Ink Hotel, Penang

Assalamualaikum and hai



Harini baru berkesempatan nak update mengenai entry Sweet Escape I ke Penang with Aiman hahaha. Tapi sebelum tu I nak kongsi tempat penginapan kami untuk dua hari satu malam di Pulau Pinang iaitu di Ink Hotel yang terletak di Jalan Siam, Penang, Malaysia. Kalau nak senang waze je 'Ink Hotel" nanti terus dia tunjuk arah ke sana haha. Tapi tak susah pun nak cari sebab hotel ni terletak betul-betul sebelah jalan raya besar. Bukan hotel yang tersorok dari jalan besar ke apa.


Hotel ni sebaris dengan rumah kedai tapi jangan risau parking sentiasa ada. Masa I balik lewat malam ke hotel pun parking tak ada tapi receptionist akan tolong parkingkan kereta ikut macam mana yang sesuai. Tinggalkan kunci kat diaorang je tak payah susah hati nak cari parking. I pergi Penang pun sebab ada tujuan yang akan I cerita di next entry okay.




I booking Ink Hotel menerusi Agoda. Tak pernah lagi book hotel dalam laman web lain haha Buat masa ni Agoda bagi I berpatutan. Korang ada laman web booking hotel yang lebih murah ?? Harga untuk dua hari satu malam RM 99.47 menerusi Agoda. Bayar guna debit card je senang. Bila daftar kat hotel macam biasa kena bagi RM50 sebagai deposit tapi nanti dapat semula. Mula-mula tengok bilik, design, kat gambar di Agoda terus jatuh hati dengan hotel ni. Nanti tengok gambar  bilik di bawah okay.


Bahagian kaunter reception.


Dekorasi hotel pun cantik dengan pelbagai hiasan dan warna. tengok la dinding yang ada perkataan INK tu lawa sangat. Bahagian hadapan hotel pun cantik ala-ala kayu gitu.




Bilik I jenis superior double. Masa checkin 2 petang dan checkout pukul 12 tengah hari. Masa I checkin pun tak ramai orang. Mungkin sebab hari biasa je bukan cuti sekolah ataupun weekend. Rating untuk hotel ni pun boleh tahan tinggi 7.0. Kemudahan pun banyak jugak disediakan seperti lift, tak payah susah nak turun naik tangga, parking, valet parking, wifi dan lain-lain.


Yang paling penting reception on 24 jam dan receptionist sangat friendly. Tak ada muka garang ke, taknak senyum ke, senang je buat urusan sebab kalau ada apa-apa nak tanya akan dijawab dengan baik, Nak mintak tolong apa-apa pun okay je. Seronok nak bercuti kalau dapat hotel yang best dan harga pun murah. Dah daftar kat reception nanti dia bagi raga kecil isi remote tv and aircond. Dah nak checkout kena pulangkan semula kat reception.



Bilik kiteorang. Masa ni Aiman botak lagi sebab baru habis passing out day di entry SINI


Pertama kali jejak kaki dalam hotel dah wow. Persekitaran bersih, aircond sejuk, dan rasa selamat. Tak ada rasa pelik ke apa hahaha Pernah rasa tak masuk hotel lepastu rasa perasaan tak suka tu. Bila masuk bilik pulak lagi la wow. Sama macam dalam gambar !!!




Tunjuk gambar toilet dulu sebab itu paling penting hahaha. Toilet macam biasa jenis duduk tu. Ada shower, cermin, tak silap I toiletries tak ada tapi ada sabun badan jenis pump yang attach kat dinding tu. Not bad la sebab boleh jimat kan haha. Jimatkan hotel. Bilik air dan toilet tak asing dan tak ada penutup tirai atau apa-apa pada bahagian mandi. Toilet bersih dan selesa dan nampak cantik sebab jubin dia tema putih hitam.





 Beralih dalam bilik pulak ada penyangkut jenis macam dalam gambar kat atas ni. Tak ada almari. Sangkut open macam ni je. Lepastu tema bilik hitam putih dan ada sikit-sikit warna lain. Kombinasi warna yang cantik dan nampak macam hotel mahal hahaha.




Bilik boleh tahan luas untuk dua orang. Kalau bawak bebudak pun ada jugak la ruang nak main. Katil pun selesa tak ada serangga yang mengigit badan. Aircond pun berfungsi dengan baik. Dah la malam tu hujan lebat sampai banjir kawasan belakang hotel I tengok dari tingkap. Memang best tidur sejuk dan selesa. Dalam bilik ada penyangkut baju macam I cakap tadi. Meja, kerusi pun ada kalau nak buat kerja. Heater, jug, 3 in 1, mug, tong sampah pun ada. Tv mesti la ada.


Yang tak ada iron ! Kena iron pakaian kat bawah ye. 




Itu je I rasa yang penting hotel ni selesa dan kemudahan boleh tahan. Sesuai kalau nak cari hotel murah yang selesa tidur je Ink Hotel Penang ni. Yang penting puas hati.








4 comments

  1. Yes, Puas hati yang penting. Dan keselesaan =) Berjalan je tau Airah ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kalau rasa tak selesa confirm bad mood hahahah mana ada la baru satu tempat ni je

      Delete
  2. Ok lah lah asalkan bersih tue yg penting kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha penting sangat. Kalau tak bersih tak tau la nak cakap apa

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.