Resepi Ayam Goreng Berempah Menu Mudah Untuk Berbuka

Assalamualaikum and hai.




Salam ramadhan. Dalam bulan puasa ni mesti pening fikir nak masak apa kan. Itu bagi yang rajin nak masak la. Kalau tak rajin beli je kat bazar. Tapi apa yang best dalam bulan puasa ni mesti la nak berbuka dengan masakan sendiri, keluarga pun nak makan masakan yang dimasak di rumah. Kadang-kadang makanan bazar ni susah jugak nak kena dengan cita rasa sendiri kan.


Jadi harini I nak share resepi yang sangat mudah, simple, senang untuk dibuat. Ibu, mak, isteri yang busy tak sempat masak, terkejar-kejar balik kerja nak kena masak, boleh la cuba resepi ni sebab memang memudahkan bagi mereka yang tak sempat. I yang dah start kerja ni memang selalu jugak la buat resepi ni. Dah la senang, sedap pulak tu hahaha Perasan sedap. Kerja memasak lebih senang dengan resepi ni. Jum tengok.


Bahan
ayam 1/2 ekor ( I biasa guna 6 ketul saiz sederhana)
1 sudu besar serbuk kari daging/ayam (I guna jenama Adabi paket warna coklat)
2-3 tangkai cili padi ( nak pedas letak lebih)
2 sudu besar biji ketumbar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu mixed herbs
separuh kiub pati ayam
Garam


Cara
1. Semua bahan kecuali ayam kisar kasar. Jangan terlampau halus nanti tak ada yang rangup-rangup tu.
2. Kemudian gaul rata pada ayam dan simpan dalam peti. Selalu I simpan dalam tupperware dan perap dalam peti sekurang-kurangnya sejam sebelum goreng. Makin lama perap makin sedap !
3. Nak makan boleh goreng dalam minyak ataupun bakar guna oven.
4. Siap !


Tips !
1. Pastikan potong sikit bahagian isi ayam supaya bahan perap masuk dalam setiap pelusuk ayam hehe.
2. Bahan-bahan boleh adjust ikut berapa ketul ayam. Kalau banyak ayam boleh tambah bahan.
3. Bahan yang diperap tadi, lebihan dalam bekas tu goreng sekali dengan ayam. Sedap tau makan sekali dengan nasi. Fav Aiman haha
4.. Bahan tak terhad. Guna je apa yang ada kat dapur. I pun masukkan je apa ada dalam fridge tu. Boleh tambah jintan putih, lengkuas, serbuk kunyit untuk rasa dan warna yang lebih sedap. Kalau tak masukkan pun dah sedap.
5. Kalau nak bakar wrap dengan aluminium foil dulu bagi ayam tak terlampau kering. Suhu kena pandai ikut oven masing-masing.
6. Untuk pencicah, I selalu buat mayonis tambah serbuk lada hitam. Cicah macam tu dan makan dengan nasi panas. Sedap !



Senang je kan resepi dia. Guna apa yang ada dalam peti ais je. Buat malam sebelum tu, nanti nak berbuka dah boleh goreng. Lepastu tak payah risau kalau simpan dalam bahagian freezer. Tak beku. Kalau beku pun sikit je, tunggu kejap dah boleh siap goreng. Resepi yang simple sesuai kalau nak sediakan makanan berbuka puasa yang cepat dan mudah.


Berita baik untuk korang, Lazada sekarang ada sales sempena bulan ramadhan ni iaitu Marhaban Ya- Ramadhan dan Riang Ria Raya sale dari May 19 sehinggan June 25. Flash sale pun ada tau mengikut waktu yang ditetapkan jadi jangan lepaskan peluang nak beli barang dengan harga yang murah. Untuk resepi yang I kongsikan ni, korang boleh beli kiub pati ayam dan blender yang I gunakan dengan potongan harga yang menarik.






Dedua barang ni ada diskaun. Jangan lepaskan peluang cuci mata di lazada okay ! Dapatkan diskaun sehingga 90%. Klik HERE untuk terus ke Lazada Website.

8 comments

  1. selamat berjaya... ayam goreng berempah mmg hangat...

    ReplyDelete
  2. Ni makan masa panas2 memang sedap. 1/2 ekor boleh makan sorang 🙈

    ReplyDelete
  3. boleh sgt2 ni.. beli kat bazar sgt membazir mkn sikit lepas tu buang ke tong. alahai masak simple memang habis lps sahur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun sama kalau pegi bazar tu makanan dua tiga hari baru habis..... kalau tak habis ke tong sampah je

      Delete
  4. Lazada lazada!! Ayam goreng berempah kalau diratah, fuhh tak bergerak dari meja makan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar la siqah ni. makan panas2 lagi.. kalau rempah sedap ayam nya sdp laa

      Delete