Makan @ Restoran Mr Steak House

Assalamualaikum and hai.




Satu hari di hari-hari yang lepas hahaha I tak ingat hari apa. Berkesempatan nak merasa menu dari Mr Steak House. Masa tu bersempena dengan ulangtahun Mr Steak House ke 6 jadi banyak la potongan harga diberikan. Jadi memang rugi la tak singgah makan sebab harga dah murah sangat. I singgah lepas maghrib. Mula-mula tak nampak pun restoran ni. Agak tersorok. Kalau nak singgah kena perhati betul-betul sebab bangunan Mr Steak House ni belakang sikit dari bangunan yang lain. Dan dihadang oleh satu bangunan lagi. Haa banyak sangat bangunan.


Bila dah sampai je memang pelanggan tak ramai sebab masih awal malam. Suasana agak kelam. Bukan kelam kabut. Pencahayaan dia tak best. Rasa macam berat je mata hahaha. Cahaya restoran tu tak terang lepastu warna kuning. Sebab tu gambar pun warna kuning. Meja dan kerusi berkonsepkan kayu. Cantik. I memang suka perabut kayu ni tapi kena pandai jaga laa. Meja dan kerusi pun banyak dan kawasan memang luas. Kalau nak datang sekeluarga sangat sesuai. 





Menu pun boleh tahan banyak. I order chicken chop dan Aiman order lamb chop tak silap I. Lagi satu pekerja pun cepat je serve kiteorang mungkin sebab pelanggan tak ramai lagi. Jadi kalau malas tertungu-tunggu pelayan datang ke apa sila la datang seawal mungkin. Mr Steak House ni terletak di Komplek Mutiara Pernama Ipoh. Waze je macam biasa hahaha. Waktu beroperasi pula pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 malam. 


Tak silap I Mr Steak House ni ada cawangan lain juga di Shah Alam. Siapa pernah pergi ??




Untuk makanan pula I bukan nak cakap tak sedap ke apa hahah Tapi mungkin tak sesuai dengan citarasa I. Disebabkan tak sesuai dengan citarasa, nak tunggu makanan habis pun lama. Apa yang I tak suka kuah chicken chop tu macam tak berasa sangat. Rasa blackpaper yang light sahaja. I suka makanan yang sangat rich dengan rasa. Fries dan coeslow pun biasa je I rasa. Ayam dia pula I tak ingat macam mana, yang penting I tak suka hahaha.


Lamb chop Aiman pun tak sedap. Aiman cakap macam lebih mentega hahaha. Kalau Aiman makan tak habis confirm la tak sedap. Tapi baru dua menu tu je kiteorang rasa. Mungkin menu lain lebih sedap dan menarik. Mr Steak House ni jugak ada masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau korang pernah cuba makan di sini tinggalkan komen tau sedap ke tak. Takut kiteorang je tersilap menu lol.



12 comments

  1. Setuju dengan review ni. Pernah pergi dua kali dekat restoran ni dekat Cheras,
    Sangat mengecewakan dia punya blackpaper (sikit and rasa pun so so ja) ayam pun biasa ja rasa.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak payah la cuba kebanyakkan cakap tak sedappp

      Delete
  3. Siqah pernah makan kedai ni. Cawangan kat Shah Alam. Hmm bagi Siqah, makananya biasa je Airah. Takde lah wow sangat. Kadang2 nak melepak pergi jugalah sini..

    Haa Airah, pasal E-Books. Kalau Airah nak entri Siqah tu, Siqah boleh bagi via email. Siqah tak delete pun, move to draft je. Kalau nak tanya apa2, Airah email je okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun rasa biasa je xde yang special pun. Ingat cawangan sini je tak sedap.

      okay nanti airah email

      Delete
  4. IQ pernah pergi cawangan di yang dekat kota damansara, btw banyak sebenarnya cawangan dia. hehe..

    dulu IQ rasa pun sama, so-so je, tak ada la gempak mana rasa dia, mungkin dulu ok, skrg da xberapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa airah pun tak sure apa yang famous sangat hahaha

      Delete
  5. Tak pernah pulak makan dekat sini. Heheh. Kalau tak sedap, memang sekali tu je lah perginya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha tak plan nak repeat pun hahaha

      Delete
  6. tak pernah lagi singgah sini walaupun ada cawangan kat Shah Alam, ada kawan kata harga pricey sikit
    http://www.neezalife.com/2017/05/seorang-wanita-kena-amalkan-harum-malam.html
    http://www.neezalife.com/2017/05/jom-iftar-di-restoran-nelayan-gombak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia bagi airah okay je. rasa dia je tak best

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.