Ramadhan Kareem Day 1

Assalamualaikum and hai.



Selamat menyambut bulan ramadhan semua. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam. Excited dah masuk bulan ramadhan ni. Bulan penuh keberkatan. Dan banyak makanan hehe. Malam hari jumaat tu sempat la I tengok pengumuman tarikh berpuasa bagi umat islam. Gambar atas tu I screenshot dari instastory je haha.


First day berpuasa I kena kerja. Nasib hari sabtu half day je jadi tak ada la terasa sangat walaupun orang lain cuti I kena kerja. Nak mintak cuti pun baru sangat lagi kerja. Lepas habis kerja terus pergi beli barang dapur a.k.a barang nak masak dalam bulan puasa ni. Memang banyak la stok membeli. Dengan oats, kurma, susu dan lain-lain. I plan nak buat overnight oats. Siapa ada resepi sedap share please !



Nasib la hari sabtu beli barang tak ada beg plastik T.T selalu terlupa nak bawak beg biasa tu. Dua kali jugak la angkat barang-barang ni naik tangga. Menguji di bulan puasa ni. Lepastu singgah bazar. Plan nak pergi bazar lewat petang sikit. Dah alang-alang habis beli barang pun lewat, singgah la bazar dekat area rumah je. Yang I perasan ada dua bazar yang dekat dengan rumah. Next day boleh pergi yang lagi satu tu pulak.


Cendol biasa dan cendol durian. 


I singgah bazar di Taman Dahlia tak silap I nama taman tuu. Masih tak pasti dengan kawasan sini. Cadang nak beli makanan ringan dan minuman ringan je. Kenapa? Kejap lagi I bagitau hehe. Rambang mata nak pilihan makanan yang acah nak ringan tu. Paling tergoda dengan cendol durian ni. I tak tergoda, Aiman la yang tergoda. Memang sebelum puasa plan nak pergi makan cendol durian tapi dedua agak busy tak sempat nak mencari. Nasib la kat bazar ada jual. Harga untuk satu bekas plastik tu RM7 untuk cendol durian.


Dalam gambar yang belah kiri dalam plastik ikat cendol biasa, belah kanan cendol durian. Dalam bekas tu ada la seulas durian yang boleh tahan la saiz dia. Tak besar sangat tak kecil sangat. Rasa durian biasa je cukup nak puas kan teringin tu. Rasa cendol plak biasa jela nasib manis. Lepastu beli roti john untuk alas perut sebelum keluar makan. Mungkin sebab lapar roti john kosong pun rasa sedap. 



Yang paling best kat jb berbuka awal sikit. Tapi subuh pun masuk awal la hahaha. Tv baru azan maghrib I dengan Aiman dah habis sebat roti john haa hahaha. Lepas makan dan alas perut terus siap-siap nak pergi makan ayam goreng korea di KFry Urban Korean yeayyy. Ini I cerita di next entry okay. Itu je cerita ramadhan pertama I. Harap korang pun jalani ibadah berpuasa ni dengan sabar dan penuh keberkatan okay. Selamat berpuasa.

4 comments

  1. Cendol durian tu menggoda. Lama tak makan. Durian xde musim dekat sini.

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa.. sama la 1st day tak dpt puasa. haha dan tmpat kerja naik air. alahai tabah la bekerja

    ReplyDelete