MAPS Tarikan Terbaru Di Perak

Assalamualaikum and hai.

Pintu Gerbang ke MAPS.

Bangunan MAPS.



Cuti untuk pulang berhari raya I tahun ni, I berkesempatan nak selit satu aktiviti best yang best sangat la. Dalam seminggu sebelum balik Perak memang dah plan baik punya. Alhamdulillah ada rezeki nak masuk Movie Animation Park Studio atau singkatannya MAPS. Terletak di Ipoh, Perak. Alamat di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru raya 3, Ipoh Perak. MAPS ni berdekatan dengan Terminal Bas Amanjaya. Jadi kalau yang nak pergi terminal bas, dan keluar dari highway confirm akan nampak MAPS ni. Memang jalan dia area situ je. Dan dekat dengan highway.


Waktu beroperasi pula pada pukul 10pagi hingga 6petang untuk hari isnin sehingga jumaat. Pukul 10pagi hingga 10malam pula untuk hujung minggu, cuti sekolah dan segala jenis cuti. I pergi hari ahad jadi tutup pukul 10 malam tapi tak sampai la kemalam duduk dalam tu. Lama sangat pun nak tunggu malam. Walaupun teringin jugak nak tengok waktu malam punya tarikan tapi nanti jela.


Peta kawasan.


I akan cuba bagi maklumat as detail as possible haha. Kalau ada soalan ke apa nanti boleh la tinggalkan di komen box okay. Harga tiket pula sekarang ada promosi disebabkan masih dalam tempoh soft opening dari 29June 2017 haritu. Memang baru sangat bukak pada pelanggan. Jadi harga tiket untuk dewasa RM130++ dan kanak-kanak RM104++. Ini harga promo sehingga 31 Julai. Ini pun dia dah tambah dua minggu untuk harga promo. Kalau tambah lagi tarikh I tak tau. Untuk maklumat harga tiket yang lebih lanjut boleh singgah laman web diaorang di SINI.


Entry kali ni banyak sangat gambar sebab banyak sangat I nak kongsi. Jadi bertabah la okay baca sampai habis ! Untuk tempat parking pulak memang banyak. I datang hari ahad tak ada masalah cari tempat parking. Cuma kena redha je dapat park jauh atau dekat. Nak park dekat datang awal sikit. Kiteorang pukul 12tengah hari baru sampai sana walaupun plan nak bergerak pukul 9pagi. Bukan jauh sangat pun dari rumah ahahaha.





Sampai je kiteorang dibawa ke bilik VIP sebab akan diberi penerangan sikit mengenai MAPS ni. Sikit je penerangan dia haha. Gambar atas ni bilik VIP MAPS. I tak pasti ada bilik VIP lain ke tak tapi bilik VIP yang ni terletak bersebelahan dengan bahagian kaunter tiket. Memang selesa dan cantik ! Dan mesti la ada hiasan, corak kartun semua. Bilik tu pun luas.


Kiteorang diberi penerangan tentang bahagian2 tarikan di MAPS ni. Ada jugak tarikan, permainan yang masih belum dibuka dalam 40% lagi macam tu. Buat masa sekarang permainan dan tarikan 50%, cafe/ restoran 50%. Bakal dibuka dalam 40%. Okay belajar matematik sila. Orang tu cakap buat masa sekarang selfie stick dibenarkan. I pun tak pasti lepasni tak dibenarkan ke atau masih dalam perbincangan hahaha.




Orang yang bagi penerangan tu bagi tiket dan termasuk tiket merchandise untuk dapatkan barangan percuma. Ada dua barang percuma yang boleh pilih iaitu tshirt dan cap, dedua ada logo MAPS. Ala-ala cenderahati dari MAPS la. Kiteorang ada dua tiket merchandise jadi ambil cap dua. Nak ambil tshirt tinggal saiz besar je. Lepastu ramai kan nak bagi sapa pulak tshirt tu. Ambil cap senang boleh kongsi-kongsi dan cuaca memang panas haritu. Sesuai la guna cap.


Kalau tak silap I kat tiket tu ada cabutan bertuah. Nanti singgah information kaunter untuk isi borang cabutan bertuah dan masukkan dalam box kat depan kaunter tu. Dia akan bagitau pukul berapa diaorang umum permenang. Memang Aiman bertuah hari itu dapat dua pass percuma untuk sehari.






I pergi dengan keluarga mertua 10 orang. Memang excited la sebab bawak budak-budak sekali. Budak-budak confirm lagi excited nak main, tengok boboiboy lagi. Kena lalu jambatan dulu yang sambungkan bahagian tempat beli tiket dan pintu masuk dengan permainan, tarikan semua. Nanti akan ada yang in charge untuk ambilkan gambar korang. Alaaa yang biasa pergi tempat tarikan, ada photographer untuk gambar dengan logo tempat tu. Last entry nanti I tunjuk kiteorang punya okay.


