ni kat board. Tak sure Mcd lain macam mana,





Blueberry Mcflurry atas ni confirm ada sebab menu baru. Sedap ! I rasa semua aiskrim mekdi sedap. Yang ni perisa blueberry dan dapat rasa biji-biji blueberry tu. Dalam gambar pun nampak. Tak manis sangat bagi I just nice. 







12 comments

  1. Siqah jugak yang tak pernah makan ayam goreng Mcd yang baru ni. Malas nak beratur panjang nanye. Nampak ayam sekarang lagi besar saiznya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dah boleh pergi sekarang sebab dah cool down kan haha. kebesaran dia airah tak sure

      Delete
  2. mc flury green tea, hari tu nak beli tapi habis pulak. alamakk, dah kempunan balik nii

    ReplyDelete
  3. Yang bluberry tu nampak mengancam.. teringin nak try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak biji2 dia yang buat lagi nak rasa kan haha sedapp

      Delete
  4. inilah kuasa viral. sedangkan ayamnya dah lama. tapi tetap sedap.

    ReplyDelete
  5. wah sedapnyaa. terliur pulak. haha :D

    ReplyDelete
  6. ayam mcd dh lama ada tp lg fames burger dr ayam. bila viral ni laku lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun sebelum ni tak berminat nak try pun ayam dia.dah viral baru nak cuba

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.