Domino's Pizza Deals With Extra Mozzarella Cheese

Assalamualaikum and hai.


Tropical Sambal Prawn and Beef Pepperoni

Siapa je yang tak suka makan pizzaaaaa. Balik kerja hari tu Aiman tetiba craving nak makan Domino's jadi dapat la dinner Domino's dan balik rumah terus boleh rehat tak payah masak yeayy. Hari yang paling bahagia bila Aiman hantar dan ambil balik kerja lepastu makan kat luar. Balik dah boleh berehat. kalau drive sendiri memang penat gila hadap jem lepastu balik kena masak. Tapi I tak mengeluh okay ! Kena practice memasak supaya cepat pandai masak sedap tsktsk.


Jadi Domino's Pizza sekarang ni ada promotion 2 Pizza Deals With Extra Mozzarella Cheese. Sebelum ni pin kalau order pizza confirm tambah cheese tapi promotion ni tak payah nak tambah cheese dah, dah siap extra cheese. Dua pizza regular dengan harga hanya RM33. Tapi tak silap I tak termasuk lagi caj-caj biasa tu, total dalam RM40++. I makan dua pizza ni dengan Aiman memang kenyang sangat. Siap tapau bawak balik pagi esok panaskan untuk breakfast haha. Dah la ada extra cheese lepastu Aiman tambah lagi extra cheese, berganda-ganda cheese dalam ni. Lemak pun berganda jugak la :')


Kalau korang teringin nak makan pizza tu boleh la cuba promosi yang ni sekarang. Peminat cheese lagi la kena cuba. Untuk maklumat lebih lanjut boleh singgah link SINI.


Selain tu I sempat jugak cuba menu Chocolate Lava Cake. Ada dua perisa tak silap I, chocolate dengan peanut tapi Aiman nak coklat. Memang boleh tahan sedap. Cake dia lembut dan coklat lava dia pun cair nampak menyelerakan. Gambar tak ada sebab tak sempat nak snap dah kena ngap hahaha. Tapi sempat pulak update instastory. Kalau follow instagram I memang I selalu update gambar makanan semua kat situ je sebelum peram lama, setahun kemudian baru masuk blog =.=


Beef Pepperoni. Dah tak nampak beef nya sebab extra cheese + extra cheese = GEMOK

4 comments

  1. Ya Allah, sdappnyaa Tropical Sambal Prawn tuu, menggugat keimanan betul

    ReplyDelete
  2. Haha dah la tengah lapar lunch hour ni. Boleh pulakk dok tengok pizza cheese meleleh ishhk.

    ReplyDelete