Mr. Dakgalbi Sutera Mall

Assalamualaikum and hai.


Blog I tak akan pernah cukup dengan entry makanan. Kebanyakkan entry seterusnya semua pasal makanan hahaha. Lepas ni dah boleh redho bila berat tak turun-turun. Diet memang kelaut, workout apatah lagi. Bila Aiman ajak workout lagi melekat I dengan tilam hahaha. Jadi harini I nak cerita makanan yang I baru je makan dua hari lepas. Mr. Dakgalbi ! 


I memang dah lama teringin nak makan Mr. Dakgalbi ni. Bila tengok orang lain post kat instagram ke twitter ke gambar makanan dari Mr. Dakgalbi mesti rasa 'alah, alah bila nak dapat makan ni'. Sebelum ni ada jugak I cari cawangan yang ala-ala Mr. Dakgalbi ni kat Perak. Mungkin ada tapi I yang tak jumpa kot. Ke memang tak ada.... Tapi kalau nak tau ada satu hari tu I dengan Aiman pergi satu kedai makanan korean kat Ipoh. Memang excited la nak cuba tapi tak halal rupanya. Sedih tauu. 


Disebabkan I dah ada kat JB ni memang bila teringat makanan korea terus google kedai mana yang best. Lepastu boleh pulak ternampak orang post Mr. Dakgalbi, memang I terus google la cawangan terdekat dengan rumah. Nasib baik ada cawangan Mr. Dakgalbi yang agak baru jugak tak silap I di Sutera Mall. Mall kat JB ni boleh tahan banyak. Tak sempat nak hafal jalan pergi mall lagi satu, dah pergi yang lain hahaha. Yang pasti jalan rumah sendiri pun tak hafal lagi..... Thankyou waze.





Apa itu Dakgalbi? Dakgalbi ni sejenis makanan korea yang agak terkenal. Dari apa yang I tengok, Dakgalbi ni ayam yang dah siap perap, ada sos, kobis, ubi apa tak tau dan lain-lain bahan. Kemudian digaul plus goreng dalam pan bulat tu. Dari apa yang I google pulak Dakgalbi ni adalah ayam yang telah diperap, digoreng dengan bahan-bahan seperti sos, kobis, ubi, bawang, sayuran dan bahan lain. Lagi satu ada teokbokki jugak !


Untuk set pulak ada pelbagai jenis dan harga. Tapi dah sampai ni mesti la nak cuba dakgalbi kan. Jadi I pilih set dakgalbi + mee, nasi goreng dan cheese. Harga untuk set tu RM67. Boleh tahan mahal -,- Set ni boleh makan 2 hingga 3 orang. I dengan Aiman memang kenyang gila nak telan portion yang agak besar macam tu walaupun sedap. Dakgalbi dan nasi goreng dengan cheese tu memang sedap.


Dakgalbi tu goreng sekali dengan mee yang macam megi. Itu untuk menu pertama. Lepastu tinggalkan sikit untuk pekerja situ gorengkan dengan nasi dan keju. Rasa dedua ni memang ummmp. hahaha sedap. Memang rasa nak je datang lagi makan sana. Nasi goreng tu boleh jugak tukar dengan mee. Banyak pilihan menu boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Disebabkan I dengan Aiman baru nak mencuba jadi ikut je menu tak ada tukar apa-apa.


Dalam setiap set akan ada air mineral sejuk. Tak order air lain pun okay je sebab air sejuk tu dalam botol besar. I sorang je minum sebab Aiman order air lain. Untuk side dish pulak ada sup miso, kimchi, salad dengan mayo, salad untuk dimakan dengan dakgalbi. Side dish pun boleh tahan mengenyangkan. Sup miso tu sedapppp. Bagi I semua yang I makan untuk set ni sedap. Kimchi dia jenis yang boleh diterima tekak hahaha.


