Thai Food Festival

Assalamualaikum and hai


Thai Food Festival kembali lagi hahaha. Kenapa kembali lagi? Sebab sebelum ni dah pernah sekali ke dua kali Thai Food Festival ni diadakan di Batu Gajah. Dulu tak berkesempatan pun nak pergi sebab masa diluangkan untuk menelaah buku di perantauan, Ceh. Masa I tak ada kat Perak la semua event nak buat kat Perak -,- Agenda apa ni. Tapi sekarang tidak lagi. Berkesempatan jugak nak pergi.


Kalau tak silap I kebanyakkan penjual yang ada semua cakap thailand. Cakap bm pun bunyi lain macam sikit haha. Tapi Insha Allah semua makanan halal sebab kebanyakkan nya pakai tudung, lepastu tengok bahan dia yang dalam tin ke, bungkusan ke apa tak ada yang mencurigakan. Kawasan pun bersih. Cuma kawasan meja tempat makan tu la sampah masyarakat bertaburan di atas meja.

Pilihan makanan pun banyak tapi disebabkan ramai penjual, makanan lebih kurang sama je. Tapi yang penting semua makanan thai. Makanan thai kan memang terkenal dengan kesedapan dan keunikan dia. I rasa peminat makanan thai pun ramai.




Tujuan utama I nak cari ais krim kelapa. Ramai jugak cakap sedap jadi nak cuba laa. Harga untuk ais krim kelapa dia boleh tahan mahal dalam RM7 rasanya. Tapi berbaloi sangat sebab sedap ais krim dia. Rasa lemak berkrim. Lepastu beli somtam sebab Aiman teringin. Teringin pun Aiman makan sikit je sebab tak berapa sedap makan macam tu je. Tapi mama cakap sedap sebab makan dengan nasi, jadi macam ulam laa. Mama je yang habiskan.



Khemah untuk pelanggan makan pun ada disediakan. I memang suka tengok banyak makanan ni walaupun beli nya sikit je. Dan kalau tak silap Thai Food Festival ni banyak buat tour sekitar semenanjung. Ramai jugak yang update excited nak pergi kat tempat diaorang. Kalau ada lagi kat area rumah I confirm la datang lagi beli ais krim kelapa tu. Sedap sangat sampai tengok gambar pun dapat rasa lagi manis dia hahahah teruk betul. Yang penting sangkaya kalah !

10 comments

  1. maigodddd bestnya join thai food fest ni. cikja sukaaa join. and masakan dia semua sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun pertama kali.memang seronok tengok makanan banyak

      Delete
  2. lama tak ke Thai.. sana lg sedap sbb fresh2 heee.. tp ok jugak ada food festival mcm ni tak payah susah2 ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah teringin jugak nak pergi thailand. memang beza la rasa makanan yang makan dekat sana dengan dekat sini kan hehe

      Delete
  3. Uhuuuuuii..sedapp ni..peberet kita

    ReplyDelete
  4. Ramai update Thai Food Festival tau. Siqah mampu baca jela sampai hmm sedapnya *telanairliur* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun baru cuba.sebelum ni telan air liur jgk hehe.kne cari restoran thai la

      Delete
  5. dulu pernah pergi thai festival dkt muar, tapi entahlah tak enjoy sangat.. tak kena tekak Neeza kot.. hehe lagi frust aiskrim kelapa better rasa kalau beli dkt sangkaya huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aha kdg2 tak sama selera kan.tapi mana2 aiskrim kelapa pn airah suka jeeee

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.