Dah Sampai Musim Durian Ke?

Assalamualaikum and hai.








Siapa kat sini hantu durian? Jadi harini I nak cerita salah satu port best untuk sesiapa yang teringin makan durian tu. I tak sure sekarang dah musim durian ke belum tapi kat sini serius berlambak durian. Tempat makan durian di Johor Bahru. Baru lagi duduk sini dah cakap tempat makan durian yang best kan entah-entah ada lagi best. Tak kisah la sebab bila I makan kat sini boleh tahan seronok jugak tengok durian melambak lepastu orang pun boleh tahan ramai.


Sebenarnya tepi jalan rumah I pun ada pakcik jual durian tepi jalan dan boleh makan situ jugak. Nampak best bila ramai orang singgah makan situ. Mungkin harga pun boleh tahan kot.


Tempat makan durian ni terletak di Pandan City. Ini pertama kali I jejak kaki ke Pandan City. Pandan City ni pasar borong tapi bersebelahan dengan pasar borong ni ada jual pelbagai jenis barangan dan makanan lain. Ada jual pakaian, makanan ala-ala street food, foodcourt pun ada. Dan juga port durian yang I nak cerita ni.


Kisahnya sebab Aiman memang suka makan durian. Boleh tahan lama jugak dia craving durian ni last-last berkesempatan jugak la nak pergi. Ini kali kedua Aiman datang sini, sebelum ni dah pernah datang dengan orang lain tak bawak I. Amboii.. Tapi I bukan penggemar durian sangat. Kalau makan pun nak rasa je. 





Gerai yang menjual durian pun boleh tahan banyak. Berderet deme je jual durian hahaha. Dari tepi jalan dah boleh bau. Kalau hantu durian tu confirm tak boleh tahan bau dia. Kalau rajin boleh la buat perbandingan size, harga, jenis dari satu kedai ke satu kedai. Kalau malas macam I, pergi dua kedai je tanya lepastu dah. Yang minat durian mahal-mahal, besar tu semua jenis ada kat sini cakap je nak red prawn ke, D24, D13, durian kampung dan macam-macam jenis yang penjual tu cakap I taktau.


Aiman pilih durian yang biasa je. Dua bijik RM50. Kalau nak murah lagi pun ada. Yang mahal lagi la berlambak.


Ini pertama kali I makan durian terus gerai tepi jalan je. Biasa beli bawak balik rumah haha. Ramai jugak la yang mencari durian masa tu. I pergi pun lepas maghrib dah malam. I pergi gerai yang first dari jalan raya besar. Itu pun lepas pening kepala nak pilih makan gerai mana satu. Suasana nak makan pun selesa sebab hanya ada satu makanan je iaitu durian jadi tak ada la gerai bersepah dengan benda-benda lain. Hanya bau durian je semerbak.


Bagi I memang seronok laa makan durian kat sini hahaha. Kalau ada rezeki boleh datang lagi. Bagi yang craving durian tu jemput datang sini. nak cuci mata tengok barang lain pun berlambak ada kat sini. Sempat jugak beli durian dah siap keluarkan isi untuk buat sambal tempoyak hahaha.







17 comments

  1. OMG! That's all I can say sebab dah lama sangat cravinggggg.... 😭😭😭
    Tak tau lah bila musim buah, kalau balik kampung syok je makan segala durian rambutan manggis langsat sampai jemu. 🍃🍃🍃

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kalau sampai musim buah memang seronok la dapat makan banyak2

      Delete
  2. Sedapnya. Lama tak makan durian. Dekat sini tak meriah lagi. Tggu bulan puasa kot. :)

    ReplyDelete
  3. Buah durian sentiasa ada sepanjang tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nak murah kena tunggu musim yang buah banyak jugak kan

      Delete
  4. janganlaaaaa macam ni airah... tergugat iman ai lah tengok durianss nih hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  5. Hsna xsuka sangat durian...so takdela rasa bersungguh sgt bila org lain berpusu2 serbu durian... hihi

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar.. sedapnya durian.. gaji ni haruss p carik..

    ReplyDelete
  7. OMG! Airah!!! Tengok gambar first pun dah terliur! Sedapnya durian!!! �� Best kalau g makan durian dengan Airah, boleh makan banyak sebab Airah tak suka. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha aiman pun cakap macam tu senang bawak airah dia sorang boleh pulun hehe

      Delete
  8. Nice post! This is a very nice blog that I will definitively come back to more times this year! Thanks for informative post. https://durian-delivery.yolasite.com/

    ReplyDelete