KFry Urban Korean

Assalamualaikum and hai



Taip entry makanan korean sambil ditemani lagu korea. So into Korea ! Harini I nak cerita entry yang lama terperam dan I dah mention nak cerita pada entry SINI. Entry ramadhan janji nak cerita, ramadhan dah habis baru berkesempatan nak taip entry hahaha. Baru la ada lebih masa nak bagi peluang ngadap blog, taip entry. Kalau tak tu bulan puasa mesti rasa busy banyak benda nak buat. Nak bangun sahur, kemas rumah, sediakan makanan berbuka, terawih, berehat. Sangat busy ! Harap ada kesempatan bertemu dengan ramadhan tahun hadapan. I rasa macam tak cukup masa yang I luangkan untuk ramadhan kali ni.


Okay teruskan dengan entry makanan. Bab yang paling I suka nak review. Seronok bila dapat kongsi tempat makan yang sedap dan best kat orang lain jadi orang lain pun dapat buat pilihan nak makan kat mana. Walaupun soalan nak makan kat mana tu soalan paling susah dalam dunia ! I dengan Aiman pun kadang-kadang boleh bawak gaduh dengan soalan tu hahaha. Banyak pilihan tempat makan tapi tak tau nak makan satu. Lebih-lebih lagi I suka bagi peluang kat Aiman nak pilih makanan yang dia suka. Dia pun macam tu jugak. So dedua macam asdfghjkl nak makan je pun apa yang stress sangat !




Ramadhan pertama kiteorang berbuka di KFry Urban Korea. Macam biasa Aiman jumpa kedai ni di facebook. Memang favourite dia tengok gambar makanan, resepi, kedai makan kat fb hahaha. Tak silap I kedai ni agak baru jugak. Beralamat di 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia. Kurang dari 30 minit jugak dari rumah I. Kalau dah lalu jalan Dato Sulaiman tu tengok berhadapan dengan mall. Kalau mall belah kanan korang, restoran belah kiri jalan. Kalau mall belah kiri, restoran belah kanan. Faham?


Mall ada dua kat area situ. Memang dikelilingi oleh mall. Tapi bangunan restoran bukan dalam mall. Bangunan biasa je memang macam bangunan yang banyak restoran. Parking pulak boleh pilih nak park tepi jalan jeke pun boleh. Kiteorang park dalam bangunan restoran tu jugak tapi agak mahal la harga parking. Kalau nak senang waze je sebab dalam waze memang dah set KFry Urban Korean Holiday Villa ni.




Ini antara menu-menu yang ada di KFry Urban Korean ni. Pilihan menu memang banyak. Gambar menu pun I tak tangkap habis sebab banyak sangat hahaha. Makanan utama ayam kot sebab banyak menu ayam. Patbingsu dan korean street food pun ada jugak. Patbingsu dia memang nampak sedap I tengok meja sebelah makan hahaah tapi kiteorang tak order.


Pilihan kiteorang mestila ayam with cheeeseee... Tak silap, kiteorang ambil yang honey mustard cheesy fried chicken. Terliur betul bila taip entry ni ! Dan air Barbican macam gambar atas tadi. 



Tada ! Jilat screen.




Dalam honey mustard cheesy fried chicken tu mesti la ada ayam goreng dan cheese ! Lepastu ada fries dengan taburan cheese powder jugak. So yummy ! Harga bagi I boleh tahan laa. Tak mahal sangat, tak cekik darah. Ayam ni pun ambil satu macam ni boleh makan 2, 3 orang sebab I siap tapau bawak balik. Ada lebih lagi buat sahur next day haha.




Yang cheese tu memang dia bawak kat pelanggan tak salut lagi. Dia bawak dapur yang kecik tu dan cairkan cheese depan korang. So kena tunggu kejap la sementara cheese cair. Dah cair nanti dia tarik-tarik macam dalam gambar atas ni ahahhaha dan salut ayam dengan cheese kat situ jugak. Memang seronok tengok cara dia salut cheese dengan ayam tu nampak teror !


Masa ni kiteorang dapat tempat duduk bebetul bawah aircond. Nak makan pun tak selesa sangat ! Sejuk ! I memang jenis tak tahan sejuk. Tapi bila dah duduk bawah aircond macam ni lagi laa rasa nak mengamuk kesejukkan hahaha. Nak pilih tempat duduk lain memang tak dapat la sebab full house ! Yang menunggu giliran dapat meja pun ramai. Tapi tempat duduk sofa untuk pelanggan tunggu dapat meja makan disediakan which is good ! Tak ada la pelanggan terdiri-diri tunggu meja,






I pun kira beruntung awal-awal dah book sebelum nak berbuka tu. Jadi tunggu kejap je dalam seminit lepastu dah dapat meja haha. Kalau nak senang book la dulu sebelum datang makan. Kalau datang masa perut tak lapar sangat tak apa la nak menunggu. Kalau masa tahap kebuluran, nak menunggu lagi mau ada peristiwa berdarah kat situ.


Bagi I restoran ni boleh tahan selesa cuma bab aircond tu dia macam ada satu terowong kat ceiling jadi aircond tu hala satu tempat jela. Sabar je makan dalam kesejukan. Ayam pun cepat sejuk hahaha. Meja makan memang banyak dan kawasan luas. Cuma sebab famous dan makanan sedap so memang ramai tak muat tempat. Sesuai kalau nak datang makan dan lepak sebab tempat dia selesa dan relax. 






Makanan pun I bagi lima bintang. Sedap ! Walaupun cheese agak muak. Memang dah plan nak datang lagi rasa menu lain. Jadi yang duduk area JB boleh la cuba makan sini. Staff dia pun friendly kalau ada apa-apa boleh terus bagitau. Staff dia ramai so tak ada la lama nak menunggu. Itu je kot review ayam I hahaha Thank you Aiman lanje hehe. 





6 comments

  1. Macam sedapppp jeee. Nadia suka Korean food <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp. Airah pun memang nak try je semua korean food

      Delete
  2. Tapiiii kedai nie ada dkt Johor je ke ? =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak sure laaa ada outlet lain ke tak

      Delete
  3. banyak nya cheese. like seriously, banyakk. btw, i always thought barbican tu alcohol okayy.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok cheese dia tak kedekuttt hahaha me tooo ! then husband cakap tak ada alcohol ke apa air gas biasa je

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.