Weekend Update : Mood Republik x Vendville

Assalamualaikum and hai




Mood raya dah sampai ! Lagi berapa hari je nak sambut raya. Walaupun I balik kampung seminggu lepas raya tapi nasib mood raya ada la jugak sikit. Selalu awal-awal dah tempah baju raya. Tak pernah beli dah siap haha tapi tahun ni semua beli je. Nak cari tailor yang okay pun susah. Jadi jumaat dan sabtu lepas Mood Republik Johor bahru di Persada Johor. Sebelum ni I pernah pergi Mood Republik kat Perak je. Ini pun first time masuk Persada Johor ni.


I pergi hari jumaat lepas habis kerja. Nasib orang tak ramai sebab I habis kerja pukul 6 petang terus pergi sana orang pun dah siap-siap nak berbuka haha. Plan nak cari tudung raya sebab tudung je tak ada sekarang ni tapi hampa betul. Tak ada yang menarik. Mood republik kali ni pun tak banyak brand yang famous ada. Booth pun sikit je dan tak banyak yang bukak. Boring gila la. Boring tahap lalu sebelah Mawi pun I macam 'hmmmm....' tak minat Mawi haha. Last- last balik je tak beli apa-apa. Tak ada langsung yang berkenan walaupun dua tiga kali pusing. Siapa yang dah pergi mood republik korang beli apa ??





Mungkin jugak sebab Mood Republik JB serentak sekali dengan PWTC jadi banyak focus kat PWTC laa kot. Tengok kat twitter/ig pun PWTC meriah nau tsktsk jealous betul sebab jauh. Lepas siap berbuka singgah UTC Jb pulak sebab sebelum ni Aiman cakap ada jugak jual baju, shawl dan barang raya kat sana. Tapi cuci mata jela tak ada yang berkenan hahaha. Sempat beli kuih kapit inti coklat je.




Hari sabtu pulak lepas I habis kerja terus pergi Vendville Nong Chik sebab I tengok kat ig ada sales besar besaran. Bayangkan 50 orang pertama dapat RM50 off untuk setiap item yang dia beli. Gila best ! I pegi lepas pukul 1 petang dan orang boleh tahan ramai tapi tak sesak lagi. Yang best nasib baik ada parking dah la I pergi sesorang je kalau tak ada parking memang adiosssss. Pertama kali jugak drive sendiri kat JB ni selain pergi kerja. Nak tengok waze lagi nak drive lagi hahaha


Tujuan lagi sekali nak cari tudung raya dan dah tentu la nak beli Mumu Scarves. Sekarang mumu tengah hot design bawal satin Sari Yanti tu memang banyak laa tapi I tak suka bawal sangat. Koleksi bawal pun boleh kira berapa je ada. Pilihan shawl pun boleh tahan banyak. Bukan jenama mumu je ada banyak jugak jenama lain dan yang penting puas nak beli barang sebab Vendville ni dua tingkat. Dah besar mesti la banyak barang.





Pertama kali I shopping sorang-sorang. Dah la tak ada sapa sapa nak tanya pendapat mana yang sesuai mana yang tak. Tapi berjaya jugak beli tanpa ikut nafsu. Ceh ke ikut nafsu kalau dah sampai beli tudung sampai empat helai..... Disebabkan I memang tujuan mencari tudung je, bahagian tudung jela I habiskan masa. Tak singgah pun tengok baju ke apa. Singgah nak rasa kain sedap ke tak je hahaha.


Kalau yang tinggal dekat dengan JB ni boleh la singgah Vendville beli baju raya. I suka sangat peplum Ashhannas tu yang ada diamond bahagian peplum lawa gila ! Harga pun lawa sebab tu tak beli hahahah kalau kaya I beli dah tsktsk harap tak jumpa orang pakai peplum tu raya ni kalau tak I gunting baju dia sebab jealous.




I punya barang untuk sambut raya dah settle. Korang punya dah settle ke belum?? Jangan membazir tau membazir amalan syaitonn.








4 comments

  1. Tempah jahh ~

    Jemput lah tengok, ada kantoikan cket~

    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/baju-raya-nona-tahun-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempah pun ambil masa hehe. alright nanati singgah

      Delete
  2. Siqah pergi Mood Republik last week. Aduhai. Ramai gila orang. Serabut. Nak memilih pun payah nanye. Memang tak pergi dahlah lepas ni.

    Vendville festival setiap tahun ada buat di Matrade. Tapi tahun ni macam takde. Siqah suka pergi Vendville sebab ada jenama yang Siqah suka dan paling penting, venue tak memeningkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah pun ada baca org semua cakap sesak sangat kat sana. sbar jela nak shopping.
      yeke airah tak pernah tau pun ada festival macam tuu..airah pun first time pegi ni

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.