Kurung Moden Sopan Dan Cantik Dari LovelySuri

Assalamualaikum and hai.





Korang dah beli baju raya ke belum? Sekarang semua jenama dan butik dah lancarkan koleksi raya masing-masing yang pastinya memukau pelanggan. I pun kalau singgah mana-mana instagram jenama baju confirm ada dua tiga yang jadi pilihan hati. Semua cantik-cantik sampai tak tau nak pilih mana satu. Perempuan biasa la kalau boleh nak banyak koleksi raya sampai berapa juta pasang hahaha dan mesti la yang paling cantik !


Antara koleksi raya yang menjadi pilihan I dari LovelySuri. Nama pun dah Lovely buat I jatuh hati dengan semua koleksi diaorang. LovelySuri menyediakan koleksi kurung moden. Tapi bukan kurung moden biasa tau. Kurung moden LovelySuri ada pelbagai bentuk potongan yang menarik dan unik. Lovely suri dijual secara atas talian (online), jadi lebih senang la orang nak shopping ! Tak payah susah-susah nak pergi butik, nak mencari parking, bersesak-sesak lagi.





Yang paling penting, koleksi LovelySuri mempunyai pelbagai warna yang memukau mata. kalau awak singgah di website LovelySuri.com, kat situ ada tab untuk cari Kurung Moden anda dengan tekan pilihan warna je. Jadi kalau dah ada warna yang anda nak dalam fikiran, tekan je tab 'Pilihan Warna' dan pilih warna anda. Sangat senang kalau nak cari kurung pilihan dengan hanya satu warna je dalam satu page kan.






Bila I tengok koleksi Baju Raya 2017 dari Lovely Suri memang banyak pilihan. Lagi banyak pilihan yang I nak. Susah betul kalau baju cantik-cantik ni rambang mata nak pilih. Tapi yang paling I suka ialah Servyna in Olive. Ada jugak koleksi dari Servyna tapi warna biru dan merah. Itu pun cantik jugak ! Tapi I suka yang olive ni sebab warna kedua yang I suka ialah olive hahaha. Lagi pun Servyna Olive ni nampak sangat memukau . Baju warna baby blue yang lembut sangat cantik ! Gabungan warna olive dan biru lembut nampak sangat sepadan.


Kalau tengok jenis kain dan potongan Servyna ni memang nampak classy. Sofistikated tapi masih simple. Jadi sangat sesuai la untuk pakai raya nanti. I bukan suka baju kurung yang meriah sangat ni. Harga untuk Servyna Red ni RM179. Untuk saiz pula jangan risau. Koleksi LovelySuri didatangkan dengan saiz 2xs hingga L. Yang kecil molek tu sesuai la cari baju raya di LovelySuri ni.


Harga untuk koleksi LovelySuri ni sangat berbaloi dengan rekaan dan jenis kain yang digunakan.  Kalau beli murah tapi pakai sekali dua dah koyak tak boleh jugak kan. Koleksi LovelySuri sangat sesuai dijadikan baju raya anda tahun ini. Bukan sahaja boleh buat baju raya, dah habis raya boleh jadikan baju pergi pejabat, baju pergi kelas. Jimat dah kat situ. Walaupun fokus LovelySuri kepada wanita berumur 25 hingga 40 tahun sahaja tapi kenapa I suka sangat dengan koleksi diaorang.... I muda lagi kot hahaha. Tak kisah I nak grab satu jugak !





Untuk lebih info singgah
LovelySuri
Instagram : https://www.instagram.com/lovelysuricom/
Facebook : https://www.facebook.com/lovelysuricom/

6 comments

  1. okeh, pengsan. cantik sangat baju kurungnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belum ada baju raya baik beli yang ni hihi

      Delete
  2. I wish I could buy one for me. Masih dalam berpantang and tubuh badan is not the same as before... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe tu tunggu habis pantang nanti boleh la start exercise sikit2 kan

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.