Dinner @ Restoran Sayam

Assalamualaikum and hai.



Selamat pagi ! Jarang betul awal pagi macam ni nak menaip entry. Harap post entry ni pun awal pagi jugak la. Pelik je dah ucap selamat pagi tapi post entry malam hehe. Mungkin valid kalau post pukul 1 pagi. Walaupun pagi lagi, I nak cerita menu makan malam. Beberapa hari yang lepas I berkesempatan nak dinner di Restoran Sayam. Dengar cerita sedap dan cerita tu I dengar dari Aiman hahaha.


Kalau nak tau, Restoran Sayam ni ada lagi satu cawangan yang dekat sangat dengan rumah I. Sebelum ni pernah jugak ajak Aiman cuba makan kat situ bila ada masa. Bila lalu je restoran tu, pelanggan confirm nampak meriah (read : ramai). Memang tertarik la nak cuba. 




Yang I pergi ni bukan cawangan yang dekat dengan rumah tapi berdekatan dengan laut di Jalan Stulang Laut. Restoran ni jugak lebih kurang macam foodcourt tapi kedai lebih besar. Kalau nak pergi waze je Restoran Sayam nanti keluar la restoran yang berdekatan. Kawasan tu jugak memang banyak kedai makan, bukan setakat barisan restoran yang macam foodcourt tu je. Jadi kalau tak berminat nak makan kat sini boleh makan di kedai lain sebab banyak pilihan. Tapi dah kenapa dah sampai tak nak cuba makan di Restoran Sayam ni eh eh..


Walaupun kawasan restoran kelihatan padat di bahagian luar, jangan tertipu padat dia sampai dalam. Dalam tak ramai orang pun bila I masuk. I ingat dah full sangat dengan orang. Tapi kalau nak makan meja kat luar memang tak ada kosong dah. Semua orang nak makan kat bahagian luar mungkin sebab dalam panas walaupun ada kipas. Kipas pun angin macam ada takde je. Tapi I rasa I salah pilih tempat kipas romantik sangat kot. 





Tengok la gambar bahagian luar ramai orang tapi bahagian dalam cuma ada dua keluarga je. Tujuan utama datang mesti la nak cuba menu ikan stim limau. Aiman pernah makan kat sini dulu dengan kawan dia jadi menu ni la yang dia rekomen. Set hidangan ada pelbagai pilihan ikut berapa bilangan orang. Harga pun sama ikut berapa hidangan yang dipilihan. Set yang macam I makan ni ada ikan siakap stim limau, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan telur dadar, harga dalam RM50 dan juga set ni termasuk air buah dua gelas okay. Ini set untuk dua orang.


Patut la I rasa pelik, biasa makan set hidang macam ni wajib ada tomyam. Ni tak termasuk dalam set. Servis boleh tahan bagus sebab tak tunggu lama sangat untuk hidangan semua sampai. Serius rasa macam kejap jee walaupun masa I sampai ada dua, tiga keluarga lagi tengah order jugak. 


Bagi I makanan dia memang sedap ! Yang paling sedap mesti la ikan siakap stim limau tu. Rasa semua cukup sampai habis la hirup kuah stim tu. I jarang sangat makan ikan stim sebab selalu pilih menu ikan siakap tiga rasa. Bila rasa yang stim macam ni boleh tahan jugak. Rasa masam pedas manis semua cukup. Ikan pun boleh tahan besar untuk dua orang. Rasa kailan ikan masin pun sedap jugak. Sayur tu tak ada rasa pahit pelik ke apa. Sotong goreng tepung dan telur dadar rasa macam biasa je.


Memang puas hati dapat makan ikan stim yang sedap macam tu. Kalau datang lagi order tu jela haha. Mungkin lepas ni boleh cuba cawangan yang dekat area rumah tu. Yang penting makan kenyang dan sedap. I bagi 4 bintang yeay. Lepas dah kenyang boleh la ambil angin malam tepi pantai. Ramai jugak yang beriadah malam-malam tepi pantai. Kawasan parking kereta untuk berhenti tepi jalan pun disediakan jadi tak payah risau mengganggu lalu lintas. Kalau datang Johor Bahru jangan lupa makan malam di Restoran Sayam okay.



8 comments

  1. hehehe... datang johor bln 4 aritu memang xsempat nk food hunting semua kedai. sob2 nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti datang la lagi.bnyak jugak makanan best kat sini

      Delete
  2. Replies
    1. sedap ! tak pernah makan yang sedap cmni huhu

      Delete
  3. Ikan siakap stim limau!! Ohh itu paling sedap 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah first time makan sebab tak biasa. nasib jumpoa yang sedap tak hanyir

      Delete