Pertama Kali Guna Dobi Layan Diri

Assalamualaikum and hai.




Pertama kali guna dobi layan diri. hahaha disebabkan I baru je pindah tak sampai sebulan lagi kot, I dah ceritakan di entry SINI. Rumah I memang tak banyak barang lagi termasuk la mesin basuh pun tak ada. Itu nasib baik peti ais ada tau kalau tak macam mana nak simpan makanan. Peti ais pun tunggu masa nak repair sebab tetiba pulak buat hal taknak sejuk. Letak air untuk ais batu sampai kesudah tak sejuk. 


Jadi sebab rumah tak ada mesin basuh tu yang pergi dobi layan diri ni. Sebenarnya kisah dobi layan diri ni masa I hari kedua sampai JB. Memang kalau nak basuh tangan pun mana ada pencuci baju ke berus ke. Memang ke dobi jelah. Baju boleh tahan banyak sebab termasuk family mertua punya. Basuh sekali toto, selimut Aiman yang memang dah ada kat JB ni. 




Ini pertama kali guna dobi layan diri. Sebelum ni nampak orang je penuh kat dobi hahaha. Nasib la tak ramai sangat orang masa tu sebab segan jugak tak ada hala tuju lepastu tak tau nak buat apa. Nasib ada arahan macam mana nak guna kan. Ambil yang 27kg tak silap I sebab baju boleh tahan banyak. Itu pun sebenarnya tak perasan pun mesin tu ada untuk berapa berat baju hahahaha main masukkan je mana yang kosong.


Sempat jugak guna mesin untuk beli pencuci dan pewangi baju tu. Dah memang tak ada lagi semua benda tu kat rumah. Harga benda ni pulak dalam RM2,3 kot tak silap I.




Ikutkan memang bosan menunggu mesin basuh tu. Dalam 50 minit jugak la melepak kat situ sebab lepas tunggu basuh, guna yang keringkan pulak tu hahaha. Harga untuk dobi layan diri ni macam kat atas tu. Boleh tahan jugak la kalau guna sekali sekala. Kalau tiap 2,3 hari guna memang pokai. Cara nak guna mesin ni pun ada tulis arahan step by step kat gambar atas ni. jadi yang first time jugak tak payah kelam kabut dah. Tapi I rasa I sorang je yang kelam kabut.


Lepastu boleh pulak I tersilap masukkan pencuci hahaha. I tak baca pun sebenarnya, Ingat boleh je masuk mana-mana rupanya ada pengkelasan jugak jenis pencuci dan pewangi. Lepas kali pertama guna dobi ni, dalam dua minggu lepastu datang semula sebab nak basuh tuala haha. Lepas raya baru beli mesin basuh okay. Duit nak guna untuk beraya....





3 comments

  1. kalau darurat baru macam mesin basuh rosak baru pergi dobi, hehe

    http://www.neezalife.com/2017/05/seorang-wanita-kena-amalkan-harum-malam.html
    http://www.neezalife.com/2017/05/jom-iftar-di-restoran-nelayan-gombak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kalau mesin basuh rosak nii.

      Delete
  2. sama jugak tak pernah layan diri ni. tp kalau kt asrama penah. heee
    nk cuci selimut tebal atau cadar bru hantar dobi.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.