Homestay Miemsuia Yang Selesa Di Port Dickson

Assalamualaikum and hai.




Entry weekend escape ke Port Dickson Negeri Sembilan akan menyusul soon. Harini review homestay yang kiteorang stay untuk dua hari satu malam di sana. Weekend escape ke PD ni disebabkan Aiman tamat latihan akademi dia. Jadi I dengan keluarga mertua jela yang tidur homestay ni.


Ikutkan family kakak ipar I ikut sekali tapi tak jadi. Sebab tu homestay ni agak besar gila untuk 4 orang je hahaha. Gigih I mencari di facebook, encik google dan yang sewaktu dengannya, homestay yang boleh muatkan ramai orang last-last kiteorang berempat je. Homestay ni I terjumpa masa search homestay terdekat dengan akademi Aiman. Banyak jugak la homestay yang dah I short list kan dan survey mana yang sesuai dengan bajet. Harga untuk satu malam RM160. Kira ni rate weekend tak silap I. Memang bab homestay semua I yang uruskan.


Homestay ni terletak di Taman Pd Utama. Lebih kurang 20 hingga 30 minit jugak la nak ke akademi Aiman. I ingat dekat je hahaha. Tapi yang best Taman ni dekat dengan area pekan dan laut. Homestay ni rumah teres yang ada tiga bilik dan dua bilik air.




Yang atas ni bilik pertama. Siap ada aircond tapi yang jenis zaman bila entah hahaha Tapi aircond ni boleh tahan sejuk weh mengigil bangun pagi rasa macam taknak bangun je. I dah la memang tak tahan sejuk. Bilik ni satu katil queen dan ada tilam besar untuk katil queen bawah katil tu. Jadi sesuai la tido ramai- ramai sebab ada tilam lebih.  Iron dan iron board pun disediakan. Dalam ni jugak ada almari. Senang nak sangkut baju. Bilik air dedua berfungsi dengan baik.




Ni bilik paling hujung belakang sekali. I serius lupa nak tangkap gambar bilik tengah. Bilik ni ada satu katil single dan satu entra tilam yang boleh tahan besar jugak. Macam I cakap tadi sesuai kalau ada extra orang sebab ada tilam lebih. Tak payah susah-susah nak angkut toto dari rumah. Bilik belakang ada kipas dinding dan meja solek. Selesa !


Bilik kedua yang tak ada gambar pulak ada katil dua tingkat. Katil dua tingkat yang jenis bahagian atas katil single, bahagian bawah katil besar queen tu. Memang muat sejuta orang dalam rumah ni hahah kay tipu. Dalam bilik kedua jugak ada almari yang boleh tahan besar. Faham tak kiteorang empat orang je tapi bilik, tilam kemain banyak macam bawak rombongan.




Ruang tamu pulak ada set sofa biasa tu je dan ada tv. Tak silap I ada Njoi sekali. Lepastu ada disediakan jugak meja makan untuk empat orang dan cermin besar yang puas hati kalau nak makeup pepagi. Gambar dapur I lupa nak snap. Kat dapur pulak ada mesin basuh, cawan pinggan sudu garfu , dapur memasak semua cukup cuma tak ada air tapis laa. Kiteorang beli air botol besar kat kedai runcit je.



Itu je I rasa info yang ada hahaha. Rumah sangat selesa dan bersih. Yang penting orang islam punya. Dan yang lagi penting masa tidur kat sini tak ada bunyi pepelik ke apa. Jadi kalau nak cari homestay area Port Dickson dengan harga murah, dekat dengan laut dan pekan, bersih, selesa boleh la cuba homestay ni. I memang sangat puas hati dengan homestay miemsuia. Orang yang nak pass kunci kat kiteorang pun friendly je siap tolong ambik kiteorang kat petronas lagi sebab dah sesat larat tak tau hala tuju hahaha.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : Hj Suhaimi 013 9277 414
Atau singgah Homestay Miemsuia



8 comments

  1. Bunyi pelik tu yg penting. Ana pernah kena juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak takutnya.airah selalu jugak risau tapi dh siap bawak yasin smua

      Delete
  2. Aiman dah tamat latihan ye. Congrats :)

    Homestay pilihan tepat kalau ramai-ramai bercuti dengan keluarga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha hehe. tu laa tapi berempat je baik ambil hotel

      Delete
  3. Hahah! Tak tahan betul part yang tak ada bunyi pepelik tu. Bila dapat homestay yang selesa dan bersih macam ni memang puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab risau jugak ada bunyi ke apa haa. aha selasa dan murah

      Delete