Weekend Update : First Time Pergi Pasar.......

Assalamualaikum and hai.




Pertama kali pergi pasar... bukan pertama kali seumur hidup pergi pasar tau. I baru berkesempatan nak pergi pasar yang dekat dengan rumah. Kira first time la pergi pasar kat JB ni. I kerja dari isnin sampai sabtu, ahad pulak ambil kesempatan bangun lambat sikit jadi memang tak ada makna nya la nak pergi pasar pepagi buta. Selalu beli barang dapur dekat pasaraya je.


Tapi semalam Aiman request nak makan kupang. I pun ajak la pergi pasar sebab suka tengok barang kat pasar ni banyak pilihan, banyak kedai, banyak penjual dan boleh tawar menawar walaupun I tak pandai nak tawar menawar. Sebelum kahwin pun memang tak la nak ikut mama pergi pasar pepagi, lagi suka bangun lewat hahaha. Sekarang..... memang membuak perasaan nak pergi pasar sebab semua benda dah uruskan sendiri. Kalau boleh nak cari barang semua yang murah murah jee.


Lepas Aiman balik kerja pagi tu terus siap siap nak pergi pasar. Sebelum tu sempat singgah sarapan kat nasi kerabu tepi jalan. Ni kali kedua ke ketiga tak silap I makan sini. Memang ada waktu pagi je. Berdekatan dengan area K Mart Johor Bahru. Nasi kerabu dia memang sedap ! Kalau datang nak makan nasi kerabu je walaupun ada menu sarapan lain. Pilihan lauk pun banyak. Walaupun sedap, I makan sekali sekala je itu pun bila cuti baru dapat makan kalau tak pagi pagi dah kelam kabut nak siap pergi kerja.



Hujung minggu jela yang rajin nak masak beria sikit. Kalau hari biasa goreng ayam yang dah siap perap je haha.

2 comments

  1. Yang atas tu benda kita panggil?
    Kepah eh? sedap tu buat masak shell out tu fuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kupang yang ni. airah masak sambal dah lebih kurang shell out haha

      Delete