Movie Review : Guardian Of The Galaxy Vol 2

Assalamualaikum and hai.





Dah lama tunggu nak tengok cerita Guardian of The Galaxy Vol 2 ni. Banyak kali dah tengok trailer dia dekat iklan wayang boleh tahan best. Jadi kemarin sempat la paw Aiman belanja tiket wayang. Pertama kali tengok TGV Aeon Bukit Indah ni.  Boleh tahan ramai. Ramai yang tengok midnight movie, esok cuti kan. Tapi nasib baik tempat duduk menunggu pun banyak nak dibandingkan dengan wayang yang pernah I pergi tak ada tempat duduk langsung untuk tunggu movie start.


Okay review I pasal Guardian of The Galaxy ni boleh tahan best ! Eh tak, memang best dan sangat kelakar. Lagi-lagi si Groot yang kecik cinonet tu geram je tengok. I rasa scene Groot yang banyak menghangatkan suasana. Kalau scene dia keluar, dengan adegan yang kelakar, orang suruh ambil benda lain, pergi ambil benda lain. Buat muka tak bersalah pulak tu. Tersangat la comel. Gamat suasana wayang sebab penonton gelak. Jadi I bagi lima bintang okay untuk movie ni.


Kalau nak tau suara baby Groot tu suasa Vin Diesel. I pun baru tau lepas baca movie review ni dari Abang Ben. Tapi yang Groot tu pandai cakap 'I'm Groot' jela, tapi makna perkataan tu panjang. Rocket je rajin nak translate kan apa maksud 'I'm Groot' tu hahaha. Bayangkan Groot tu cakap 'I'm Groot' tapi maksud dia ' Selamat datang ke Guardian of The Galaxy', hahahaah si Rocket yang tolong translate kan. Comel sangat.


Yang penting jangan tidur dalam wayang macam Aiman. I rasa lama jugak la Aiman tidur. Dia cakap jalan cerita tu panjang sangat. Mungkin la kot. I rasa sakit pinggang duduk lama sangat nak tunggu cerita habis. Tapi bagi I tetap best cerita dia. Tak boring sebab banyak scene kelakar. Tapi ada jugak scene sedih macam ehem ehem mati. Nak tau kena tengok.


Lepastu yang penting sekali dengan siapa Quill dapat jumpa. Orang yang dia nak sangat jumpa. Tapi rupanya orang tuuuu bukan seperti yang diharapkan. Lagi satu scene yang best Gamora dengan Nebula kot nama adik dia dah selesaikan salah faham yang membuatkan diaorang nak bunuh antara satu sama lain. Kalau tengok nanti tahu la. Ke dah tau? hahaha


Itu je kot review dari I. Nak cerita lebih-lebih nanti spoil je walaupun memang nak cerita dari A sampai Z. Itu I cerita kat Aiman jela dia tertido dekat sejam jugak haha. Haritu I tengok GSC ada jual set combo bekas popcorn tu kepala Groot hahahhah comel teruk weh. Silap pulak I tengok kat TGV kalau tak boleh beli. Tapi TGV ada set sendiri jugak. Combo popcorn dengan bekas air, atas bekas tu ada patung kecik watak dalam Guardian of The Galaxy. Comel jugak tapi I lagi berminat dengan bekas popcorn kepala Groot !

Masa movie dah habis, ada lebih kurang 3 scene lagi tak silap I. Dia gilir lepas credit, ada lagi scene, lepastu credit semula lepastu scene lagi. Ramai yang dah blah masa tu. I scene kedua lepas credit pun dah blah sebab sejuk sangat tak larat nak tunggu dah. Cleaner kat wayang tu pun bagitau ada lagi scene lepas ni. Jadi kalau larat tunggu sampai habissss yang bebetul habis haha.







6 comments

  1. Kalau tak tengok movie yang first, agak2 faham ke nak tengok yang no 2? Hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham tapi blur sikit la hahaha.kalau pergi dengan orang yang dah tengok no 1 okay la boleh mintak terangkan

      Delete
  2. Alah! I tengok jugak GOTG Vol 2. But I didn't wait for last three scenes! Ruginya! Tunggu downloadlah nanti LOL.

    Btw, I ada tagged you :
    http://www.blogeyja.com/2017/05/blue-sky-tag-honesty-of-me.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat last scene tuu hahaha thankyou tag nanti airah singgah

      Delete
  3. alamak tak sempat lg nk tengok... sbb dh follow dr part 1. baby groot kelakar dan comel, nasib tumbuh balik pokok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat tengok.kalau suka baby groot confirm kena tengok vol tu ni groot bertambah comel

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.