I mulakan dengan satu-satunya cafe/restoran yang I pergi dalam tu, Tok Aba ! Kalau tengok BoboiBoy confirm tau cafe Tok Aba ni. Excited dia nak rasa koko Tok Aba hahaha. I yang dah besar ni pun enjoy jugak layan cerita Boboiboy. Disebabkan I pegi Cafe Tok Aba ni dengan Aiman dan Anaqi, kiteorang order hot chocolate Tok Aba RM9.50. Promosi 20% jadi harga dalam RM7.++. Rasa dia boleh tahan la walaupun I expect rasa yang lebih wawww. Tengok la Gopal minum koko Tok Aba dia punya acah sedap tu eeeiii sabar jela.


Dalam cafe Tok Aba ni bukan ada minuman je, makanan macam roti, kek semua ada. Memang best. Harga pun boleh tahan. Sediakan duit bebanyak je nak masuk dalam ni okay hahaha. Barang Boboiboy pun banyak. Topi, Jam, tshirt, alat tulis, kalau bawak kanak-kanak memang habis kena pau.







Air ni pulak air gas biasa je hahahahhah sebab dah haus gila naik buai pusing tu. Dengan cuaca panas lagi. Dalam ni macam biasa tak boleh bawak makanan. Air mineral botol tu dia lepas je. Air gas biasa ni sekejap je habis I dengan Aiman duk minum sambil jalan.


Seterusnya permainan yang boleh main dalam ni. Disebabkan ada permainan yang tak siap lagi, tak bukak lagi untuk orang ramai, dalam 40% macam tu permainan tak bukak lagi. Tapi banyak je lagi mainan lain yang boleh main. Permainan yang tak bukak lagi akan dibuka dari semasa ke semasa. Harap tahun depan dah full bukak semua la sebab nak pergi lagi yeay !


Hyperspin


Satu satunya permainan yang I dengan Aiman main dalam ni hahahhahh. Yang paling kelakar I beria nak duduk berdua dengan Aiman sebab takut nau naik benda ni. I tengok budak-budak lek je duduk bangku sorang tsktsk segan iols. Tapi memang sumpah gayat weh kenapa I jenis gayat nak mampus macam ni naik benda alah ni pun lepas turun macam pening lalat sikit. Sedeh nya hidup seorang yang gayat ! Budak tu siap ajak ayah dia naik permainan lain yang lebih mencabar,pening, I ni dah taubat dah nak naik benda lain. Jadi ini jela permainan yang I naik. Yang lain tengok je orang yang naik duk terjerit-jerit hahahah


Space X-Plorers

Yang ni memang sumpah la tak naik. Duk berpusing sambil turun naik landasan tu fuhhh never. Yang minat thrill rides macam ni memang suka la naik. Adik ipar dengan mak mertua I naik benda ni lek je. I macam nak pengsan tengok orang lain naik.


Crystal Quest.

Red Baron untuk kanak-kanak.

Fantasy Carousel untuk dewasa dan kanak-kanak.


Permainan yang I sempat tangkap gambar. Banyak je lagi tarikan yang best. Tapi yang super punya thrill rides kebanyakkan tak bukak lagi, dalam proses lagi. Nak senang cari permainan dan tarikan yang korang nak pergi, ambil map sesiap kat kaunter. Nanti senang la nak berjalan dan tak ada permainan yang korang terlepas.






Fav Aiman. Live action zone, Stunt legend arena. Kereta drift, motor pun I tak tau apa panggil dia. hahaha. Yang part kereta drift tu memang best la. Serius enjoy tengok. Dengan orang terjun dari atas ke bawah. Ada percikan api, kereta guna dua tayar sebelah kanan je bergerak, buat donut. Penuh ig story dengan aksi diaorang je. Persembahan pun boleh tahan lama dan tempat duduk banyak. Selesa orang nak menonton. Cuma yang bawak kanank-kanak dan baby better duduk atas sikit sebab asap dari kereta boleh tahan nanti bahaya pulak untuk bebudak. Untuk persembahan ni tak silap I ada dua waktu je dalam sehari. Jadi yang nak pergi tu jangan lepaskan peluang.






