The Mummy 2017 Movie Review

Assalamualaikum and hai




Movie yang I tunggu-tunggu nak tengok. Bila baca twitter je ada orang review negatif. Bila scroll lagi review positif pulak. Jadi memang kena tengok sendiri la The Mummy ni. Sebelum ni memang I ada tengok trailer dia memang nampak best. Jadi meh baca sinopsis dia.


Sinopsis
The Mummy mengisahkan tentang Nick Morton yang dilakonkan oleh Tom Cruise, dia ni askar dengan tak sengaja terjumpa makan mumia yang dah lebih beribu tahun. Dia terjumpa makan ni dengan kawan dia secara tak sengaja sebab time tu askar bom kawasan tu. Tujuan dia memang nak cari makam tu pun sebab dia dah curi peta makam tersebut dari perempuan yang dia tidur malam sebelum tu.


Jadi makam tu adalah makam Ahmanet. Puteri raja Mesir yang jadi pengkhianat sebab cemburu dengan adik lelaki dia yang baru lahir sebab bakal mewarisi tahta padahal sebelum tu dia dah bersedia nak naik tahta. Sebab cemburu, dia bunuh ayah dia, mak tiri dan adik lelaki tiri dia tu. Lepas dah bunuh dia nak hidupkan Dewa Set, dewa kematian pulak. Jadi Puteri Ahmanet ni jahat la nak hidupkan dewa bagai.


Tapi dia sempat kena tangkap sebelum hidupkan Dewa Set. Dia kena masuk dalam bekas mumia tu hidup-hidup dan tanam terus. Jadi makan yang Nick jumpa tu makan Ahmanet. Makan Ahmanet tu macam penjara ada batu yang tak bagi makan tu timbul dari kolam yang ada dalam tanah tu, dan ada pengawal batu yang jaga. Tapi Nick boleh pulak macam lepaskan makam tu sebab tu Ahmanet ni hidup semula ! Jadi kalau nak tau macam mana Nick lepaskan makam tu memang kena tengok sendiri cerita ni.


My review
I bagi  love ! Major love hahaha. Movie ni P13 tapi boleh tahan menakutkan jugak. Part Ahmanet nak cari Nick tu serius menakutkan. Dah macam cerita hantu pulak. I lepas balik tengok movie dan tidur boleh pulak mimpi buruk. Memang bagi kesan la kat I hahaha nampak sangat penakut ! Jadi budak-budak memang kena tengok dengan ibubapa dan penjaga. Ibu mengandung pun kena tengok dengan berhati-hati sebab ada scene yang terkejut-terkejut macam tu. I enjoy tengok movie ni walaupun banyak jugak part seram yang I tak suka.


Bagi I jalan cerita memang menarik dan seronok. Tak bosan pun macam sesetengah negatif review bagi movie ni. Pelakon utama macam Tom Cruise dan Anabelle Wallis memang sesuai bawak karakter tu. Ahmanet lakonan Sofia Boutella pun pandai gila dia berlakon dah laa cantik ! Suka sangat tengok muka dia walaupun buruk berconteng-conteng.


Masa start diaorang nak bawak Mummy ni untuk kajian la banyak benda buruk berlaku dan Nick dengan Jenny yang nak selesaikan kes tu. Bayangkan ada tempat kajian untuk mumia, dan makhluk-makhluk lama macam ni. Kalau nak tau kena tengok la sebab I bagi lima bintang kot hahaa. Scene  kelakar pun ada jugak buatkan cerita ni tak serius sangat.


Walaupun banyak bad reviews, korang kena la tengok sendiri dan nilaikan. Bagi I best je tengok movie ni untuk jadikan hiburan.




























10 comments

  1. best the mummy ni!! i pon bg 5 star heehhe

    ReplyDelete
  2. Masa tengok preview filem memang best.. lepas baca review ini rasa nak tengok skrg juga..

    ReplyDelete
  3. bestnya dah tengokkk! jealous :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la tengok cepat.Haritu pun tiket hampir sold out

      Delete
  4. Wahh macam best ^^ kena tengok ni

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.