Zoo Negeri Johor

Assalamualaikum and hai.




Cerita Syawal haritu, keluarga mertua I datang jb dari beraya di negeri sembilan. Kalau nak beraya di jb memang tak ada rumah siapa pun la nak datang sebab tak ada keluarga kat sini. Jadi i dengan Aiman plan nak bawak diaorang jalan jalan jela. I dengan Aiman memang dah rancang nak melawat zoo johor ni alang alang ada ramai ni boleh la singgah jalan sana. Hari raya melawat zoo hahaha.


I suka pergi zoo sebab seronok. Last pergi zoo pun dua tahun lepas kot Zoo Taiping. Kalau boleh nak melawat semua zoo kat Malaysia ni. Lokasi Zoo Negeri Johor lebih kurang 15 minit dari rumah I. Dekat sangat tak sempat panas lagi dah sampai. Lokasi ada dalam waze kalau nak datang waze jeeee...



Parking I tak pasti disediakan atau tak tapi kiteorang park tepi jalan je. Bahu jalan lebar dan banyak kereta lain park situ so park jela tepi jalan. Petak parking I tak nampak pulak. Tiket untuk masuk RM2 dewasa dan RM1 untuk kanak kanak. Sumpah murah ! Murah gila memang free je I nak ajak Aiman datang sini sebab tiket murah hahahah. Kalau yang nak cari aktiviti untuk bawak anak anak boleh la datang sini bajet tiket murah je. Bajet minyak, makan kena kira lain haha.


Disebabkan harga tiket murah I ingat kecik jela zoo nya. Ataupun tak banyak haiwan. Tak pun mesti boring. Hakikatnya zoo ni best ! Kalau bawak budak budak confirm diaorang excited. Haiwan banyak, kawasan luas, memang boleh meningkatkan perkembangan otak bebudak. Otak orang dewasa I tak sure berkembang ke tak... Mesti la berkembang kan.




Antara gambar haiwan yang masuk blog I. Ikutkan semua haiwan I tangkap gambar. Tapi banyak sangat la pulak nak tepek dalam blog ni. Haiwan ni pun ada yang boleh sentuh, yang dalam kandang dan yang berdinding. Kalau yang boleh sentuh tu memang seronok laaa.


Salahkan tudung sebab muka gemok gila haih.


Haiwan dan binatang lain.
Burung merak, nuri(?), kura kura, rusa, ostrich dan rusa(?)


Unta


Unta ni antara haiwan yang boleh dipegang dan boleh diberi makanan ! Excited nampak unta ni makan sayur. Kat situ ada jual sayur sebekas tu RM2 jadi boleh la bagi unta ni makan sayur. unta ni pun jinak relax je orang pegang. Tapi risau jugak tak ke terlebih bagi makan nanti sebab ramai gila yang beli sayur dan bagi makan.



Haiwan dan binatang lain yang I tak tau nama.



Aiman and fav animal.




Binatang yang ni pun boleh bagi makanan jugak. Kawasan ni lagi best sebab naik macam titi/ jambatan dan bagi makan dari atas. Serius dekat je dengan binatang ni risau pun ada jugak ramai ramai naik jambatan ni kang roboh naya je kena pijak dengan binatang. imaginasi I over betul. Binatang kat sini lagi banyak dan lagi ramai orang nak bagi makan.


Permainan.

Boat kayuh.

Antara aktiviti lain yang boleh buat bebudak boleh main permainan yang disediakan. Ada taman permainan dan permainan yang macam belon tu hahahahha I tak tau apa nama dia. Boat jenis kayuh ni pun ada dekat area tasik. Memang seronok tengok aktiviti diaorang dan tak bosan. Dalam ni ada jugak kedai jual macam macam benda seperti topi, makanan, kedai makan pun ada, air minuman dan cendol pun ada tauuu hahahah meriahhh.


Tapi yang tak bestnya bila tengok ada sampah dalam kandang, sangkar haiwan. Apa laa yang diaorang fikir bila buang sampah dalam tu. Tong sampah ada je kalau tak ada pun boleh je pegang kejap sampai jumpa tong sampah. Ingat yang pergi zoo ni yang sayangkan haiwan tapi perangainya lebih teruk kot dari haiwan dalam tu hahaha. Bayangkan sampah botol air, tin minuman dalam sangkar tempat buaya duduk. Mungkin diaorang baling sebab nak suruh buaya tu bergerak tapi whatttttttt..... 


Jaga la persekitaran dan buang sampah elok2. tak payah kot nak suruh binatang tu bergerak ke apa kalau dia nak gerak dia gerak laa =.= Kalau orang buang sampah merata rata kat rumah kita faham tak perasaan dia macam mana.....


Last, Aiman's fav serangga/haiwan/binatang yang ada dalam zoo ni.


Forest City.


Lepas dah penat jalan dalam zoo singgah Forest City pulak. View dia sumpah cantik macam dalam gambar kat atas ni. Dah dua kali datang I tak sempat lagi nak habiskan jalan jalan kat kawasan dia. Kawasan luas dan kalau port ootd tu bersepah. Paling suka datang sini. Kalau nak tengok gambar lain boleh tekan gambar I dengan Aiman dekat bawah ni sebab sebelum ni I ada buat entry pertama kali datang Forest City.




1 comment