Yang ni fav I, Boboiboy 4D Adventure. Excited jugak la masa dalam ni walaupun sebelum tu macam 'nahhh...tak berminat sebab macam untuk bebudak je'. Last2 enjoy jugak tengok cerita ni. Cerita pendek pengembaraan Boboiboy lawan robot orang jahat yang nak ambil ochobot kalau tak silap I. Yang bestnya dalam cinema tu je. Dapat rasa air spray kat muka masa kapal masuk laut, kerusi bergegar masa landing kapal, 4D kan dapat la rasa semua gegaran, angin, air, kena renjatan elektrik hahahah. Memang best. Cuma nak beratur tu serius makan masa. 4D ni setiap 30 minit tapi yang beratur menunggu memang ramai. Kena bersabar la lagi-lagi kalau bawak budak. Budak kan tak suka menunggu macam bosan sangat.


I dalam rumah smurf.


Partyland.

Gambar atas ni dalam Blast Off Zone. Kawasan smurf ! Ni tempat mainan kanak-kanak laa bertemakan smurf. Dalam Blast Off Zone ada The Smurf Theatre, Partyland, Smurf meet and greet dan bumper blast. Smurf Theatre dah tak larat nak beratur sebab dah pukul 3 lebih I dah berapa jam berjalan, beratur dalam tu hahaha. Walaupun teringin jugak nak tengok theatre dia tapi next time jela dah lembik menunggu. Partyland pulak macam dalam gambar atas ni. Dia macam dalam rumah smurf semua benda kecil dan comel je. Bumper Blast pulak permainan kereta langgar macam dalam fun fair tu. Seronok tengok orang lain main tapi I malas nak beratur untuk main.


Space face pulak untuk conteng muka. haha I ada tangkap gambar tapi dah seribu pulak gambar dalam ni. Conteng muka yang boleh pilih nak lukis apa kat muka tu laa.





I tak ingat nama tempat ni tapi dia bertemakan glow in the dark hahaha dan macam angkasa. Angkasa sebenarnya tapi banyak benda glow dalam ni. Yang ni biasa je bagi I, banyak tempat nak tangkap gambar macam gambar 3D tu. I dalam ni pun kejap je sebab tak best sangat......





Coliseum Water Play


Atas ni pulak di Fantasy Forest Zone. Ada Zugo's Crystal Quest, Permainan yang I ada mention kat atas tadi. Ada Upside Down Pyramid tapi I tak perasan pulak ni kat mana tak bukak lagi kot. The Adventures HQ Tree House pun tak bukak untuk orang ramai lagi. Ada Red Baron dan Fantasy carousel I ada cerita bahagian permainan kat atas entry. Coral Kingdom pun ada kejap lagi I cerita. Coliseum Water Play yang ni macam air pancut boleh main la kut kat situ, I tangkap gambar je hehe. Dan yang terakhir di Fantasy Forest Zone ni, Cave of Wonders ada macam artifak, patung, barang lama zaman mesir dulu lebih kurang.




Centre Stage pulak ada macam-macam persembahan dan watak kartun macam dalam gambar. I sampai je terus ada Gopal dengan Fang. Semua beratur nak tangkap gambar. Petang sikit ada la watak dalam cerita Smurf dan penari-penari persembahan lain pulak. Jadi Centre Stage ni untuk persembahan dan tangkap gambar dengan watak cerita kartun. Itu je yang I sempat tengok haritu. 


I rasa sampai sini jela entry penuh gambar I ni. I memang suka dapat pergi MAPS ni sebab seronok dan enjoy tengok benda-benda dalam ni. Gambar pun penuh dalam fon dan mungkin I buat next entry untuk letak gambar yang I dah edit tapi macam bertimbun pulak nak letak dalam satu entry hahaha. Kalau berminat nak datang dan beli tiket boleh singgah laman web MAPS. Dalam ni semua benda dia dah bagitau dari attraction, permainan, alamat, cara nak pergi sini, waktu operasi, apa yang ada, promosi dan macam- macam lagi laa.


Tapi I nak ingatkan kalau yang minat thrill rides tu mostly banyak permainan tak bukak lagi. Kalau nak tunggu semua bukak mungkin tahun depan. Mungkin la kot hahaha. Dan dengar cerita lepas ni harga tiket nak naik lagi. I tak tau tu gosip ke apa. Okay itu sahaja kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan di komen box. Babai.











4 comments

  1. Salah satu tarikan pelancong ke tempat ni . Good job perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha harap ramai la singgah perak lepas ni

      Delete
  2. menarik2, ada jugak tengok orang update masa raya keberapa ntah hhari tu...rasa nak pergi hari tu jugak tapi bila dengar ada game yang xbke lagi, slow down sket. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha tunggu dulu la kalau nak naik ride yang mencabar tu kebanyakkan tak bukak lagi

      Delete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.