Amphawa Boat Noodle Johor Bahru


Assalamualaikum and hai.




I memang dah lama teringin nak makan boat noodle. Banyak kali dah ajak Aiman pergi makan tapi tak pergi pergi lagi. I pernah makan sekali Boat Noodle  yang ada kat Aeon tu. Tapi dah ada kat jb ni apa kata cuba Amphawa Boat Noodle yang terletak di No 69, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, Skudai. Boat Noodle ni dekat je dengan Sutera Mall. Kawasan bangunan kedai yang berdekatan dengan sutera mall. Jadi kalau tak dapat waze Amphawa Boat Noodle boleh la waze Sutera Mall.


Kalau waze senang je jumpa lagipun Amphawa Boat Noodle ni terletak di tepi jalan. Dari jalan besar dah boleh nampak tak payah nak mencari ke dalam. Parking pun banyak sebab memang kawasan bagunan kedai lagi lagi I datang lewat petang memang tak ramai orang la.





Deko dalam kedai ni sangat cantik dan tersusun. Tak ada bahagian dinding yang kosong langsung. Semua dihias dengan mural, gambar, kertas dinding dan lain lain hiasan. Suasana pun sangat selesa dan tak rasa sesak. Tengok la susunan bangku dan meja dia tak ada rapat sangat memang banyak kawasan yang luas. Tak ada la pelanggan nak jalan pun kena over berhati hati takut terlanggar meja orang. Air cond pun ada jadi memang sesuai la untuk setiap peringkat umur, nak datang lepak dengan kawan ke nak datang makan dengan family ke semua okay.


Pekerja pun sangat friendly kalau ada apa yang tak kena atau nak mintak apa apa boleh je panggil diaorang. Tak ada pun nak buat muka ke apa bila I dengan Aiman order sampai tiga kali hahaha. Cara nak order pula pelayan akan bagi menu dan kertas order. Tulis macam biasa dan panggil diaorang kalau dah settle pilih.




I order boat noodle la sebab memang teringin nak makan benda ni. Tiga mangkuk ni semua menu lain lain dan I pilih berdasarkan recommendation yang tertulis dalam menu. I serius lupa nak tangkap gambar menu jadi lupa apa nama menu ni ! Tapi tiga tiga best seller dan sedap ! Aiman pun suka sebab boat noodle sebelum ni dia tak suka sangat. Harga RM 1.90 kalau tak silap I. Murah dan portion tak ada la kedekut sangat.


Air pulak order yang best seller jugak. Thai milk tea dan coffee. Dedua sedap patut la best seller. Lepastu nampak pulak meja sebelah order green tea yang memang nampak sedap jugak so tambah air lagi satu. Sampai tiga air untuk dua orang tapi nasib baik habis sebab air dia sedap dan tak manis melampau rasa air gula je.


Green tea.




Tomyam Gung Seafood With Rice. Tomyam dia pun sedap. Rasa kaw tomyam tapi bukan rasa kaw yang buat tersedak tu hahaha Tomyam dia banyak isi ada sotong, udang, lala. Makan dengan nasi panas serius sedap. Lapar pulak I taip entry ni. Menu ni pun antara best seller dekat Amphawa Boat Noodle ni. I memang order semua yang best seller. Yang lain lain nanti baru try hahaha.




Lepas dah makan nasi separuh order pulak Pad Thai. Pad thai ni macam mee goreng yang ada telur , tofu, udang dan macam macam lagi la dalam tu I pun tak tau apa. Rasa dia pedas sikit sebab ada chili pepper tu dan masam sebab limau dan rasa dia campur campurrr... Sedap !  Ada kacang hancur tepi tu pun buat rasa jadi unik.


Ikutkan nak rasa jugak pulut mangga tapi dah kenyang sangat. Tengok mangga yang ada dalam fridge dia nampak sedap ! Lain kali jela cuba. Amphawa Boat Noodle no pork and no lard. Ada dua cawangan dan boleh la singgah instagram amphawaboatnoodle kalau nak tau maklumat lebih lanjut. Banyak jugak promosi dan potongan harga yang diaorang buat. Kena rajin tengok and alert je.


2 comments