What To Do With Your Used Tea Bags

Assalamualaikum and hai.



Harini I nak kongsi apa yang boleh dilakukan dengan uncang teh yang telah digunakan. Ada orang buang begitu sahaja. I pun buang je kadang-kadang hehe Kalau rajin je simpan. Uncang teh yang telah digunakan memang banyak kat rumah I sebab minuman harian kiteorang teh je. Yang dalam gambar di atas uncang teh Lipton tak silap I. Sebab dah di tukar ke bekas lain, kotak dia dah tak ada haha.


Jadi apa yang I selalu buat menggunakan uncang teh ni ialah face and body scrub. Memang diy scrub yang selalu I buat dan suka sangat. Kesan dia kulit lebih lembut, rasa bersih, dan licin. Tak kisah pun uncang jenis apa yang digunakan, keluarkan isi serbuk teh tu then scrub macam tu je pada kulit. Senang dan jimat ! Memang I guna macam ni je untuk scrub muka dan badan.


Untuk lebih berkesan, boleh tambah madu dalam serbuk teh tu ataupun tambah jugak gula. Lepastu dah boleh minum dalam bilik air haha tak. Tapi sebab I malas dan madu pun tak ada I guna macam tu je. Gosok pada kulit selepas dah cuci muka dan sabun badan. I gosok dari muka then turun je bawah. Lepastu biarkan kejap bagi serap lebih cair teh tu pada kulit dan boleh bilas. Kalau tak suka bau teh yang melekat pada kulit boleh bilas dengan sabun pula.


Kedua boleh mengurangkan mata sembap dan lingkaran gelap bawah mata. Mata sembap sangat berkesan kalau guna cara ni. Untuk dark circle pulak kena rajin la. Cara dia lepas dah rendam teh tu untuk buat air, simpan kejap uncang dia dalam peti. Sampai terasa la uncang tu sejuk dan selesa nak letak kat mata. Tak payah keluarkan isi serbuk dia, letak macam tu je.


Memang bagi I suka sangat letak uncang di kat mata rasa sejuk je. Sembap pun berkurangan dan mata nampak segar. Kalau nak lebih kesan kena rajin buat laa kan. Tak rajin bila nak cantik tsktsk cakap dengan diri sendiri bila entah nak cantik.


Kegunaan ketiga pula air rendaman. Kalau korang tak rendam lama sangat uncang teh tu boleh sambung rendam kat air panas yang lain. Air tu boleh jadikan rendaman kaki untuk menghilangkan bau kaki. Yang ni kadang-kadang je I buat sebab selalu nak rendam kaki mesti takde uncang teh haha. Lepastu boleh rendam dalam air panas yang korang guna untuk stim muka. Stim muka dengan air teh hahaha. Teh kan banyak khasiat so harap kulit dapat sedut la khasiat teh tu -.-


Yang terakhir pula untuk menghilangkan bau busuk pada kasut, almari, atau peti ais. I dapat petua ni dari google sebab masa pindahkan peti ais kat rumah boleh tahan busuk jugak bau dia. Jadi letakkan je uncang teh tu dalam peti ais. uncang yang telah direndam. Boleh tahan berkesan jugak makin lama makin hilang bau-bau yang tak menyenangkan tu.


Okay itu sahaja yang I pernah buat menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Yang penting jimat huhuhu. Kalau pernah buat benda lain guna uncang teh tu kongsi kat komen okay boleh I cuba jugak.


18 comments

  1. Yang kedua tu selalu buat. Malam sebelum tidur minum green tea, uncang teh tu simpan dalam peti ais. Esok pagi bangun terus letak kat bahagian mata. Rasa segar gitu. Hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kesan dia memang best kalau letak kat mata.

      Delete
  2. macam2 rupanya kegunaan teh yg dah guna ni rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha airah pun baru list kan beberapa je

      Delete
  3. OMG this is the post that I have been drafted but still have no time to write the whole post xD Teabags are my best friend for skincare purpose & I can say that we use teabags in the same way! (I just dont use it untuk hilangkan bau peti ais etc) hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cepat post ur draft now I pun nak baca jugak.

      Delete
  4. kakak jarang buat teh kat rumah sebab kat rumah ni jarang ade gula putih.. hee~ tapi sesekali teringin, buat kat rumah MIL, tea bag nih memang kakak buat tekap kat mata.. kasik hilangkan sembab kat mata.. al maklum la.. kelawar kan.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bagusnya tak ada gula putih.airah pun penat minum manis tapi husband request air manis jee.

      Delete
  5. thanks for sharing... dulu selalu gak minum teh uncang ni tp laa ni malas sokmo esp bla kn bancuh sendiri heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kena gigihkan rajin jugak hahaha

      Delete
  6. woww daebakkk. baru tahu banyak rupanya kegunaan uncang teh yang dah digunakan. biasa buat yang nombor 2 tu tapi tak letak dalam peti ais. lepas ni blh la try keekke.

    tq for the info :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah mesti letak dulu dalam peti hehe

      Delete
  7. Banyak juga kegunaan ni, rugi je selalu buang begitu saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah punkadang2 kalau ingat je simpan.

      Delete
  8. guna teabag untuk blusher semulajadi, gitu, hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha best diy ni macam-macam boleh jadi

      Delete
  9. Siqah jarang minum air teh uncang ni. Kalau minum nanti boleh buat lah tips ni. Senang je tu. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah tiap hari minum risau kencing maneh je hahaha

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.