Road To Passing Out : Day 1 1/2

Assalamualaikum and hai.




Serabut gila tajuk I kan day 1 1/2 hahaha beria je. Sebenarnya I nak khusus kan entry ni untuk half day I kat Akademi Aiman. Sebelum hari tersebut, pukul 8,9 malam la jugak baru bergerak ke Negeri Sembilan. Gerak lambat sebab tunggu mertua I habis kerja dulu. Sementara I kat rumah mertua I sempat la bake dua jenis kek, satu jenis muffin untuk bawak.


Malam tu tidur rumah Wan dulu, next day lepas subuh baru gerak ke Akademi Aiman kat Port Dickson. Yaay passing out day ! Dekat dua bulan jugak la tak jumpa Aiman, tengok melalui video call je sobssobs.



Majlis bermula dalam pukul 8 lebih. Agak awal jugak kiteorang sampai sebab parking banyak lagi dan orang bawah khemah pun tak ramai sangat. Boleh la duduk depan sikit haha. Kat luar pagar dah nampak ramai orang jual flower bouquet dengan coklat, belon banyak jugak tapi I tak beli pun. Ikutkan I nak buat sendiri flower bouquet tu tapi busy. Sempat sediakan hadiah je kira okay la dari tak ada.


Acara start dengan kawad , ada persembahan pancaragam dan role play. Memang seronok tengok sebab pancaragam mainkan banyak lagu. Mesti berpeluh mengangkat alat music lepastu berjemur tengah panas. Penuh gambar dalam fon tapi beberapa jela yang I masukkan dalam blog. Dalam insta story lagi la setiap saat I update hahaha. Jum tengok gambar orang kawad. Susah jugak nak spot Aiman dalam barisan ni sebab semua nampak sama ! Dah terbakar hahaha.





I masukkan gambar kawad Aiman je. yang lain tak ada sebab tak ada Aiman hehe.






Perbarisan dan persembahan habis dalam pukul 10 lebih macam tu. Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Itu yang kiteorang lepak sampai 2 lebih jugak la walaupun ramai yang dah balik sebab majlis habis agak awal. Tapi Aiman tak boleh balik lagi sebab malam tu dia ada majlis makan malam. Nanti sambung next entry okay.

6 comments

  1. Perghhh bukan senang nak berkawad tengah panas tu.
    Tadah ja muka kasi hitam hehe.

    ReplyDelete
  2. sweetnya.. hehehe ok la tu janji dpt jumpa kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah lama tak jumpa sebulan lebihhh

      Delete
  3. Aiman polis rupanya =) husband siqah tentera. Baca entri Airah ni teringat kembali masa pergi passing out husband siqah dulu. Masa tu kami kekasih je. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuuu sweetnyaa. tentera drat ke laut tu siqah

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.