Breathtaking View @ Forest City

Assalamualaikum and hai.



Gambar ni pemandangan tepi jalan yang sempat I snap waktu dalam perjalanan ke Forest City. Sangat la cantik. Bila I edit terus jadi tak cantik hahahha. Forest City ni mengikut apa yang I nampak macam kawasan yang sedang membangun. Mungkin jugak melibatkan projek penjualan hartanah yang mahal sebab tengok kawasan tersebut sangat cantik dan nampak mewah. Sepanjang jalan di sana banyak pokok yang hiasan cantik-cantik tu, lepastu rumput hijau yang memang dijaga rapi. Memang cantik la pemandangan sepanjang jalan.


Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Forest City boleh baca di SINI. Ikutkan rancang dengan Aiman nak pergi lebih awal. Saja nak jalan-jalan petang sebab bila I baca di blog orang lain banyak jugak gambar menarik, dan kawasan yang sesuai untuk ambil angin. Last-last pukul 5 lebih jugak bergerak dari rumah. Perjalanan pun agak jauh, 6.30 macam tu baru sampai hahaha. Nasib la tak tutup ke apa.


Disebabkan pertama kali sampai, memang sesat jugak la tak tau nak masuk lorong mana satu. Nak uturn pun jauh, makan masa lagi. Lepastu tak tau nak park kat mana pulak. Nasib tengok kereta lain dan nampak la parking bertingkat. 




Bila dah sampai memang kawasan dia sangat cantik. Ada hotel mewah, pejabat, showroom dan macam-macam lagi la kot dalam bangunan tu. Dekorasi dia memang cantik la. Walaupun sampai lewat tapi tak ada la suasana gelap macam dalam gambar. I saje je nak cuba edit guna tone gelap hahaha. Gambar atas ni macam kawasan yang omputeh selalu kawin dalam taman tu. So nice ! Berangan kejap buat event kat sini. Kalau nak sewa confirm mahal kan.


Forest City ni bersebelahan dengan laut. Macam kat hujung peta Malaysia jugak la kot. I pun tak berapa pasti lagi dengan JB ni hahaha. Laut dia pun cantik. Bila dah nampak laut baru rasa ramai jugak orang. Sebelum tu rasa macam salah tempat je. Tak nampak orang langsung. Pekerja je ada 5,6 orang kat situ. Dah la pertama kali sampai cuak jugak.






Walaupun tak lama sangat luangkan masa kat sini sebab kesuntukan masa, nak maghrib dah pun. Dapat laa jalan-jalan sikit dan tangkap gambar ootd hehe. Seronok kalau nak ootd kat sini banyak port cantik-cantik yang boleh jadikan latar belakang. I pun sempat buat product shoot kat sini. Banyak jugak kawasan yang I nampak di gambar blog orang lain yang I tak jumpa. Kawasan tu agak luas dan I pun tak sempat pusing habis. Harap ada la rezeki nak jalan-jalan sini lagi. Mungkin kena datang awal.




20 comments

  1. wahhh baru pernah dengar pasal tempat nie, permandangan cantik dan kawasan pun best utk jadi tempat ambil gambar kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun first time datang.memang memukau mata

      Delete
  2. WOW lawaa nanti nk visit la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha masuk list untuk singgah nanti

      Delete
  3. Replies
    1. aha memang cantik lagi2 tengok dengan mata sendiri

      Delete
  4. Cantik gambar2 tu... pandai ambil gambar. Mai tak pernah lagi ke sana...mungkin next time boleh jalan2 makan angin dgn family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je mai. aha boleh beriadah dengan family mesti seronok

      Delete
  5. cantik tempat ni.. suasana redup jerk.. atau gambar dah di edit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang reduppp.sebab pergi lewat petang.

      Delete
  6. view forest city memang cantik laa. arituu ada pegi. memang cantik sangat. macam taknak balik pulak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ! sama laa airah terpaksa balik sebab dh nak maghrib.kalau tak confirm berjam kat situ

      Delete
    2. yep! paling best bergamba dengan ketam besar. hahah xD

      Delete
  7. dah dekat sangat dengan rumah akak tu airah..akak duduk area situ je..


    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke akak duduk rumah mewah dua tingkat tepi jalan tu ke hehe rumah kat sana lawa2 T.T

      Delete
  8. Lawa! Johor banyak betul tempat nature yang lawa-lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun tak habis explore lagi

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.