Movie Review : SpiderMan Homecoming

Assalamualaikum and hai.




Dah tengok movie Spiderman dengan pelakon Peter Parker yang baru? Pada I rasa pelik sikit sebab muka Peter yang lain. Tapi sebelum ni pun dah dua kali jugak kan Peter Parker bertukar wajah. Jadi Spider Man kali ini mengisahkan watak Peter Parker yang lebih muda dan masih bersekolah. Costume dia pun alahai kelakar je tengok, costume yang awal-awal sebelum dapat costume power dari Tony Stark.


Jadi Peter ni masih bersekolah dan memang sekolah omputeh ni banyak event, party semua kan antaranya homecoming. Ikutkan I serius bosannnnnnnnnnnnn sangat dengan movie ni. Tak menepati apa yang I nak. Bosan dia tahap I rasa nak keluar wayang je malas nak tengok dah. Bagi I tajuk homecoming tu pun sikit je disentuh. Masa dia nak ajak Liz pergi Homecoming ni hahaha Masa homecoming tu jugak klimaks cerita ni bila spiderman sedar dia kena selamatkan...... tet. Tak nak jadi spoiler tapi mesti ramai dah tengok Spiderman ni kan.


Aunt May dalam movie ni cantik. Tak tua sangat dan tak muda sangat, lakonan Marisa Tomei. Bagi I jalan cerita kali ni lebih relax, dan fun la. Tak guna otak sangat nak faham jalan cerita dia, itu yang buat I bosan kot. Siapa enjoy tengok Spider Man Homecoming ni bagi review korang sikit kat komen box I.


I tak ada benda nak komen lagi kot sebab bagi I cerita ni too light.....


Tapi yang best dapat air dan popcorn percuma sempena tayangan Spiderman ni di TGV. Jimat duit iols.



2 comments

  1. da lama tak tengok movie tak dan terkejar kejar dengan kerja. huhuhu nak kena gak cari masa nak release stress ni..

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.