I datang masa lunch hour memang agak ramai. Tapi dapat jugak tukar meja tepi cermin dan tak kongsi meja dengan orang lain. Segan jugak nak kongsi meja dengan orang lain sebab I baru nak cuba makanan ni tak reti pun nak makan cemana. Nasib la tau jugak pekerja tu yang tolong gaulkan makanan hahaha. Ada pengalaman tengok running man makan je. Jadi total makan termasuk gst kan air tambahan Aiman dalam RM 75++. Kalau datang dengan kawan boleh la bahagi-bahagi. Kalau macam Aiman datang dengan isteri, dia jela bayar hehe.


Lagi satu kena berhati-hati masa dia gorengkan makanan tu. Sos dia terpercik kat palazzo I -.- Nasib la tak nampak sangat. Nampak la dot-dot sambal tu eeeii. Korang dah pernah cuba makan Mr. Dakgalbi? ataupun makanan korea yang lain? Nnati share kat komen tau sebab I suka sangat cuba makanan baru.




31 comments

  1. adehh..dah la baca time lunch hour..makin laparrr jadinyeee
    jemput singgah blog J Cara Bayar PTPTN guna JomPAY Maybank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha airah yang baca semula ni pun jadi lapar.nanti airah snggah 🙂

      Delete
  2. oooww. baru 2 3 hari ni tgk kawan up gmbr kat ig macam ni. kat johor ada rupanya. lpas ni boleh la try kalau p johor. Kl lagi la ada kot noh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann selalu trpengaruh kalau tengok kawan up gambar.kl ada jugakkk

      Delete
  3. Siqah suka Mr Dalgalbi! Suka nasi goreng dan ramen dia. Sedap!! 😍

    Sutera Mall kat JB rupanya. Banyal mall ek kat Jb. Tak pernah dengar lagi mall ni.

    Airah kalau datang area Subang Jaya, boleh cuba makan kat The Street Cafe, SS15. Landmark cari Taylor College. Kafe tu berdepan dengan Taylor. Siqah paling suka makanan Korea kat situ. Sedap 😍 kalau Airah pergi, ajaklah Siqah sekali. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah ni pun first time rasa mr dakgalbi hahaha memang terus sukaaa.. aha banyak jugak mall kat sini,airah xsempat explore semua lagi.

      Rasa mcm prnh dgr nma cafe tuu.ada msuk jjcm kan? Insha Allah nanti free airah nak merasa jugak la.nanti airah roger siqah hehe

      Delete
  4. pernah dgr tp tak pernah pergi. nmpak sedap ni, nk cuba nt

    ReplyDelete
  5. waw! look soo tempting

    hahah kawan2 ai pun cakap mende sama..harapkan tgk runningman reti la sikit2 cara mkn, cara gaul even cara nak nikmati tuh...kkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah nak tau cara tgk rm je. Memang suka tengok cara diaorang makan.semua nampak sdp je

      Delete
  6. Pernah try sekali and memang sedap.. hehe.. Just nasi goreng seafood dia, mintak nasi tambah, megi and cheese.. Ade la dlm RM40 mcm tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh boleh tahan murah jugak tuu knp airah punya mahal hahaha

      Delete
  7. ya Allah, menggodanya memalam nihhh.. menyesal tak beli maggi siang tadi.. tengok blog aira dah buat neeza lapar tersangat.. adoi doi haha

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  8. meleleh air liur makan dakgalbi. IQ selalu makan dengan kawan ofis sebab mr dakgalbi ada dekat bawah ofis je...heee

    ReplyDelete
  9. mr dakgalbi ni mmng sedap tpi mahal sikitlah
    haritu kawan saya beli nasi goreng kimchi daging, peh nikmat betul rasa dia. lagi2 bila org offer free :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha mahal sgtt.alamak nnti nk cuba yg tu pulak laaa

      Delete
  10. nak try lah..org jb tak try lagi ni..hehehe


    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  11. hahaha samalah. entry banyak makanan jaa xD harituu baru lepas pegi mrdakgalbi jugak. dan pilih set sama. ada tambah cheese ring keliling. pehhh memang dapppp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah teringin nak try cheese ring lepas ni

      Delete
  12. Bila dakgalbi ni start bukak kat JB. Bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun tak tau hahaha tapi best dekat dengan rumah

      Delete