Klavuu White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum Mask Review

Assalamualaikum and hai.




Dalam skincare routine yang I buat, mask adalah part paling favourite sekali. I paling suka pakai sheet mask sebab kesan yang cepat pada kulit. Lagipun sheet mask senang je nak pakai dan tak payah susah-susah nak campur bahan lain. Dalam entry rutin penjagaan kulit I di SINI, I ada bagitau yang I akan pakai sheet mask dalam 5 kali seminggu macam tu. Nampak tak betapa sukanya I guna sheet mask ni, orang lain pakai 2,3 kali je hahaha. Wajib tiap kali pergi mall singgah bahagian mask.


I memang suka nak mencuba mask baru di pasaran ataupun brand baru yang I tak pernah tau pun sebelum ni. Yang paling penting kalau brand tu dari Korea ! Siapa je yang tak tergoda tengok kulit orang korean flawless dan gebu tu. Jadi memang terpengaruh la nak cuba apa- apa skincare dari korea terutamanya mask !


Jadi harini I nak review White Pearlsation Enriched Divine Pearl Serum mask dari Klavuu. Brand dari Korea dan mask made in Korea semestinya. Apa yang menariknya tetang mask ni, telah diperkenalkan dalam majalah Vogue sebagai 'Best Sheet Mask'. Kalau dah dinobatkan sebagai sheet mask terbaik tak kan laa tak teringin nak cuba kan. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh search 'korean models best face masks skin care secrets Vogue'.




Menakutkan jugak muka I bila pakai sheet mask sekali dengan tudung ni hahaha. White Pearlsation mask ni sangat sesuai untuk semua jenis bentuk muka kerana Klavuu menggunakan Patented PTC sheet dan 3D teknologi. Jadi tanpa mengira macam mana pun bentuk muka anda, atau ekspresi muka yang anda buat, mask ni sesuai mengikut bentuk muka. Macam gambar yang I pakai memang fit ikut bentuk muka I walaupun muka I sedikit panjang. Mask yang sesuai mengikut bentuk muka ni membuatkan kulit mampu menyerap semua nutrisi dari mask tersebut. Jadi tak ada la kes ada bahagian kulit yang tak mampu menyerap essence mask ni.






Tekstur mask ni pulak sangat la lembut ! Bila sentuh je mask tu rasa macam ada gel lembut yang melapisi mask. Walaupun mask ni nipis tapi sheet mask itu sendiri mempunyai keupayaan untuk memberi nutrisi yang lebih banyak kepada kulit lebih dari sheet mask biasa yang berada di pasaran. Nak pakai pun senang sebab tekstur dia yang lembut dan nipis melekap pada kulit dan memberikan segala nutrisi yang diperlukan kulit untuk tampil sihat.


Cara nak pakai pulak macam biasa. Langkah pertama cuci muka betul-betul bersih dengan pencuci muka awak. Lepastu pakai White Pearlsation mask dari Klavuu ni. Tunggu sehingga 10-20 minit baru tanggalkan. Lebihan essence yang ada kat muka tu dab2 kat muka bagi serap elok-elok. Kadang-kadang kalau I suka sangat dengan mask tu I akan perah essence lebih-lebih yang masih ada lagi kat sheet mask tersebut. Kemudian sapu kat muka.


I memang perah sheet mask Klavuu ni sebab suka sangat dengan kesan dia buat kulit muka lembut sangat ! Essence mask ni pun tak cair, pekat dan tak ada meleleh-leleh yang menyukarkan nak pakai sheet mask. Yang penting senang kulit nak serap. Kalau pakai waktu malam, bangun pagi esok pun rasa kulit lebih anjal dan lembut.


Sebelum dan selepas.


Atas ni gambar sebelum dan selepas I pakai mask dari Klavuu ni. Gambar sebelum I pakai mask boleh nampak kulit muka agak gelap, tak glowing dan nampak tak berseri. Kulit pun macam tak sihat. Maafkan dark circle yang dah lama tak dirawat tu hahaha. gambar selepas pulak boleh tengok kulit muka nampak glowing dan cerah. Serius I suka gila dengan kesan mask ni. Kalau pakai sebelum makeup confirm makeup nampak lagi naik kan. Kulit pun nampak lebih sihat dan berseri. Gambar ni I tak ada edit ke filter ke apa. Ori dari iphone 6plus.


Apa yang membuatkan kulit nampak lebih sihat selepas pakai White Pearlsation dari Klavuu ni sebab dalam satu mask ni je mengandungi banyak nutrisi. Kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Klavuu mask juga seperti satu botol serum dan semestinya mengandungi ekstrak mutiara yang mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit. 


Mana nak beli? Boleh tekan link INI. Tak silap I sekarang tengah promosi jadi lebih baik cepat order sebelum harga jadi normal semula. 


Instagram : @klavuumalaysia











12 comments

  1. I pun suka pakai sheet mask ni, selalu beli dekat drugstore je. Teringin jugak nak cuba product korea sobs :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah beli la mask ni serius best.sangat la lembut

      Delete
  2. nampak bezanya kan. Terasa mcm lama akk xpakai mask hehe. Kulit muka mcm kurang glowing

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah suka pakai mask sebab nampak kulit lagi sihat hahaha

      Delete
  3. Menarik menarik! Siqah save entri Airah ni. Senang refer kalau nak beli nanti. Hihi

    ReplyDelete
  4. Boleh pakai lebih dari 3x yer?? Patut la... Boleh cuba la kalau gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha boleh pakai lebih tiga kali.tapi bukan pakai semula yang dah dipakai tau haha

      Delete
  5. 1st time dengar brand ni.. hehehe. suka jugak pakai mask tambah2 yg jenis tarik tu. perghhh habis keluar bintik2. nampak beza kulit muka tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh la cuba yang ni.airah pun ada yang tarik tu brand thefaceshop memang best

      Delete